Wednesday, January 29, 2014

Cerita Tentang Cita-cita

Assalamualaikum,
Dengan nama Allah,segala puji bagi Allah



Memori itu satu persinggahan sementara
Selalu terbawa oleh kenangan
Tak kisah pahit hempedu
atau manis bak madu

Throwback.

Bila kecil-kecil dahulu selalu bertukar cita-cita
Sainstis
Doktor
Doktor gigi
Polis
Juruterbang
Guru

Kalau boleh semuanya yang hebat,gah,yang boleh jadi buat mulut
orang.Cita-cita yang kadang-kala hanya meniti dibibir.Andai benar
cita-cita itu lahir dari hati pasti akan dikejar sehingga terlaksana.

Masa kat matrik.Beberapa orang pensyarah tanya satu class tentang cita-cita kami

Saya jawab
"Cikgu Sejarah"

No kidding.
The true is it comes from my heart.

Tapi

Bila kita letak diri dalam satu situasi di mana kita tak boleh memilih
apa pilihan yang kita ada?
Bila jalan yang kita pilih salah arah sejak dari mula setelah jauh beribu kilometer
adakah kita harus u-turn?
Atau kita terus meniti jalan itu sehingga tiba ke destinasi yang lain?

Itulah sebab adanya ayat

"Rancang perjalanan anda!"

___________________________

Saya pilih untuk tiba ke destinasi lain
Meneroka tempat baru
Pengalaman baru
Pemandangan baru

sebab...

Hidup ini tak lama mana
Kalau saya u-turn tentu banyak masa yang terbuang
Dan tak boleh dipastikan adakah jika saya u-turn saya
boleh tiba ke destinasi yang diidamkan.

sebab...

Tak ada pilihan
Menongkah arus itu sangat memerlukan
kekuatan apatahlagi pengorbanan

Benar
Hidup satu pilihan
Cita-cita satu pilihan
Tapi takdir bukan satu pilihan.


Selalu melihat mereka yang mampu berjaya
walau belajar tidak setinggi mana
tidak ke oversea pun
tidak juga menghabiskan masa remaja di menara gading
tapi mampu jadi pemimpin yang berjaya (baca*orang biasa)

Jadi cita-cita itu
Satu keperluan hidup
Cita-cita harus ditanam dengan keazaman
dan harus ada yang mengikatnya di hati agar
tidak mudah untuk mengalah

Cita-cita itu juga
Satu perjuangan kehidupan
dunia dan akhirat
dan bersenjatakan ilmu

_____________________________

Cita-cita kamu apa?

"Saya nak kejar Mardhatillah."

May Allah Bless :)




Monday, January 27, 2014

Kita pasti ada Ujub

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

TAZKIRAH PAGI INI...

Ujub

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.
Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.
Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

- Hamba yg fakir Ust Kay

Friday, January 10, 2014

Bayang-bayang#1

Dengan nama Allah
Segala puji bagi Allah ;)



Aku melangkah ke tepi
Dia setia mengikut di sisi
Aku melangkah ke depan
Dia setia mengekori di belakang
Aku melangkah sambil berlari
Dia mula mencari-cari
Lama-lama aku lelah menjauhi
Aku menoleh mahu menyapa

"Mengapa kau begitu setia mengekoriku?"

Dia membalas tiada garisan pada bibir

"Kerana aku bayang-bayang mu."


Aku punya bayang-bayang yang tak pernah terpisah dari hati
dan jiwa.
Aku punya bayang-bayang yang aku sendiri tahu
akan rupanya
Aku punya bayang-bayang yang sekian lama menjadi
igauan ngeri dalam mimpi

Dan aku pasti kamu juga sama sepertiku.
Punya bayang-bayang sendiri.



"Lupakan.Lupakan bayang-bayang itu.."




credit to google




Jadi,harus bagaimana melupakan bayang-bayang?
Sekadar hanya memejam mata?
Apakah ia berkesan jika memejam mata mimpi
akan hadir bersama bayang-bayang?

Lalu

Aku tertanya-tanya 
Apa yang harus aku lakukan
Agar aku tidak terus menghukum diri dengan
bayang-bayang dulu.

"Cermin..Jadikan ia cerminan dirimu agar kau tidak
terjatuh ke dalam lubang yang sama lagi untuk ke sekian kali..."


Rasulullah s.a.w bersabda: "Seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Moga Allah redha :)