Monday, December 26, 2011

Teori Kehidupan

Hidup ini mudah jika kita guna konsep
forgive and forget :) Mudah ke hidup ni?
Tak sebenarnya tanpa sifat sabar dan redha.
Situasi apabila dilanda ujian atau masalah
yang datang bertimpa selalunya orang akan cakap


"Ya Allah,kenapa mesti aku?"
or
"Apa dosa aku,Ya Allah?"


Okey,aku pun pernahlah cakap macam tu.Time tu aku betul-betul
tertekan dan tak tahu nak buat apa.Aku fikir itulah masalah yang
paling besar padahal kecik macam kuman.Seriously,sebagai manusia
kita takkan terlepas dari menyalahkan takdir.Kita juga takkan terlepas
daripada hilang sifat sabar. Am I right?
Jadi sebab tu kita kena tambah motivation pada diri sendiri.
Pernah dengar jiwa besar?
Orang jiwa besar ni dia seorang yang tabah.Tak akan
anggap masalah yang melanda adalah perkara besar.
Yelah,setiap masalah ada jalan penyelesaian.Cuma depends on us
how to solve it.


Talk about "forgive&forget" Nak mulakukannya bukan mudah.
Kena terima dengan baik.Tapi itulah yang terbaik dalam
solving problems.Kalau math problem solving kena ada
cara tunjuk jalan kerja baru boleh selesai masalah.Tak perlu
fikir pasal perasaan orang ini dan itu.Hanya fikir jawapan yang 
tepat.


Tapi bila bercakap soal masalah selain masalah math
kena guna hati dan perasaan.Jenis mudah yang memaafkan
dan melupakan memang hidup dia sangat simple.Sangat tenang dan
sangat mendamaikan.Aku pun kalau boleh nak hidup macam tu.
Setakat ni mmg hidup aku macam tulah.


Ada certain people yg mmg sukar memaafkan.
Berdendam punya lama sampai diri sendiri merana.
Ada certain people yg mmg sukar melupakan
bertahun hidup tak boleh lupa sampai jiwa bernanah.
Bak kata ustaz orang macam tu jiwa dia kecik jek!


Aku pun tak naklah jadi orang jiwa kecik.
So,walaupun dugaan dan ujian yang datang
walau melibatkan maruah diri atau maruah keluarga 
cari DIA.


SEBAB,hidup kita ni menggalas takdir yang tertulis.
Actually kata-kata nasihat untuk diri sendiri.
Hehehe :D


May Allah Bless ;)
Live your life

Thursday, December 22, 2011

Cerita Baru

Heyya,sekian lama aku biarku lamanku bersawang.Aigoo..jiwang!
Hampir sebulan tak jenguk Ana3a.blogspot.com
Bukan menghilang atau merajuk mahupun memencilkan diri.
Tapi berehat seketika sebab kepala dah nak terpusing belakang
fikir macam-macam lepas habis SPM.Ingat apa habis SPM
Enjoy?Macam tu?


Tak ada maknanya.Okeylah,
actually Tm buat hal.Wayar putus buat report
empat kali baru dia datang betulkan.
Sakit hati?Giler tak sakit hati!!
Hahaha.


Now,demam..yelah musim demam.
Lepas ni ambil lesen kereta.
Ayah aku kata pergi amik kat Melaka.Ada auto test.
Iye ke?Sanggup suruh aku turun Melaka.
Macam menghalau je kan?Hahaha.


I'm still budak lepasan SPM yang melepek kat rumah
without doing anything whatsoever.
Aku ingat nak ambil kelas Taekwando.
kat ne ada?


Nak ambil class BI kat Bukit Tinggi Klang tapi
mahal. RM 2160?? Mahal kan?
Tiga bulan punya gaji pun tak lepas.
So,i thought to use another alternative. how to improve my english.
Penting?Of course.


Kerja?Tak...atau lebih tepat
belum sampai seru.Nak duduk rumah belajar
memasak.Hehehe..lepas tu kalau aku nak duit
aku tolong ayah aku niaga kat pasar.Sehari dah ada RM30
tiga hari dah RM 90 enough to buy three novel or more..


Sebab apa aku nak beli novel banyak dan banyak sebab novels buat aku
tak sedar masa berlalu.Buat aku tak fikir hal lain.Buat aku tak payah runsing
sakit kepala segala bagai fikir pasal result.Aku jenis yang suka berfikir secara mendalam
based on white and black sesuatu perkara.Yeah!That's me!


