Tuesday, March 27, 2012

Mari,berkongsi :)

Assalamualaikum,


Entry lagi kan?Tahu-tahu...lately ni agak banyak entry.Kalau ikut mood malas
nak buat entry tapi sebab masa yang ada sangat lapang jadi apa salahnya kalau
entry ini sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman.


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

When you have a lot time to kill,kamu akan berfikir dan berfikir dan akan terus berfikir.Kemudian akan bertongkat dagu dan merenung dinding atau merenung siling atau merenung kipas yang berpusing atau merenung objek yang solid yang pastinya.Kemudian pula kamu akan ketawa sendiri.Kamu akan
bercakap sendiri seperti aku di kala ini.Aku memikir sesuatu yang terlalu jauh.Jauh sudah aku 
tinggalkan tapi masih berbekas di hati.Masih terasa lucunya,masih terasa sedihnya,masih terasa
waktu itu.Namun,kamu tidak boleh mengulanginya semula.

"Masa lalu adalah sesuatu yang paling jauh dalam hidup kamu."

Aku ingat lagi,ada ketika aku seperti manusia yang tidak punya perasaan.Sekadar ke sekolah
menimba ilmu.Ketawa bila ada yang kelakar.Serius bila tiba waktunya.Bercakap apabila perlu.Berseorangan pula lebih baik bagiku.Hanya kerana apabila terasa diri dipijak dan tak diperlukan.Aku lupa keluarga dan aku lupa teman-teman yang lain yang lebih baik itu ada.Menemani setiap masa susah dan senang.Teman-teman yang tak perlukan sepenuhnya perhatian.Teman-teman yang mampu membentuk diri menjadi lebih baik.Boleh,maafkan aku?Seikhlas hati jujur aku katakan aku bangga ada teman-teman seperti itu.Aku mahu ikatan itu kekal biar hujung nyawa.Biar kita sama-sama belajar mengenal Tuhan dan diri dengan lebih baik.Biar kita sama-sama menjadi sahabat yang mengajar antara satu sama lain untuk menjadi khalifah Allah yang lebih baik. Bolehkah?

"First rule in human business,don't assume. Ask "

Sering kali kita lupa pada pencipta.Mengapa kita sering mengeluh jika ditimpa
nestapa jika selama ini kita tak mengeluh DIA mencipta kita sebaik-baik
makhluknya.Mengapa kita sering menghina kaum yang lebih lemah sedangkan
kita tak sempurna mana?Mengapa kita sering mengutuk,mencemuh ketidaksempurnaan
orang lain sedangkan kita bukanlah orang yang berhak?Aku ingin sekali menjadi
manusia yang sentiada istiqomah dalam segala hal.Namun,kudrat itu bukan ditanganku.
Manusia seperti kita sering lupa itu.Dosa itu walau sekecil manapun mampu membawa
kita selangkah ke neraka.

Situasi A
"Dia tu tak pakai tudung gerenti solat pun terabai."Si A.
"of courselah!Tengok rambut pun tiru mat saleh."Si B
"Sekurang-kurangnya kita tutup aurat walau solat tak cukup."Si A

Sekurang-kurangnya!Helo,kawan,dalam Islam tak ada kurang tak ada lebih.Bukankah seseorang itu apabila dia dah menutup aurat sepatutnya solat juga di jaga.Siapa kita nak menghakimi makhluk Allah yang bernama manusia?Manusia itukan boleh berubah.Melalui situasi A kita boleh agak yang A dan B tadi akan ditarik ke dalam neraka hanya kerana mulut yang berbicara.A dan B akan ditarik ke dalam neraka hanya kerana dia seorang berilmu tentang menutup aurat tetapi dia tak pernah mahu melakukan teguran walaupun itu sahabatnya.Kita tak pernah bertanya mahupun mengambil tahu.Hanya anggapan melalui
luarannya sahaja.Padahal,ia akan mengundang fitnah.Percayalah,Allah Maha Mengetahui.

Situasi B
"Eh!Kau nak ke mana ni?"Si A
"Adalah..."Si B
"Kau merokok lagi?"Si A
"Eh!Sekurang-kurangnya aku pakai tudung."Si B

Sekurang-kurangnya.Mengapa?Mengapa tidak mahu jadi selebih-lebihnya.Apa yang sudah
terjadi bila wanita bertudung menghisap rokok.Di mana silapnya adab itu?Di mana silapnya
didikan itu bila aurat sudah tertutup sempurna tetapi perbuatan tidak melambangkan identiti.
Teman aku merupakan seorang beragama Buddha.Apabila dia sendiri yang memberitahu 
aku tentang kewujudan gadis-gadis perokok yang bertudung.I'm shocked!Totally speechless.
Rasa sedih dan malu bila agama itu dipermainkan.Sedarkah wahai saudara sekalian?

