Saturday, November 24, 2012

Muhasabah Ini...

Salam alaik,

Allahu Allah

Saat terasa berdetik tanpa henti
Peluh merintik di dahi
Hati bagai berbolak balik
Namun harus diteruskan jua
Perjuangan ini

Esok,saya dah nak balik KMM
Dah nak sambung balik baki 
semester yang tinggal
Pegang kembali amanah Allah,Rasul,
Ibu bapa.

Hati menafikan kata
Lantas akal mencantas hati
Hati berdegil dengan katanya
Namun akal yang waras membatasi segalanya

Verily,after each difficult there is relief 
Surah Al-Insyirah : 5

Allah,hati ini memohon agar diberi
kekuatan,kesabaran dan ketabahan
Allah,hati ini mohon diberi kesempatan
untuk terus perjuang meski di pelosok tersorok
Allah,hati ini mohon dilindungi daripada
zina,maksiat,penyakit hati penyakit mazmumah
Allah,hati ini mohon ditiupkan rasa cinta yang mendalam padaMu
agar tidak mati oleh dunia yang palsu.
Allah,hati ini mohon dilindungi daripada cinta dunia yang palsu
agar kelak tidak menyalahkan takdirMu.

Allah Moga tali hubung antara hamba dengan diriMU akan 
lebih teguh dan kukuh,hamba malu mahu meminta namun hamba
mohon limpahilah kasih dan sayang Mu buat Hamba yang penuh
khilaf ini.

Ya Rabb,
jangan biarkan rasa kecewa dalam hati ini terjebak
Kelak dia takut tak sempat mengatakan bahawa
Benar dunia ini hanya naungan sementara.

Moga ada Redha Allah untuk kita semua
Sama-sama kita berubah :)

Friday, November 23, 2012

I want you to know



Salam alaik,

Bibir entah kenapa tersenyum
Bila mata dan hati melihat tingkah saudara
Bibir melafaz alhamdulillah
cukuplah ada niat di hati
itu sudah mencakupi untuk permulaannya

Duduk sendirian smbil beringat
Apa salahnya jika melakukan 
gerakan pada bibir,
zikir
zikirlah pada DIA.
DIA yang Melihat
DIA yang mendengar

Menatap wajah insan tersayang
dalam diam hati bertanda
Namun jika menoleh ke belakang
Tidak rugi membayangkan
mereka,
mereka yang kesusahan
mereka yang kesulitan
kerana kita BERSAUDARA
kita bakal menghuni syurga,
berkumpul bersama satu bulatan
Mengukir senyuman bersulam tawa
InshaAllah

Jemari sibuk menaip,
Itu dan ini tak mampu diluah melalui bicara
Tidak merugikan jika tangan itu
Engkau angkat
Engkau tadah
meminta pada DIA
DIA yang Memakbulkan
DIA yang mengetahui
Di sebalik rahsia setiap kejadian
Yang pasti menyusul hikmah di sebaliknya

Ayuh bangkit teman,
Ayuh bangkit para sahabat,
Ayuh bangkit saudara/ri
Dunia ini hanya naungan,
Tempat engkau menunaikan janji,
melaksanakan perintah
Tanpa perlu ragu-ragu
Engkau yang bakal menang di sana
Jika engkau kalah di dunia
Engkau yang bakal merana di sana
Jika engkau inginkan kemenangan di dunia

Pilihan itu terletak di atas tangan engkau,
Mohon,mohon dan mohon tanpa jemu
Agar engkau sentisana di beri petunjuk
Taufik dan Hidayah
kerana itu semua,
Milik ALLAH,
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

___________

AO cakap dalam Versus
"Aku nak hidup aku ada makna,makna yang berkat"

AO cakap lagi dalam Versus
"Nothing's late before die"

Minn cakap   dalam Versus
"Allah dah ketuk pintu hati,jangan sampai Allah merajuk tak nak ketuk lagi."