Okey,sekarang sakit tekak sangat.Aku buat entry untuk lepaskan
rindu pada blog ni.So,got to go.


May Allah Bless,
Live ur Life

Monday, December 5, 2011

Heyoo!!!

Heyya,
tomorrow last exam
He3..seronok plus tak sabar
Hari Sabtu hari tu aku pergi watch
Twillight Breaking Down P1 best and i need
to admit Jacob is awesome.
I love Renesmee :D
Impatient to wait for Part 2
Time bella protect her family. She got the power after change.
Esok aku exam EA.
Then,hari rabu pergi tengok ombak rindu.Gila-gila tak sabar.
My sis text me ckp

"Adik aku dah tengok Ombak Rindu.Best gilerr doe.."
What the heck?Dia text aku macam tu.
Mentang-mentang banyak duit.
Anything pon dengan Izin-Nya
Kalau DIA tak bagi aku tengok so means aku tak dpt tengok.

kat rumah takde lappy coz kakak aku bawa.
So,terpaksa guna my cousis punya lappy.
Hahaha ;)

Whatever it is
Enjoy ur life.
May Allah Bless

Saturday, November 26, 2011

Salam Hijrah

Salam Awal Muharam untuk alls Muslim out there :D
Marilah sama-sama kita berbuat kepada kebaikan
dan mencegah kepada kemungkaran.

Amal makruh Nahi mungkar.

Jahat-Baik
Baik-lebih baik

1433 Hijrah bersamaan awal tahun Islam.

Sunday, November 20, 2011

Now,17 years old

Heyya,
okey, I know this is sooo wrong...
Last update kata last entry before exam but today
kena jugak!!!

Hehehe c(:
Happy Birthday to myself.
17 tahun sudah.
20.11.20.11 faham tak?Cantik tak no. tu.

But it means nothing.Saja-saja je nak menyelitkan no. tu.
Okey,setakat ni hidup aku tak ada nak tambah purpose.
Cuma harap more better.Jadi budak yang better.Good student.
Good stuff soon...bakal part time kerja tak tahu kat mana lagi.

And more important.
Good daughter :D
Good sister
Good blurberb gadis. erk??
Good bestfriend indeed. :D

And the most important
Seorang hamba yang taat pada Allah dan Rasulnya.  :)
Aku nak jadi orang yang lebih baik.Aku nak cari tujuan sebenar
aku hidup di atas muka bumi ini.Aku nak bersihkan hati.
Versus kepada yg more better. InsyaAllah. Mohon bantuan
hamba-hamba Allah yg baik hati.If have someone yg sudi menolong ;)

Hehehehe,actually malu pulak nak wish diri sendiri tapi
apa yang salahnya kan???
To all kawan yg wish thank you so much sebab wish dan ingat
hari lahir aku.Bukan penting pun actually untuk korang ingat.
Aku pun tak ingat befday korang.Jangan marah la ye ;)

Seingat aku tahun ni mmg aku jarang wish befday orang.
Sebab mungkin faktor pelupa.Macam orang tua.
First wishes from best buddy friend.Aku dah terlelap
kau kacau but it's okey as you make me smile.

May Allah Bless :))



Thursday, November 10, 2011

SPM Wish ,,

Heyya,
p/s: Last entry before SPM
Countdown 3 hari lagi.


Cuak tak cuak itu belakang kira.Rasa cam tak cukup usaha but just
do the best.Firstly,rasa sedih sebab lepas ni tak dapat pakai baju
sekolah except 'termasuk' form six tapi insya Allah taknak masuk
form 6.Second,aku gembira coz aku akan lalui juga saat-saat
yang genting macam SPM tu if and only if nyawa masih panjang.
Coz mengingati mati  tu wajip kan.


Hari-hari duduk PS sampai berapa jam.Kerja aku menghadap
buku Sej je.Kalau tak Bio kalau tak Add Math dan Mod Math
Nak baca Fizik tapi serabutlah kepala.Apapun aku dah mula rasa
seram sejuk plus semalam cikgu Norati buat speech sedih.Rasa 
cam nak nangis je sebab nak hadap SPM but kalau ikut akal
dan fikiran jauh ke hadapan SPM ni bukan penentu hidup dan mati
cuma hala tuju masa depan and then kalau tak pun 
'rezeki datang drpd Allah' so alang-alang pekasam biarlah sampai
ke pangkal lengan.


