Thursday, August 29, 2013

Jendela hati 3#

"Kita ni bukan manusia sempurna yang nak berlagak sangat macam dunia ni kita yang punya."Sinis sungguh suara Kartika ketika ini buat dia rasa nak sorok dalam guni bawang.

Lari dan terus lari macam buat jenayah hukum mandatori sudahnya.Naqi mengetuk kepala sekali.Lepas itu diketuk lagi.Dan lagi sehingga benar-benar mengeluarkan bunyi.Kali ini Kartika sudah buka kamus Bahasa Malaysia.Ya!Bahasa Malaysia bukan Bahasa Melayu.Bahasa Malaysia sekarang sudah tiada lembutnya sudah hilang santunnya.

Kartika itu bila mana dirinya sudah panas,bukan panas kerana terik matahari tetapi bahang hati dan emosi yang semakin membara.Membakar segala sisa kesabaran yang semakin menipis.Kartika itu kalau sudah dilanda api harus disejukkan dengan berdiam diri.Bukan dengan air mahupun angin lagilah bukan dengan api.

"Tika,perlahan sikit suaranya."Mbak Surya sudah ikut bising.Tepung gandum yang digaul bersama secawan air tadi dicampur dengan ikan bilis yang sudah dikisar.Mahu dibuat jemput-jemput ikan bilis untuk berbuka nanti.

"Saya sudah tidak boleh bersabar mbak.Si Naqi itu sudah melampau.Seperti tidak mengerti semuanya.Seperti anak-anak kecil yang perlu diajar saja.Saya menyesal mbak nolongin si Naqi itu.Dia itu sama seperti perempuan nakal.Sama seperti si bawang merah yang jahat."Aduh,Kartika!Sudah dicampur aduk fantasi dan realiti.Sudah dicampur aduk cerita Naqi dan Bawang Putih.

Mbak Surya sudah menggeleng.Minyak sudah panas dan dia seperti mahu mengusir Kartika yang lantang berbicara.Benar,jika tiada angin masakan pokok bergoyong.Oh!Mungkin ada orang yang goyangkan pokok atau manusia yang melihat pokok bergoyang itu hanya berkhayalan.

Naqi di bawah tangga sebelah dapur sudah mengeluh hiba.Memang salah dia.Semuanya salah dia.Bukan salah takdir.Bukan salah ibu mengandung.Bukan silap didikan sesiapa.Semua sudah sempurna jika dia tidak memilih jalan itu.Jalan yang diharungi untuk bergelak ketawa penuh ceria.Bak kata Kartika,dia fikir dunia ni dia yang punya.

"Where is your parents?"Satu ketika dulu saat pertama kali bertemu Kartika di Tanah Seberang.Tanah tempat tinggalnya selama hampir tujuh tahun.

"Far away..."Tega dia membalas itu hanya kerana rasa sakit di hati.Terkadang pembawakan emosi tidak begitu baik dalam kehidupan.Mungkin rasa selamat tapi tak berpanjangan.

Wajah Kartika berubah.Tadi penuh curiga sekarang ada bunga simpati. "Maaf ya!Aku tidak tahu soal itu."Tega juga dia mengiakan segala prasangka Kartika.

Kalau langit mendung boleh berulang kenapa tidak dugaan dalam hidupnya.Memang dia salah.Memang dia yang khilaf.Tak ada tangan yang menghulur untuk membantunya sedar.Yang ada cuma kemarahan.Yang ada cuma rasa yang dia patut dihukum atas kesilapan sendiri.

"Ibu kecewa Naqi!"

Kalau memori itu boleh di 'delete' sudah lama segala salah faham itu dia padam.Biar hapus semua kenangan pahit.Biar hidup ini hanya ada pelangi.

"Ibu cantik ke warna biru tu?"Naqi kenal dengan biru sebab ibu suka warna biru.Ibu cakap biru itu langit.Biru itu laut.Biru itu tenang.

"Biru tak cantik tapi indah.."Rambut Naqi perlahan disisir ke tepi.Buat 'ponytail' kesukaan Naqi sejak dulu lagi.

"Dan indah bukan pada rupa tapi pada budi pekerti.Ibu nak Naqi faham tu."Sedaya upaya ibu memotivasi fikiran Naqi untuk sentiasa faham yang buta warna itu satu kelebihan.