Seorang perempuan yang masih belum berkahwin dosanya ditanggung bersama ayah kandungnya.Seorang kakak dan seorang adik dosanya turut sama mengheret abang lelaki dan adik lelakinya ke neraka.MasyaAllah!Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Kita tahu itu semuakan.Kita dididik dan diasuh sejak dari kecil.Di sekolahkan dengan harapan
mampu menjadi anak kebanggaan.Mungkin sesetengah orang akan cakap pada diri aku.
"Eleh!Macam kau bagus sangat." :)) But I just don't care.You have your right to say 
whatever you like.Tak ada sesiapa pun boleh halang kamu dari mengutuk aku.You give
me reward then.Thank You So Much.

Nota kaki:Berkongsi ilmu dan aku suka berkongsi.Sekian.
May Allah Bless :))

Sunday, March 25, 2012

Kepada gadis-gadis

Assalamualaikum,
           
                                    

Aku tak tahu sejak bila aku mula jadi positif,Mungkin sejak dapat
result SPM dan lulus test JPJ kot.Aku yakin dan yakin yang doa 
itu sangat membantu.Dan kalau pun doa itu tak dimakbulkan aku
tahu Allah nak menguji kita kan.Nak menguji tahap mana iman dan
kepercayaan kita pada-NYa.

Aku percaya tiada apa yang lebih hebat daripada apa yang Allah telah
rancangkan untuk kita.Hidup manusia bersandarkan takdir yang telah
ditetapkan.Mahu atau tidak kita harus terima dengan pasrah dan redha.
Kun Fayakun-Maka jadilah.

Bagi aku seorang gadis itu terlalu bernilai.Aku juga seorang gadis.
Banyak impian aku yang belum terlaksana.Bagi aku juga pelindung
seorang gadis adalah Allah S.W.T.Dia maha melindungi.Kehormatan
dan kesucian hati perlu dijaga rapi.Aku juga manusia biasa dan gadis 
biasa yang sering melakukan salah dan dosa.Kita takkan pernah lari
dari membuat silap.

Gadis itu ibarat kaca yang cantik berkilat.Terlalu berharga untuk disentuh.
Perlu sentiasa ada kawalan ketat di sekelilingnya menjadi sesuatu yang 
Awas!Dilarang sentuh!Dan apabila sering disentuh kilauan kaca yang cantik
itu semakin pudar dan akhirnya terbuang menjadi kaca yang berderai.
Pecah dan akhirnya masuk plastik sampah.

Justeru,kita perlu jadi kaca yang tajam.Yang menyilau mata memandang.
Supaya kita tak mudah disentuh dan dipegang.Atau lebih bagus dijauhi
dari tangan-tangan yang gatal.Macam kelakar tapi itulah fakta.Harga diri
tu lebih penting dari segala-galanya.Err...terlalu klise ayatnya tapi
aku dah tak ada ayat lain.

Akan ku kejar cintaku selepas cita.Yeah!Hidup harus positif.
Biarpun laut tak selalu tenang awan tak selalu cerah.

May Allah Bless,
p/s:Something goes wrong here?I am talking about ermm..


Saturday, March 24, 2012

Terfikir lagi

Assalamualaikum,


Tiba-tiba terlintas di fikiran pasal anak yatim yang
kehilangan ibu bapa atau kawan-kawan yang
sudah tiada ibu atau ayah sejak dari kecil.
Memang rasa sedih rasa kasih sayang tu kurang
perisa walau ada orang lain yang macam dah jadi
pengganti ibu bapa tu tetap rasa kurang kan.


Entah aku tak tahu sebab aku tak mengalami.Hanya
mereka yang mengalami tahu apa perasaannya.
Namun,bila fikir seluas dan sedalamnya.They should
be glad to lost parents since young.Bukanlah
seratus peratus bersyukur tapi ada hikmah dan
rahmatnya.


Instead of being pathetic and keep blaming their fate,
they should be glad sebab,
Mereka tak pernah buat dosa dengan ibu bapa mereka.
Mereka tak pernah menyusahkan ibu bapa mereka
Mereka tak pernah buat airmata ibu bapa menitis
kerana mereka.
Mereka tak pernah buat hati ibu bapa kecewa kerana
mereka.
Once again,they should be glad.Perit rasanya tengok
airmata ibu mengalir.Aku cakap atas dasar pengalaman
berbelas tahun dahulu.


Bukankah itu satu hikmah.Daripada kita yang masih
punya ibu bapa tapi sering melakukan dosa tanpa
sedar.Then,bersyukurlah dengan apa yang ada.
Bersyukurlah walau bagaimanapun takdir yang telah
diatur untuk kita.


May Allah Bless :)

Thursday, March 22, 2012

Review:SPM

Assalamualaikum,


Alhamdulillah,
Keputusan yang bagiku baik dan aku bersyukur.
Asalkan dapat buat ibu and ayah aku tersenyum
Itu yang penting.Tak ada apa yang lebih penting
dari mereka berdua.


So UPU,aku isi dip in Medical Lab Technology,dip in fisioterapi,
dip in microbiology,UniMAS Asasi Sains Hayat.
Aku berharap pada Matrik dan mungkin akan melencong
ke Maktab ipg.Apapun tengoklah rezeki di mana.