Aku tak tahulah korang faham ke tidak tapi apapun
life must go on.Takleh toleh belakang kalau nak toleh pun
kejap je la.Tak leh juga nak terus pandang depan straight forward je
kena pandang kiri kanan.Macam melintas jalan.

To All My fellow Friend, SPM candidates,my all classmate 5SC1,
ex-classmate and my best friend.
Aku doakan korang cool dan tenang jawab soalan SPM.
Trying best not hard. Stay with Allah,everything will be smooth.
May Allah Bless. Good luck and all the best :D


Saturday, October 22, 2011

21 DAYS TO GOES

Heyya,connection internet dekat rumah aku sangatlah mendukacitakan.
Sakit hati dengan TMnet!! Buat aku punya mood happy-go-lucky terbang melayang.
So,sempena dengan title kat atas tu.Mesti korang fahamkan.Tak faham?

I am talking bout SPM ! Yeah! Tak sampai berapa minggu je lagi.
Sekarang tak ada trying hard.Buat yang termampu.Result trial da keluar.
Alhamdulillah,tak dissapoint me.

BM-A
BI-B
MT-A-
SEJ-A
PI-A+
BIO-B
CHEM-C
FIZ-D
EA-A-

And Add Math masih tetap failed.Spoiled brat betul!Tapi tak apa.Setakat ni ada
sedikit peningkatan.Apapun tetap kena usaha kuat sikit lagi kan.So,korang kalau ikhlas
doalah untuk aku.For Flying colours result SPM. Takut ni!!

May Allah Bless,
p/s: after this blog aku dipenuhi sawang2 labah.Bye :)))

Saturday, October 1, 2011

Preview : M.A.I.D

Novel : M.A.I.D
Karya : Suri Ryana

Preview : Novel ni aku dah baca.FYI aku baca novel ni dalam satu hari dah habis.Memang gilerr novel!Best tak best anda boleh baca dan nilai sendiri.Bagi aku best sebab penulis tak buat jalan cerita yang rumit atau masalah yang terlalu memberatkan kepala.Cuma tang romantik tu aku tak boleh tahan.Adoi!!Firstly baca dekat Penulisan2u memang ini novel aku nak beli.Akhirnya esoknya aku pergi beli.Hahaha...memanglah aku ni tak penyabar.Pantang ada duit lebih sikit novel je la aku beli.

Kisah pasal Noorul and Harris.Like usual kisah yang cinta yang dah banyak dipasarkan sekarang.Cuma mungkin ada kelainan dari segi penceritaan,perwatakan and so on.Cuma yang best novel ni aku suka sangat watak Noorul yang clumsy.Kita bila dah kelam kabut memang semua benda kita buat jadi tak betul kan?Lagi satu watak dia ni menggambarkan dia seorang wanita yang tak mudah menyerah kalah dan senang meluahkan perasaan.Kalau aku?Orang tanya pun aku diam je.So I suggest you...baca la this book.Gerenti gelak macam orang gila :)

Then,then,aku nak beli novel baru : Awak suka saya tak?
Karya :Melur Jelita. Macam best.Sebab ada cerita pasal kuda.Paling last aku tunggang kuda pon masa darjah enam.Heh!Itupun kuda padi jek!Hahaha.Pape pun,it's worth it kan sebab bila dah besar nnt aku nak belajar tunggang kuda.Tak sabar ni!!Excited terlebih! Hehehe..Oh ya,Lafazkan kalimah cintamu pun aku da baca.Semua novel aku layan tapi kapel2 not in my term at this moment.Rite?Masih budak-budak bawah tanggungan parents.Oh ya,my sis dpt job for cuti sem dia.Jadi cikgu BM. Sat,Hahahahaha..i can't imagine how she's handle her student.What a big whoaa?!!!Tapi aku ingat after SPM nak buat part time jd cikgu tadika.Boleh ka?Boleh,insya Allah :)

May Allah Bless You Alls c(:


p/s : October 15th aku nak beli novel baru.

Wednesday, September 28, 2011

Hello ;)

Assalamualaikum,heyya kawan :)
Hehehe,Just entry for saja-saja.Aku belum habis exam.
Esok Physic punya paper 1 and 2. Kejap lagi nak sambung
study.Aku tengok Jadual For Spm 2011. Aku bakal habis
paper untur pure science pada 30 november but aku
ada kertas EA pada 6 Disember. Oh my my...aku ingat
paper EA hari last macam last year tapi tak.Alhamdulillah.


