Tuesday, February 5, 2013

Kerana cintaku pada auratku ^^



Assalamualaikum w.b.t   ^^
Cik kak cik bang,gi solat Asar dulu baru baca :p

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi dengan limpah karuniaNya dapat
kita berhimpun di sini.Erk?Ayat pengacara majlis perhimpunanlah
pulak.Maklum la saya sekarang dah tak belajar Bahasa Malaysia.

Ceritanya,kelmarin bersamaan hari Ahad hari tu,saya hantar ayah pergi
klinik Cahaya sebab sakit mata.Then,saya tunggu dalam kereta about
45 minutes.Sambil-sambil tu mata ni dok melilau keliling tengok environment
pagi yang indah.At that time,kedai-kedai bersebelahan klinik tu baru
nak buka.So,I stared pada dua tiga orang gadis pekerja kedai tersebut
sedang bertungkus lumus melakukan proses pembukaan kedai.

Sedang saya melihat
Hati ini agak tersentuh
Mungkin sebak kerana..

Saya melihat diri saya yang dulu
pada mereka,
Hati saya berbisik
Inilah diri kau yang dulu
Yakni seperti mereka

Dan airmata ini mengalir setitis
kerana sejarah lalu kian terungkap
di minda.

Allahu Allah.

Zaman Rasulullah
Seorang makcik tua sedang berjalan pulang dari pasar.
Sambil lenggang lenggok kemudian datang seorang
budak lelaki menegurnya.

"Wahai makcik apakah kamu tidak mendengar sabdar Rasulullah yang menyuruh
wanita memakai jilbab?"

Tanpa banyak soal,makcik itu terus mencampakkan barang-barang pasarnya.
Dia lalu berlari ke dinding berdekatan sambil menutup rambutnya.Lalu 
menyuruh budak lelaki itu pulang ke rumahnnya dan mengambilkan
sehelai selendang.

SubhanAllah ^^



_________________----_________________

Mengapa diwajibkan menutup aurat?

"Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. "

Pernah saya mendengar cerita sebegini dan kata-katanya
seperti satu tagline yang biasa didengar.Kata dan ayat
yang bakal keluar dari mereka yang tidak mengerti kerana
tidak dimengertikan.

"Kenapa tak nak pakai tudung?"Soal si gadis pertama.
"Belum sampai seru."Balas si gadis kedua.


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Ahzab:59)

Saya melihat di sini,
ada yang tidak betah ditegur kerana tidak menutup aurat.
Sahabat,sayang...
mengulurkan jilbab bukan bermaksud kamu harus memakai
tudung labuh 60' bidang sekaligus.Memakai jubah sehingga ke tumit kaki.
Tidak!Bukan itu maksudnya.

Maksudnya,hijab syar’i yang diwajibkan oleh Allah bagi wanita muslimah, untuk menjaga kemuliaannya, menjaga kehormatan dirinya, menjaganya dari pandangan-pandangan yang melukai, dan kalimat-kalimat yang menyakitkan, dan jiwa-jiwa yang sakit, dan niat-niat yang buruk, yang disembunyikan oleh laki-laki fasik kepada wanita-wanita yang tidak memiliki malu.

Tahukah Allah sangat menyayangi kamu wahai Nisa'?
Tidakkah kamu merasa kasih sayang Allah itu pada kamu
ketika ayat ini diturunkan.Betapa Nabi Muhammad memuliakan
kita.Dan mengapa kita begini?

"Belum sampai seru."
Sedarkah kita bahawa seru itu telah
sampai berzaman-zaman dahulu.Maka ayat apakah yang
mahu kita tutur untuk menafikannya.Bukankah kita
dididik sejak kecil tentang aurat.

Atau mungkin

"Aku nak buat biarlah ikhlas kerana Allah".
Ingin saya mengambil kata-kata seorang akhi ini.