"Sedangkan pantai dipukul ombak apatahlagi kehidupan kita yang banyak cacat cela.Walau Naqi buta warna,walau sesiapapun dalam dunia ada kekurangan sebenarnya dialah yang istimewa di mata pencipta."

Pandai ibu berkata-kata cuma dia yang tidak pandai menyimpan kata-kata.Menjadikan kata itu satu realiti.Hanya deria mendengar yang terima tapi bukan pada hati.Hatinya sudah dibaluti kepingan besi hitam yang memerlukan tahap pembakaran yang tingga untuk besi hitam itu mencair.Dan itu sangat sakit.

"Sabarlah Naqi,sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.Jangan simpan perasaan seorang diri.Akak takut Naqi hanyut terus dibawa lautan emosi."Suara Kak Jaja menghalau pergi segala imbasan.

"Anak Naqi mana kak?"Soalnya.










Wednesday, August 21, 2013

Jendela hati 2#

Assalamualaikum,



credit (google)


Al Ra'du 13:11
".......Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...."

Al-Quran berkulit biru pekat itu ditutup.Hela nafas makin terasa berat.Berat pada hati dan dada.Rasa libang -libu dengan perkara silam.Benar masih menghantui hingga kini.Mungkin ini namanya kifarah?Atau mungkin ini namanya kesan sampingan?

"Naqi pernah dengar cerita pasal Maryam?"Ibu membelai rambut lebat Naqi si gadis hitam manis.

Naqi geleng kepala sambil peluk Pooh kesayangan.Naqi anak kecil yang buta warna.Hitam dan putih menjadi warna perjalanan hidup selama 8 tahun di dunia.

"Maryam wanita yang sangat memelihara maruah dirinya.Ditakdirkan Allah memberinya seorang anak kecil sedangkan dia tidak berkahwin bahkan bukan pula seorang penzina."Ibu mula bercerita seperti waktu kelmarin-kelmarin saat Naqi mahu tidur.

"Ibu,Maryam tu Allah kasi dia mengandung ke?"

"Haah."

"Siapa nama anak dia,ibu?"

"Nabi Isa."

Naqi mendongak mencari seraut wajah ibu yang nampak samar-samar hitam putih. "Oh!Nabi Isa,Naqi dah tahu.Ustazah Arini dah cerita dulu pasal Nabi Isa.Ustazah cakap Nabi Isa boleh bercakap masa bayi."

"Betul sayang,Naqi anak ibu yang bijak.Naqi tahu apa kesusahan yang dihadapi oleh Maryam sebelum melahirkan Nabi Isa?"Soal Ibu pula.

Naqi menggeleng.Matanya sudah terasa berat.

"Kesakitan sewaktu mahu melahirkan Nabi Isa sehingga dia berharap untuk mati dan dilupakan namun Allah sangat pengasih dan penyayang.Allah meminta Maryam agar jangan bersedih kerana Allah mahu menjadikan anak itu sebagai satu tanda bukti kekuasaan Allah dan sebagai satu rahmat."

"Lepas tu?"Naqi dah menguap.

"Lalu apabila pulang sambil menggendong Isa,Maryam dicaci dan dihina."Suara ibu berubah sayu.

"Kesian Maryam kan ibu.Nanti Naqi bagi dia pinjam Pooh Naqi.Mesti dia tak sedih lagi kan ibu."Ibu sudah tersenyum mendengar celoteh Naqi.

"Iye kesiam Maryam tapi Allah bagi dia kudrat.Allah bagi pinjam kekuatan Dia.Macam Allah kuatkan Naqi.Walau Naqi buta warna sekalipun Allah tetap bagi Naqi peluang untuk lihat dunia walau tanpa warna."Ibu mengorak langkah apabila melihat mata Naqi sudah kuyu.

"Maknanya Allah sayang Naqi kan ibu?"Suara Naqi sudah layu.

Ibu mengucup pipi Naqi. "Iye sayang.Allah sentiasa akan sayangkan Naqi."

Bunyi mercun bola menyapu bersih lamunannya.Juring mata yang sudah berair dikesat lembut.Hari ni sudah 25 ramadan.Sudah 25 hari ibu meninggalkan dia di dunia ini.

"Allah masih sayangkan Naqi lagi ke ibu?"Soal hatinya tatkala ini.Tatkala terimbau saat dia menjejakkan kaki ke hospital.Saat dia melakukan pembedahan kornea mata sepuluh tahun lalu.Saat dia sudah mengenal warna-warni dunia.Saat dia juga berubah mengikut warna warni dunia.