Sekarang all my teachers tengan tanda paper.Ada yang dah habis
and dah tahu markah but semua teras jek! Sekarang tunggu 
result for Bio. Aku nak buat perbandingan dan cari kelemahan.
Aku ngan Bio and Chem tak adalah main-main.Cuma ngan Fizik je
main-main.Tak minat la!!


Doakan SPM aku berjalan lancar.
May Allah Bless , :)

Sunday, September 18, 2011

Cabar Myself!

Assalamualaikum and heyya,
Fellas,aku jenis pantang dicabar.
Dia cakap aku tak boleh kalahkan dia
sebab asyik novel,novel je yg aku hadap,
start hari ni aku tak nak berblog dah.
It means aku akan stop for a while.
Cabar diri sendiri.
Start from today,even ada lappy depan mata.
Insya Allah,

Friday, September 16, 2011

Still and Still....

Assalamualaikum,
Fellas..
Walaupun tengah trial sedikit kusut dengan segala
ilmu pengetahuan but tetap sempat untuk melayan
cerita Warrior Baek Dong Soo :) Ngee...
So,malam ni planning untuk stay up for Bio all out.
Kahkahkah! Baru sekarang rasa macam tak cukup nafas
nak baca semua. :(
Jawab Add Math dua hari lepas rasa macam best sangat.
All clear just for paper 1. Paper 2 memang soalan tak 
pena keluar SPM.


Pape pun,sekarang tinggal empat paper dan Physic
adalah paper yg terakhir pada 29.9  .
Lama giler aku periksa.
Sebulan je pun. Whatever.
Hand with hand. Aku and friend.

May Allah Bless All of Us :)
Peace no war @-----^-------

Sunday, September 4, 2011

Happy2 Raya



My Sisterhood :)
From left : Anis,Kak Fatin,me,Teha
Venue : Rumah nenek,first raya
Raya tahun tak berapa nak great sebab maybe 
takut nak trial. Hehehe
But after all,dapat raya rumah nenek kt Kg Pendamar,
it worth  :) 
Memory : Zaman2 remaja ;)

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya ;)

Happy Eid Day itu kata orang putih
Selamat Hari Raya itu bahasa kita,
Salam lebaran dan maaf zahir batin :))


Thursday, August 4, 2011

Cry is Nothing

Heyya,
Today last exam for Ujian Berfokus 2
Since,this is last day,nothing yang aku buat,
Just esok agak busy dengan kerja Sinar Mags
For the last three days aku banyak fikir,
fikir macam-macam yang bukan hanya
tentang pelajaran neither tentang SPM
tapi masalah sahabat.


Aku dah dapat terima hakikat,
Persahabatan empat tahun tu dah
tak wujud lagi.Aku dapat terima Atul
da ada BFF baru Intan.Aku dapat terima
semua yang berlaku walau bukan salah aku.
Aku dapat terima hanya aku seorang yang mengharap
semua benda ni tak berlaku.


Even semalam punya semalam menangis lagi.
Yes,aku tak coolie macam Jack Sparrow .
Aku bukan manusia yg ada hati aliens.
From bottom of my heart,aku tak pernah terfikir
benda ni akan jadi but..it's destiny.


Time nangis je aku fikir,salah aku ke?salah aku ke?
Tapi apa aku buat?Nothing than helping.
But now..its just so fine.Everything fine
walau  pun ianya sakit tengok kawan baik sendiri
pinggirkan kita.


May Allah Bless :)
Apabila tersedar dari mimpi,itu namanya realiti.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan :))


Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak
Semoga Ibadah Kita Semua diterima oleh Allah SWT
Bukan sahaja lapar dan dahaga
Jangan lupa kejar tadarus Al-quran.
Khatam dalam masa sebulan.
Biar kering tekak or sakit tekak
Yang penting dapat menikmati Mukjizat dari Allah
May Allah Bless :)
p/s:Jgn lupa bangun sahur )

Thursday, July 28, 2011

Masalah.

Aku rasa macam nak putus urat vena bila tengok bola sepak.Macam nafas tak sampai.
Kalau Singa tu gol banyak-banyak mahu aku nangis malam ni.
Dada aku ni pun macam nak pecah.Bila Malaysia nak gol?Benda tu je ada
dalam selain pertahana terus bertahan.Aiseh...aiseh..jaminan Malaysia nak menang
sangatlah tipis dan aku bukan orang yang kuat sangat nak menonton
Malaysia kalah.Hari tu lawan dengan Liverpool pun aku dah amuk sakan.
Sedih!!