"Tak semua yang free hair itu jahat.Tak semua yang bertudung itu baik.Ada yang free hair tapi still melaksanakan solat kerana itu kewajipan.Satu perintah Allah.Maka apakah yang membezakan antara perintah melaksanakan solat dan menutup aurat?Bukankah kedua-duanya datang daripada Allah.Tuhanku,Tuhan kamu jua dan Tuhan sekalian alam.Jadi mengapa perintah itu boleh perintah ini tidak?"

Dan ikhlas itu siapa kita untuk menilai
Bukankah penilai terbaik adalah Allah?
Mungkin ada yang mengeluh,takut tak istiqomah.

Sayang,belum cuba belum tahu.
Tak kenal maka tak cinta.Bukankah pepatah
itu sering kamu gunakan untuk karangan BM SPM.
Correct me if im wrong. Kehkehkeh.
Jadi why not we try use it in term for changes.

Pernah tak kamu terfikir akan manisnya 
dan indahnya menjadi seorang muslimah.
Tidak perlu bertudung labuh berjubah sakan.
Cukuplah kain yang kamu pakai itu mampu
menutup bentuh tubuhmu.Tudung yang kamu
guna mampu dilabuhkan sehingga menutupi
dadamu dan perhiasanmu.

Dan tika itu,imej Islam akan terpancar melalui
cara kamu berpakaian.Wanita Islam dikenali
melalui peribadinya,pakaiannya.Dan apabila sudah
menutup aurat sudah yakin yang diri sedang membawa
nama sebagai wanita Islam pasti kamu akan merasa amanah
untuk menjaga akhlakmu dan tingkah laku mu.

Tidakkah kamu ingin merasa begitu?
Apa yang menghalangimu?Kamu takut dipulaukan?
Takut tercampak dalam golongan yang asing?
Takut dicemuh?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka hanya dibiarkan dengan hanya mengatakan 'kami beriman'
sedangkan mereka tidak diuji"   (Surah Al-Ankabut : 2)

Jadi bagaimana pula dengan mereka yang sudah melabuhkan
jilbabnya?Adakah mereka tidak dicemuh?Adakah mereka
tidak dipulaukan?Dan siapa yang menjadi kekuatan mereka?
Bukankah Allah?Bukankah Allah?Bukankah Allah?
Tuhanku,Tuhanmu dan sekalian alam.

Tahukah kamu,
aurat mu yang terdedah boleh menarik suamimu, ayahmu,
abangmu,adik lelakimu untuk bersama ke neraka.
Bahkan,kamu menjadi pembawa dosa sekiranya
kamu menjadi penyebab seseorang lelaki berzina
kerana keindahan yang tidak kamu lindungi dan
pelihara.

Sedarlah sayang.......
It's okey untuk mula step by step.
Tapi the sooner the better.
Allahu Allah 

_____________________------___________________

Saya membayangkan
tiga gadis itu melabuhkan jilbabnya
walaupun hanya promoter
walaupun hanya sekadar pekerja kilang
walaupun hanya sebagai peniaga nasi lemak
bukankah indah?
dan bicara mereka mengenai Islam.
Bukahkah manis ?

kerana darjat wanita Islam itu diangkat tinggi.Kerana itu syurga itu
dibawah telapak kaki ibu bukan ayah.kerana itu wanita yang dipilih 
melahirkan khalifah Allah di atas muka bumi ini.kerana itu Allah
memilih tulang rusuk Adam a.s untuk menjadikan Hawa kerana untuk
dilindungi dan disayangi.

Sedarkah anda?
Mahu tunggu apa lagi?
InshaAllah,setiap perubahan 
untuk mengejar redha Allah 
adalah sangat indah.