"Hidup satu perjalanan waktu,
Waktu tu anggap la makhluk Allah juga,
Tak akan ke belakang,
Hanyut terus ke depan dan siapa lambat bukan setakat tinggal
malah rugi berpanjangan"

Dia jadi teringat kata-kata Dahlia.Kata yang dibuat tak endah satu waktu dulu.Betullah,sesal kemudian tidak berguna.Airmata gugur lagi.

bersambung... :)

prayforegypt#prayforgaza#prayforafghanistan#prayforummah





Wednesday, August 14, 2013

Jendela hati 1#

Bicara hati kecil gadis hitam manis itu. "Benar wujudkah kehidupan live happily ever after?"

Aku terdiam lagi memikir jawapan apa yang pantas dijawab.Jawapan apa yang sama
fikrah dengan hati kecil yang mudah tersentuh.

Diam dan terus diam sehingga detik itu sudah ke angka 12.Hampir sudah ke waktu senja.

Hati kecil mengetuk lagi tuan empunya diri. "Mengapa membisu bersaat-saat lamanya?"

Ahh!Hati,suka benar mencipta persoalan yang tiada kena mengena dengan akal.Selalu sahaja menduga kewarasan akal yang kadang-kala tidak kena pada tempat dan situasi atau selama ini akal yang bersalah pada hati.Akal yang tidak sihat?

"Diam itu kadang-kala bukan isinya kosong."Hati berdengung lagi.

"Ya,hati!Aku diam bukan beerti tidak memikir.Diam bukan beerti aku tidak menghayati dan memahami persoalan yang kau aju.Aku cuma mahu menyimpan sesuatu bukan padamu."

"Kau lupa aku sudah mengetahui apa ada disebalik fikiranmu.Aku lebih dahulu memujuk dirimu untuk melakukan sesuatu.Engkau selalu mengikut kata aku.Kata hatimu dan itu adalah aku."

"Berbicaralah engkau hati kerana aku sering menyakitimu.Maafkan aku hati sering melukakanmu tanpa aku sedari kerna sejak dulu lagi kau adalah temanku kala susah dan senang.

"Begitu mudah kau meminta maaf.Kau tidak tahu akan sakitnya aku pada perbuatanmu.Aku sudah terlalu rapuh.Terlalu..sehingga menanti untuk hancur berkecai saja seperti debu-debu pasir di Tunisia."

Gadis hitam manis terdiam lagi.Lebih suka merenung langit merah pudar di atas sana.Menghayati alam senja sebentar.Lelah menanti sesuatu yang tak pasti yang bukan milik hakiki.Laungan azan kedengaran dan jendela hati ditutup lagi.

Hati ada tuannya tapi bukan tuannya yang mengarah itu dan ini.Menjadi diktator pada hati milik sendiri.Hati itu kadang-kala raja bukan....

bersambung...inshaAllah

Sunday, August 11, 2013

Sindrom Penulis

Assalamualaikum,

Mungkin ini salah satu tanda,
Yang diri ini perlu banyak muhasabah
Oh,mungkin itu sindrom seorang penulis
apabila idea bertebangan
walhal banyak lagi mahu dibicarakan
apabila jari terhenti pada 'keyboard'
walau sebentar tadi punya laju jari menari
apabila hilang rasa mahu berkongsi
biar masa itu menuntut sebuah perkongsian

Adeh!Mungkin 'mood' nya yang bermacam ragam.
Muhasabah
Muhasabah
Dan inilah namanya 'lady'
yang suka bermain dengan emosi.

Maaf,tapi hakikat diri masih banyak yang perlu dicari dan digali

Moga Allah redha :)

Thursday, August 1, 2013

Siapa DIA di hatiku

Assalamualaikum,

Kadang kala itu membawa diri pada 
titik pertengahan
Mencari arah yang semakin jauh
dan hilang
Hilang antara pemikiran akal dan
perasaan hati
Emosi semakin membesar membenam
lazuardi jiwa
Dan akhirnya sebuah persoalan terukir
Siapa DIA di hatiku

Kadang kala itu menarik diri pada
hikayat silam
Mendongak memandang matahari yang
mulai suram
Menoleh pada yang tak sudi
memandang
Tidak mengapa hati telah menyapa
DIA akan memandang
DIA akan mendengar
DIA adalah cinta abadi tiada duanya 

DIA adalah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung :)