Thursday, May 30, 2013

Just A Story...

Assalamualaikum wbt,
Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Okey,post ni hanyalah untuk memberitahu,
yang inshaAllah malam ni akan ke Kelantan
Kota Che Siti Wan Kembang,

Kecek Kelate la kita...
Nak menghadiri nikah dan kahwin someone
yang close.

And cakap pasal nikah and kahwin
Im exciting yang entah pape,
but saya InshaAllah QANAAH ye..

I always love to do that nikah and kahwin
punya kerja.As whatsoever la kan.
Apapun sanggup asal tak jadi perhatian.

Actually ramai juga saudara mara teman rapat
kahwin bulan ni.Biasalah bulan cuti sekolah
Senang nak pergi kenduri.
But deeply Alhamdulillah ramai nak bina
baitul muslim which is sangat good.
Lagi-lagi yang muda cam saya ni.
Means depa dah kenal 'tanggungjawab'

To bear the burdens
such as 'tanggungjawab' is not easy as we think
even kita dah ready actually kita tak lagi ready,
kinda of,saya jenis yang suka sangat berfikir even diluar kotak
tapi bagi saya,I don't care as long as I have Allah.

Yes,come hell or high water there still Allah who remain by
my side,always be.Dan saya sebagai wanita memang kena 
percaya dan bergantung pada Allah sepenuhnya even nanti
ada someone who will protect me. cheh! ayat poyo giler!

Okey,merepek cerita pasal nikah and kahwin.
tapi bukankah benda tu something yang buat
kita teruja.
Saya masih seorang wanita.Yet!

Moga ada redha Allah untuk saya dan awak  :)
Happy holiday guys,
Lepas ni saya nak cerita pasal 
"Di Hamparan Shamrock Ku Menyeru NamaMU"
InshaAllah

You are awesome and sweet
;P

Sunday, May 26, 2013

Angin menyapa hati

Assalamualaikum

Abdullah,
tika itu dia gembira
melahir rasa tanpa ada batasnya
Seolah dunia ini tiada penghujung
tiada akhirnya

Abdullah
tika ini dilanda hiba
siapa yang mahu dekat
siapa yang mahu rapat
apa caranya
agar kehibaan itu hilang sekelip mata

Abdullah
Air mata itu hanya pengubat sementara
Mengisi ruang sepi sekian lama
menjeruk rasa yang semakin hina
di mana silapnya
ke mana arahnya

Abdullah
kadang-kadang alpa
tidak,alpa sentiasa
lupa,ruang kosong itu perlu ada
perlu ada cinta

Abdullah
saat ini airmata itu tetap mengalir
tetapi bukan untuk dihina
bukan untuk mencoret kisah duka
yang semalam tetap semalam

Abdullah,
kini mengerti
apa itu manusia
hanyalah hamba Allah 
yang lemah tak berdaya

Setiap orang ada mimpi ngeri.Mimpi ngeri yang tak sama tak serupa.Biarlah mimpi ngeri itu bagai dandelion ditiup angin.Bukankah angin itu memberi khabar gembira buat makhluk Allah di dunia.

Moga ada redha Allah SWT {:

Wednesday, May 22, 2013

Pesanan Penaja Buat Sesiapa

Assalamualaikum,

Hai,saya ex-matrik.
Di Melaka dengan gumbiranya.
Salam perkenalan

Oy..benda yang paling ingat  bila datang KMM
adalah hari pendaftran.Saya punya kad matrik mendapat
gambar yang paling cikai sekali sebab tangkap gambar
untuk matric card masa muka yang penuh dengan minyak
dan peluh.Oh mai!Oh mai!

Rasa-rasanya sekarang ada tak lagi yang confuse tak tau nak
masuk Uitm ke?Matrik ke?Apa-apa institusi pun kan.
Don't worry,setiap apa yang kita pilih adalah gerakan
daripada Allah.Dan setiap apa yang Allah takdirkan untuk
kita ada kebaikan dan hikmahnya. "Killer grin"

Bila masuk matrik benda yang paling saya takuti sekali adalah
kena tendang!Push!Push!Sakit kan?
Takut pointer jatuhlah..
Takut tak boleh survive la..
Takut tak boleh bawa subject sains la akaun la...

Dan ada certain makhluk mana selalu cakap
matrik tu susah!
Dia adalah seorang yang berhati sangat kecil dan berminda sangat sempit
Samalah macam orang yang mempercayainya.

Saya admit la,saya pun sama dua kali lima je.Semua nak percaya
cakap orang itu dan ini.Belum cuba dah mengalah.Belum rasa dah
terngadah.Inilah manusia,suka percaya orang bulat-bulat gedempol  :)

Alhamdulillah,berkat doa yang menjadi senjata orang mukmin,
saya tak rasa matrik tu susah.Bukan sebab saya pandai tapi
itulah,bila Allah dah tarik kita masuk situ ada sebabnya.Ada
something yang dia nak bagi as keperluan kita bukan
kehendak.

"Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu"

Siapa yang takut pointer jatuh?
Itu kalau yang tak belajar,Yang masa study week pun boleh dok
ke hulu hilir tapi tak pegang buku.Senang cerita,awak perlu focus
dalam lecture dan rajin-rajin buat latihan yang ada dalam buku tutor.
Perlu ada semangat nak kejar cita-cita awak dan impian awak.
Tak kisahlah impian nak jadi apa pun, pastikan ilmu itu awak ambil
terutamanya orang Islam.Kita wajib tuntut ilmu walau apa ilmu sekali
pun.

Dan tak semestinya awak kena dapat 4flat untuk berjaya.
Dan nak dapat 4flat bukan mudah macam cakap "Cik nak ABC satu!"
Cuma bila dapat 4flat rasa sedikit berbanggalahkan. tapi 4flat
tak menjamin kehidupan yang bahagia di akhirat kalau ilmu yang
awak dapat tu hanya tersimpan kemas dalam lubuk memori awak.

Cari pengalaman dan tak perlu takut untuk mencuba.
Sebab kita akan jadi macam katak bawah tempurung
kalau selama-lamanya kita tak move on.

Now!Move!Sahut cabaran!Jalani hidup yang 
sebenarnya masih panjang 
banyak liku-liku
batu bata
ada manis ada pahit
ada masam dan ada masin

Cuma,jangan pernah lupakan Allah
tika senang
tika susah
tika gundah

Good Luck Bakal Budak Pra-U
Life is all about boundaries,it requires you to jump ;P
I love human 
I love ummah
and
I love Allah more ....

Be yourself,be the best of yourself
Semoga ada redha Allah buat saya dan awak.




Sunday, May 19, 2013

Langit Mendung Hanya Seketika

Assalamualaikum

Stop Living In The Past

Bukankah hidup satu perjalanan?
Bukankah hidup satu perjuangan?
Bukankah juga hidup satu pengorbanan?

Setiap saat,minit dan waktu akan terus berlalu tak menunggu
Seperti angin yang lalu,tak dapat dilihat dan tak dapat dikejar
Namun dapat dirasa walau tak dapat disentuh

_________________________

Okayy,mukadimah pendek.Betullah tu hidup kat dunia ni sekejap sangat.
Kalau buat revision balik tengok sesaat ke belakang nampak apa?
Tak nampak apa-apa?Tetap nampak depan.Masa depan.

Masa depan cerah atau kelam?
Masa depan yang penuh berkat atau tersekat tak jumpa jalan?
Semua tu dah tertulis dalam takdir.Redha!Pasrah jelah dengan takdir!
Betul tak?

"Amboi!Cakap macam senang?Bolehlah cakap hidup hang tak pernah susah!"
Okay itu sinikal punya ayat.

"Ni semua salah!Ni semua tak betul!Kenapa hidup aku macam ni?"
Ayat sangat relevan bila kena timpa batu bata dalam minda.

"Hidup ni bagai roda yang berputar,Sekejap kita kat atas sekejap kita kat bawah."
Ayat orang pasrah...


Percayalah!Semua orang pernah mengalami situasi di mana bumi tak terasa dipijak langit
tak terasa dijunjung.Pembawakan perasaan dalam kehidupan bukanlah suatu idea atau
tindakan yang menguntungkan bahkan merugikan.Saya bercakap untuk diri sendiri dan
awak juga.

Saya tertarik dengan kes-kes masyarakat yang kurang bermoral sekarang.Perasaan dan emosi seolah
diadun menjadi satu bahan yang merosakkan hati dan kewarasan akal manusia.Seolah bahan yang
membunuh nurani manusia.Puncanya jelas,ianya penyakit hati yang pengubatnya hanya dengan
berzikir.Ramai boleh cakap,ramai orang boleh bagi pendapat tapi tak ramai yang boleh faham kenapa
dan mengapa seseorang itu hilang kewarasannya?Hilang sikap malunya?Hilang harga diri dan maruah?
Hilang adab dan tatasusila sebagai orang Islam?Dan paling penting hilang rasa takut pada Allah?

Rasa sakit tak?Saya rasa macam kena simbah dengan air yang sejuk sangat.Tersedar dari mimpi kerana 
selama ni saya menjadi masyarakat yang hanya tahu mengata dan mencaci tak tentu hala.Menjadi masyarakat prihatin Malaysia yang suka memfitnah dan melempar kata-kata dusta. Oh Mai!! 

Kenapa mereka macam tu?

Tidak percaya pada takdir.
Benar bukan,bukan mudah untuk menjadi seseorang yang berpegang pada takdir.Saya tak cakap semua orang.Saya maksudkan juga diri saya.Sungguh kita hanya mampu merancang dan Allah menentukan segalanya.Kata-kata itu bukan sekadar persinggahan masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau bagai mencurah air ke daun keladi tapi kata-kata itu sangat benar.Sejauh mana kita merancang kesempurnaan hidup,sempurna itu hanya milik Allah SAW.Tapi,pada mereka yang tidak percaya 
takdir,tidak berpegang pada Al-Quran dan Hadis,tidak juga meletakkan kebergantungan pada pencipta,mereka akan sangat hopeless dan helpless dalam menghadapi sesuatu musibah.Dan saat itu,perasaan yang jahat dan emosi yang jahat juga akan bersatu padu bagai aur dengan tebing menumbangkan anugerah Allah buat manusia,akal kita.

