Assalamualaikum,
Hai,saya ex-matrik.
Di Melaka dengan gumbiranya.
Salam perkenalan
Oy..benda yang paling ingat bila datang KMM
adalah hari pendaftran.Saya punya kad matrik mendapat
gambar yang paling cikai sekali sebab tangkap gambar
untuk matric card masa muka yang penuh dengan minyak
dan peluh.Oh mai!Oh mai!
Rasa-rasanya sekarang ada tak lagi yang confuse tak tau nak
masuk Uitm ke?Matrik ke?Apa-apa institusi pun kan.
Don't worry,setiap apa yang kita pilih adalah gerakan
daripada Allah.Dan setiap apa yang Allah takdirkan untuk
kita ada kebaikan dan hikmahnya. "Killer grin"
Bila masuk matrik benda yang paling saya takuti sekali adalah
kena tendang!Push!Push!Sakit kan?
Takut pointer jatuhlah..
Takut tak boleh survive la..
Takut tak boleh bawa subject sains la akaun la...
Dan ada certain makhluk mana selalu cakap
matrik tu susah!
Dia adalah seorang yang berhati sangat kecil dan berminda sangat sempit
Samalah macam orang yang mempercayainya.
Saya admit la,saya pun sama dua kali lima je.Semua nak percaya
cakap orang itu dan ini.Belum cuba dah mengalah.Belum rasa dah
terngadah.Inilah manusia,suka percaya orang bulat-bulat gedempol :)
Alhamdulillah,berkat doa yang menjadi senjata orang mukmin,
saya tak rasa matrik tu susah.Bukan sebab saya pandai tapi
itulah,bila Allah dah tarik kita masuk situ ada sebabnya.Ada
something yang dia nak bagi as keperluan kita bukan
kehendak.
"Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu"
Siapa yang takut pointer jatuh?
Itu kalau yang tak belajar,Yang masa study week pun boleh dok
ke hulu hilir tapi tak pegang buku.Senang cerita,awak perlu focus
dalam lecture dan rajin-rajin buat latihan yang ada dalam buku tutor.
Perlu ada semangat nak kejar cita-cita awak dan impian awak.
Tak kisahlah impian nak jadi apa pun, pastikan ilmu itu awak ambil
terutamanya orang Islam.Kita wajib tuntut ilmu walau apa ilmu sekali
pun.
Dan tak semestinya awak kena dapat 4flat untuk berjaya.
Dan nak dapat 4flat bukan mudah macam cakap "Cik nak ABC satu!"
Cuma bila dapat 4flat rasa sedikit berbanggalahkan. tapi 4flat
tak menjamin kehidupan yang bahagia di akhirat kalau ilmu yang
awak dapat tu hanya tersimpan kemas dalam lubuk memori awak.
Cari pengalaman dan tak perlu takut untuk mencuba.
Sebab kita akan jadi macam katak bawah tempurung
kalau selama-lamanya kita tak move on.
Now!Move!Sahut cabaran!Jalani hidup yang
sebenarnya masih panjang
banyak liku-liku
batu bata
ada manis ada pahit
ada masam dan ada masin
Cuma,jangan pernah lupakan Allah
tika senang
tika susah
tika gundah
Good Luck Bakal Budak Pra-U
Life is all about boundaries,it requires you to jump ;P
I love human
I love ummah
and
I love Allah more ....
Be yourself,be the best of yourself
Semoga ada redha Allah buat saya dan awak.