Maka dengan itu,mulalah bahasa skemaku.
Jangan pakai lengan pendek lagi ye sayang.Panjangkan.Kalau tak ada
belilah handsock buat sementara waktu.
Ikat tudung tu labuh sikit tutup dada agar dirimu terpelihara.
Tak payahlah pakai skinny ke,legging ke.Tahu tak saya rasa 
annoying tengok apatahlagi makcik-makcik yang lalu lalang.Kalau
abang-abang mesti dah terjojol mata.Maaflah kalau salah menilai.
Cuba try baju saiz besar dari saiz badan yang asal.Saya dah mencuba
anda bila lagi?Rasa selamat dan sempurna.
Labuhkan kain baju sehingga paras paha.Pasti tampak lebih ayu.
Kerana dirimu begitu berharga sayang.

‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” – (HR Bukhari)

"Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh" (2:208)

_________________------__________________

Jangan risau,
kerana Allah akan menemani kamu kiri kanan
depan belakang atas bawah.
Jangan risau,
kerana ada mereka yang akan menghargai kamu
Jangan risau 
kerana masih terdapat mereka yang sedar dan tahu
InshAllah.

Saya tidak baik,dan kamu pasti lebih baik dari saya
Sama-sama kita berubah
Untuk ummah untuk menuju JannahNya.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-Nur : 31)


Kerana saya cinta ummah ^^


p/s: saya hanya mampu berdoa. Dan kamu jua.Moga cik hidayah
      dan abang taufik akan peluk saya dan kamu jua. Wasalam :)
      Moga ada redha Allah untuk saya,kamu dan mereka-mereka.
















Sunday, February 3, 2013

Let start form the bottom






Assalamualaikum w.b.t :)
Before that, post agak panjang lebar tapi tak berjeler ^^

I keep thinking that i should  upgrade my planning skills but tagline biasa
"Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan"

"Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam"   
                                                          (1:2)

Syukurlah dapat cuti dua belas hari.InshaAllah nikmat Allah bagi.
Oleh yang demikian (skema) ingin saya di sini berkongsi dan
ber 'sharing' untuk tambah saham saya kamu dan mereka-mereka
untuk ke 'sana'.

Okey,straight to the point sahabat,
Mari kita renung balik rukun Islam kedua I repeat
rukun ISLAM KE 2.

Yakni solat lima waktu sehari semalam.
Ada rasa nak blah dari blog ni?Janganlah ye
sahabat.Allah pilih kamu-kamu untuk baca
saya punya post.

SOLAT
Subuh
Zuhur
Asar 
Maghrib
Ishak

Frankly speaking,okey saya suka bahasa rojak.Sebab kat
matrik bahasa memang rojak.Jom renung balik diri sendiri
sudahkah kamu tunaikan kewajipan rukun Islam kedua itu
sehingga saat ini?Pernahkah kamu terfikir akan betapa solat
itu penting dalam membina individual muslim kepada 
baitul muslim,masyarakat muslim

mengubah undang-undang, 

menegakkan negara Islam, membentuk empayar Islam 

dan seterusnya membentuk  ustanziatul alam

tapi.....


Kalau dah nama solat itu tiang agama maka 


kamu mahu kukuhkan ia dengan apa?

Ada rumah yang tak ada tiang?

Sila cakap nanti saya bagi seposen. heh.

Dan perkara pertama yang akan dihisab di


hadapan Allah kelak ya sahabat adalah

solat.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."

( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )



Maka dengan itu,tidak takutkah kamu akan sabda baginda?Mampukah kamu menafikannya
bahawa sesungguhnya solat itu sangat dan terlalu penting.
It's like you play domino's game.Once the block falls the rest will falls too.


Solat > Aurat > Ikhtilat > akhlak > individual muslim

Randomly arrange but solat must be the first right.
Once solat falls and how can you take care the rest.It's like a chain.Some goes in
our body organization.


cell > tissue > organ > system > organism

Pembentukan yang pertama itu penting untuk pembentukan seterusnya.
Macam mana nak wujud tissue kalau cell tadi tak ada.Cantuman banyak 
cell akan mewujudkan tissue.Seterusnya menjadi organ such as our jantung
dan barulah menjadi organism iaitu saya dan kamu-kamu. 