Terlalu cintakan dunia.
Duit yang banyak!Baju yang cantik!Kereta yang menarik!Pokok pangkalnya semua yang mampu tarik perhatian manusia pada kita.Bukankah itu hanya dunia semata?Okay,tipikal masyarakat Malaysia suka membanding-bandingkan orang sekeliling.Menjadi hakim yang berhak menentukan siapa yang salah.Mendengar hujah hanya sebelah pihak.Menjadi peguam terbaik hanya pada orang yang rapat dengan mereka.
Dan memang makhamah dunia itu tak selalunya adil.Ketidakadilan inilah yang menjebak seseorang itu menjadi bukan seperti manusia.Kerana makhamah dunia yang tidak pernah simpati pada mereka.Yang menang hanya yang berkuasa.Yang menang hanya mereka yang kaya.Yang menang hanya kerana mereka ada pangkat.Yang menang hanya mereka yang punya takhta di dunia.Berlindunglah kita dari penyakit Wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Tidak beriman pada hari akhirat
Percayalah,ramai boleh recite boleh hafal rukun2 iman tapi benarkah kita beriman?Benarkah kita beriman dengan hari akhirat?Jadi kalau benar,mengapa ada lagi sangsi padaNYA yang kita akan dibangkitkan kembali nanti.Yang hidup di dunia ini hanyalah sementara.Satu perjalanan yang sangat singkat untuk mengumpul amal dan ibadah.Menunaikan janji yang terpateri sebelum lahirnya kita
di dunia.Jadi,mengapa terlalu terbawa-bawa musibah yang menimpa?Mengapa masih hidup dibayangi masa silam?Mengapa masih mencari yang gelap sedangkan sinar itu boleh dipinta?Mengapa menjadi hambaNYA yang sombong dan bongkak?Mengapa masih tidak percaya akan janji-janji Allah?Dan benarkah hidup dan mati kita hanya untuk Allah,Al-Khalid?

_____________________________________

Sungguh,saya dan awak tak pernah meminta dijadikan seperti itu dan ini.
Tak pernah meminta ditimpa ujian macam hujan di musim tengkujuh.
Tak pernah meminta hidup yang sebegitu dan sebegini
Tapi

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji?"
Al-Ankabut 29:2

Kasih sayang Allah tidak pernah habis.Tidak pernah hilang meski dosa saya dan awak macam pasir dilautan.Tak terkira dan tak terhitung.Ujian itu datang sebagai penawar dosa.Ujian itu hadir sebagai
rasa kasih sayang Allah pada kita.Sebab,kita hanyalah hambaNya.Yang takdir hidup kita sangat indah Allah susun dan atur dalam perjalanan untuk kembali padaNya.Kembali pada tempat asal kita di mana, tentulah di syurga.Walau saya dan awak tahu untuk ke syurga mudah tapi tak susah kerana kita ada
Allah,Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Al-Baqarah 2:286

Benar bukan,pasti ada rasa lega selepas dihujani badai.Ditiup angin kencang dan melata
ke tanah terbiar seorang diri.Ibarat bermusafir di padang pasir kering kontang.Pasti ada
air yang menanti.Ada jalan keluar yang dicari.Dan mintalah pada Allah sekiranya kita tak
mampu menanggung ujian seberat itu.DIA pasti mendengar dengan baik.Kerana itu yang
Allah mahu.Kita dekat denganNya.Kita mencari Allah dalam kegamitan waktu dan masa.
Menjadikan kita hambaNya yang tidak lalai dan tidak alpa.

Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [Rw Muslim]

Percayalah
Langit mendung hanya seketika
Hujan mencurah pasti akan terhenti
Pelangi indah pasti akan memunculkan diri 
Walau hanya untuk seketika kerna
Itulah hakikat alam kehidupan dunia


Wallahualam :)
Moga Allah Reda dunia dan akhirat

Wednesday, May 1, 2013

Mukadimah dulu

Assalamualaikum,

Yuhuu...Allah,berhabuk sungguhlah blog ni.
Tak apa,saya dah vakum kasi bersih :)
Tak ada la nanti jangkitan kuman or virus kan.

Alhamdulillah,tamat sudah pengajian fast track
di matrikulasi Melaka.Somehow,rasa sedih sangat
time nak tinggalkan kolej Matrik Melaka tu.
Mungkin banyak kenangan yang sangat awesome
di situ.

Maaflah,lama tak update blog.
Busy sangat-sangat.
Walau sepatutnya saya amek masa jugak
untuk update blog kerana sedar masa
semua tu Allah punya.
Saya yang tak bijak menggunakannya.
Saya hanya manusia biasa.

InshaAllah,dah ada plan untuk blog ni.
Ulangan kembali usrah saya setiap hari
Jumaat kat matrik.

I miss You somehow.
My Oladamiss ^^

kinisayamahuberjuangbersamamereka
Diyanah Athirah