Kepada yang excellent what else better than congratulation.
Kepada yang result quite good pasti ada rezeki anda di mana-mana.
Kepada result yang kurang baik Allah itu menduga.Ini namanya ujian
hidup.Salah satunya.Perjalanan kita masih jauh.Masih belum terlambat
nak perbaiki diri dan kelemahan.


Jadikan pengajaran dan teruskan usaha
memajukan diri sendiri dan kehidupan anda.Mungkin rasa sakit itu
still bertapak dalam hati.Still rasa rendah diri.Still menyalahkan apa yang 
tak patut dipersalahkan.Allah uji dengan memberi kegagalan.Allah juga
uji dengan memberi kejayaan.Tiada apa yang lebih hebat daripada
perancangan yang telah Allah aturkan.Cuma renung balik ke belakang 
sikit imbas balik macam mana kita di masa lalu dan ubah sebelum terlambat.
Better late than never.DIA tahu yang terbaik untuk anda sebab sehebat mana
anda merancang hidup,hidup telah merancang sesuatu untuk anda.


Mungkin boleh jadi bukan sebab anda kurang berusaha dalam pelajaran.
Mungkin kegagalan itu datang daripada kegagalan anda dalam menjaga
hubungan dengan Tuhan,Ibu bapa dan manusia.Based on my experience
Kalau tak insaf dan sedar juga.Terpulanglah.Memang SPM bukan
penentu segalanya tapi itu salah satu faktor masa hadapan yang cerah.
Yang penting rezeki itu DIA yang limpahkan.Sama ada kita nampak
atau tidak.Sama ada kita bersyukur atau tidak.Allah is Almighty.


p/s:JPJ test esok.Takut bukit!!


InsyaAllah,
All the best fellas.
May Allah Bless

Wednesday, March 21, 2012

Debaran SPM

Assalamualaikum,

I couldn't sleep now.Apa kata orang 'tidur tak lena'
It's freak me out.
Whatever result that comes out.
I have to accept the fact of reality
Either good or either bad
The past is past
But the past is the reason of the present
InsyaAllah everything will be good.
I had put an effort on it.
I had pray to Allah.
Now,it's time to show my tawakal. Right?
Reda and sincere.That's feel's give me strength.

Kata-kata penyedap hati.Even though rasa tak cukup.
Benda dah berlaku.Dan masa lalu adalah benda paling
jauh dalam hidup kita.

May Allah Bless :)

p/s:Aku nak tidur la sekarang tapi mata ni dah besar bulat.

Thursday, March 15, 2012

Assalamualaikum,

Cukup dengan kasih sayang Allah,keluarga dan sahabat yang aku perlukan.
Tidak akan hadir lebih dari itu aku terima semua yang ditentukan.
Kerana perjalanan hidup masih jauh masih samar-samar masih belum
ada arah tuju.Ya Allah,aku mohon hilangkan segala rasa hati yang tak
perlu ada dalam hati ini.

Tuesday, March 13, 2012

Ikhtibar dan teladan

Assalamualaikum,

Benar tiada apa yang harus kita rungutkan selain terima
ketentuan Allah SWT.Setiap apa yang berlaku adalah
ketentuan yang pasti.Tidak boleh ditolak ke tepi.Al-fatihah
untuk adik Nurul Nadirah Abdullah,5 yang dibunuh dan
dibakar.Sunggu kejam manusia itu.Tidak punya rasa perikemanusiaan.
Apa dosa anak kecil itu sehingga dibakar.Memang manusia itu sudah
hilang kewarasannya.

Berbalik pada kisah kehilangan itu.Bukankah kita patut
mengambil ikhtibar.Tuhan ingin tunjuk sesuatu.Sesuatu yang
selama ini melalaikan kita.Hiburan,kelekaan dalam kehidupan.
Memang benar jika boleh disalahkan adalah ibunya tetapi berbalik
pada takdir.Ini semua ketentuan yang tidak ada seorang pun boleh tolak.

Semoga roh adik Dirang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan
orang-orang yang beriman.Syurga pasti tempatnya untuk arwah Dirang.
Begitu pun bukan sahaja ibu bapa harus peka tetapi masyarakat sekeliling
sepatutnya harus selalu ambil tahu.Kenal jiran sekeliling.Ambil peduli hal
sekeliling.Bila dah terjadi kejadian seperti ini barulah nak menuding jari
menyalahkan pihak ibu bapa.Bukankah kita ada adab berjiran dalam Islam.
Adab juga dengan sesama bukan Islam.Kalau masyarakat peka dan bertanggungjawab
mungkin kejadian seperti ini dapat dikurangkan.

Apapun,semuanya sudah ketentuan.Ujian dan dugaan Allah turunkan pada hamba
yang DIA sayang.I felt emotional.Rasa sebak dan terbayang kesakitan adik Dirang.
Tiada apa yang lebih mengetahui tentang sesuatu melainkan DIA.

May Allah Bless :)