Kalau seorang Mualaf seperti Suraj Minhaj, Idris Tawfiq,
Cat Stevens aka Yusuf Islam mampu  menggerakkan Islam
di tempat mereka,mampu bangkit berusaha memahami Islam,
mampu mengenali Islam lebih dari kita,

why not we try,
try to think
try to ponder
try to accept 
try to give
try our best
to holding hand together
to attain Jannah
In sha Allah

Surah Al-Ankabut  69:

Maksudnya : "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan  mereka bergembira serta beroleh keredhaan);dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan ) Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya."

We try to change together
Kita sama-sama berubah okey :)
In sha Allah,

Moga ada redha Allah untuk kita semua.




Tuesday, November 20, 2012

It's coming again


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Aku melihat ke hadapan,
Apa yang terbentang luas di hadapan,
Aku toleh ke belakang,
Apa yang menyekat kakiku untuk melangkah,

Aku menangis namun sudah kering airmata itu,
aku mahu menjerit tetapi lidahku seolah dipaku,
Aku takut,aku takut,
Ya,aku takut aku tak mampu
meraih redhaNya
Ya,aku takut aku tak mampu
menunaikan janji pada Nya.

Seiring masa berlalu,
masa ku semakin suntuk,aku
terkesima tetapi kadang kala aku
masih alpa,
untuk apakah hidup ini
di muka bumi ini
untuk apakah gelaran Islam itu pada namaku
jika aku masih begini,
masih diam menanti hidayahNya
masih terkaku menanti sang cahaya
andai aku tidak berusaha
pasti aku rebah,
rebah yang tak mampu aku galas
hingga aku tiba di SANA.....


20.11
Tarikh itu datang lagi,Memberi makna usia saya semakin meningkat
tetapi masa saya semakin suntuk.
Benar,banyak yang akan berubah.
Insha Allah,ingin saya bangkit kembali
atas dua perkara

1.Khalifah Allah
2.Beribadah padaNya

Dua tujuan hidup yang sebenar.
Moga mendapat redha Allah.

May Allah Bless us :)

Tuesday, November 13, 2012

Sebarkan Bahagia: TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH

Sebarkan Bahagia: TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH: Analogi Harimau dan Nyamuk         Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-giginya menye...

We've to change


Salam alaik,



Nak berubah bukan senang.
Nak mengubah juga bukan mudah.
Tapi untuk tak berubah tu mungkin lagi payah.
Jadi,payah atau tak mudah harus juga dilalui
Perit dan pahit harus juga ditempuhi.

Bila kata pakai tudung labuh
bukan beerti kita alim.Bukan beerti kita
tahu semua tentang agama.Bukan beerti
kita dah mengubah diri 100% menjadi
solehah.

Ingat senang nak dapat gelaran solehah tu.
Wanita muslimah bukan dinilai pada cantik
pakaian dan muka.Juga bukan dinilai pada
brand dan jenama.Tetapi,dinilai pada
peribadi.Rasa malu dan iman dalam diri.
Tutur kata dan kelembutannya.

Bila kata pakai tudung labuh,
baju jubah,bukan beerti kita seorang
yang dah strong foundation in faith.
Cuma,kita sedang berubah.
Kita mahu berubah,untuk Allah,
untuk Islam,untuk diri sendiri dan
untuk ibu bapa.

Bila kata dah tutup aurat,
itu bukan hanya terletak
'i wearing hijab now'
Nak tutup aurat bukan hanya pakai tudung.
Nak tutup aurat apabila pakaian yang
dipakai tu boleh buat solat.Tidak jarang dan
tidak nipis.

Pakai tudung labuh,
haruslah jaga pergaulan.
Ikhtilat antara yang tidak halal.
Bukan sebab tak suka tapi
sebab ikut perintah Allah.
Berubah bukan hanya pada
pakaian tapi setiap kesan yang mampu
bawa diri dekat dengan pencipta.

Indahnya menjadi muslimah solehah.Indahnya jika mampu
meraih cinta Ilahi.Indahnya masih mampu menghirup udara
sebagai Islam dan Iman masih terlekat dalam hati.Alhamdulillah :)

Amal makruf nahi mungkar
May Allah Bless ^-^