Jadi,begitu juga dengan solat.Jika solat kamu sudah terjaga pasti auratmu akan
kamu tutup kerana di dalam solat telah dipraktikkan teknik menutup aurat
yang betul yang mengikut lunas-lunas Islam.Dan seterusnya apabila sudah menutup
aurat pasti kamu harus menjaga ikhtilat. Pergaulan antara lelaki dan wanita.Kerana
disebalik hijab luaran kamu pasti merasa amanah untuk menjaga hijab dalaman.
Dan seterusnya peribadi kamu yang bakal membentuk individual muslim.

And saya bukan nak buat tutotrial class belajar solat cuma
nak berkongsi perasaan saya ketika ini.Bukan mudah
untuk konsisten dalam solat apatahlagi khusyuk.Namun
untuk melakukannya tidaklah pula susah kerana asal
ada kemahuan diri pasti Allah akan bantu. Ye dak?

Teringat masa sekolah rendah agama dulu, ehem!
ustazah Feqah ajar kat depan tentang bacaan dan
makna solat saya di belakang sibuk bergosip cerita
Powerpuff Girl dengan geng kononnya.

Apatahlagi time praktikal solat,tengok sana tengok sini.
Orang rukuk kita turut orang sujud kita main hentak-hentak
lutut.Bajet sungguh lah waktu tu.Bila dah besar gajah 
macam ni baru terhegeh cari buku adik darjah satu.
Heh.
Siapa terasa angkat tangan? kehkeh

Untuk itu,sebagai orang ISLAM yang tahu rukun ISLAM
patutnya tahu solat itu adalah makanan untuk roh kita.
Ingat roh kita makan ke Nasi Ayam Chicken Rice Shop tu?
Ingat roh kita minum ke air Cool Blog gambar comel akak Heliza tu?
Ingat roh kita makan aiskrim Baskin Robin tu ke?
Tidak wahai sahabat sekalian,

Jadi,tanamlah azam dalam hatimu.
Penuhilah solat lima waktu itu.Tidak susah dan nikmatnya
sangat menggembirakan.Sangat cantik dan indah.
Solat itu maksudnya doa.Dalam solat kita sentiasa
berdoa dan memuji Allah S.W.T

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
                                             [1:6 ]

"iaitu jalan orang yang engkau telah beri nikmat bukan jalan
orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang 
sesat"
                                              [1:7 ]

we are not loser sayang.
Grab the chance.It's never late before die
Lihat saja  dunia hari ni.Penuh kekejaman
Penuh dengan kesulitan dan tidak aman.Masyarakat
Islam berpecah belah.Ada suami yang membunuh isteri
ada isteri yang membunuh anak.Dan sebab utama mengapa
terjadi musibah seperti itu adalah kerana tinggalnya solat.
Kerana lupakan solat.

Jangan kecewakan Allah,
Jangan kecewakan Rasulullah,
50 WAKTU kepada 5 WAKTU sahaja.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
                                                                Surah Al-Rahman


_________________________________________________________

Maka di sini,saya sertakan web untuk rukun Solat

dan juga makna-makna dalam solat agar kita lebih khusyuk dan menghayati
keindahan solat itu sendiri.

__________________________________________________

"Dan dirikanlah solat dan tunaikahlah zakat......"
                                                          [ 2:110]

Hence,selalulah ingat tagline ini 

"Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"

Heh. Saya selalu kena bila lalu depan masjid
Kg Pendamar. Dari sekolah rendah sampai 
sekarang itulah yang saya ingat pasal masjid tu.

InshaAllah sayang,
kita sama-sama berubah.
walau payah kerana diri manusia
itu tak pernah terlepas dari berbuat
dosa.Itu lumrah kan......   


Moga ada redha Allah untuk saya,kamu,dia
dan mereka-mereka.
Allahu Allah


p/s:Saya budak baru belajar kalau salah tolonglah tegur dan ajar.