Tuesday, July 26, 2011

Reality Bites :(

Are we broken?
We can't get along together again?
Like 3 years ago
Like we done in form three


Are the garden
closing as we're apart?
Why we have to be like this
Like we don't know each other
Like stranger neither foreigner


Are we still?
Have a chance
Have a time
Have a feel
To come back again
together we tie
the bond that tie us
till never be apart again


Are we?


Sincerely,
Ana Thira


My 3 little A was destruct
It feel so hurt when we lose something
Then you realise friend is no belonging
Thank you for the memories :)


Remember,reality always bites.
May Allah Bless ...

Friday, July 22, 2011

Headache!!

Dizzy!Dizzy!
Rasa macam nak ketuk kepala kasi biol atau hilang ingatan.
Kenapa semua ni terjadi bila SPM around the corner jek!
Tak faham!Tak Faham!


Masalah BFF aku Atul,Anis dan Ain.
Kenapa mereka dah berubah?Selepas
empat tahun bersahabat.
Kenapa perlu ada rasa benci dekat sesama sendiri?
Kenapa kita tak boleh jadi macam form 4 dulu?
Naik kereta sama-sama dan bergurau senda?
Kenapa kita tak boleh jadi macam form 3 dulu?
Study group sama-sama tanpa fikir apa.
Kenapa perlu kutuk BFF sendiri?
Kenapa perlu mencari salah dia sedalam yg mungkin utk
terbitkan lagi rasa benci di hati?
Kenapa perlu rasa janggal terhadap BFF sendiri sedangkan
kita dah kawan hampir bertahun?


Aku tak faham!Aku tak faham dan aku tak nak faham.
I just want my BFF back!!
I want my Atul,Anis dan Ain together menceriakan hari aku dengan
kisah hidup masing-masing. Kenapa semua tu tak jadi lagi?
Kenapa this matter timbul bila nk dekat akhir zaman sekolah kita?
Aku nak kenangan yang manis dari korang!
Kenapa korang buat macam ni?!!!!

Sunday, July 17, 2011

Heyya.
Hari ni baca cerpen and guess what..
Semua cerpen bertajuk
'PERIBAHASA'

Hari Peribahasa Sedunia ke hari ni?

Wednesday, July 13, 2011

Heyya :)
Start the day with something sweet
end your day wtih something bitter.
Ain't that true?
Yeahh!!

Okeylah,masuk saat dan jam ini sudah dekat
lima bulan tak beli novel baru.Ada la gak
buat list nak beli novel itu novel ini but
kehendak terbantut.Hari ni buka blog
tengok cerita 'Yess Boss' will publish out.
Dan otak terus merefleks pada hati.

'Aku Nak Jugak Beli Novel Ni!!!!'

Dan mengidam nak beli novel mcm
pregnancy women. Tak boleh jadi!
Hahaha. Tapi lama tu..
Aku tahan just dengan baca e-novel dalam tenet.
Mana lerr nak beremosi mcm baca buku.
Shhssss!Geleng kepala.

Saturday, July 9, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Kalau tanya semua orang mesti akan jawab.
Siapa yang tak nak success dalam life.
Except orang hilang akal.


Aku pun penat dah fikir macam mana nak bagi
diri aku jadi bertambah rajin dan rajin
Dan aku terfikir cukup sudah ke aku punya
study dan well to be untuk duduk ambil SPM.


See,how tertekan nye aku nak fikir itu ini
sampai aku rasa kena migrain.
Dan rasa macam "Cepatlah end of the year!"


Aku nak berjaya!Yang pasti.
Aku nak gapai cita-cita aku!
Aku nak buat parents happy!
Aku nak jadi lebih dari apa yang ada!
Itu semua impian aku dan aku nak ia tercapai.


Tapi,kadang2 aku macam cakap kosong.
Macam dah tak ada keazaman nak terus capai
impian tu.Mana hilang? Tak tahu.
Sebab mungkin lappy punya pasal.
Drama korea too much till can't be cope lagi.


Gambate! Iye ke?
May Allah Bless

Wednesday, July 6, 2011

Not a thing

Heyya,
Minat Sejarah?
Kalau tak jangan baca entry ni . Hahaha


I like reading newspaper kan. BH.Metro.Kosmo.UM.
Kalau kita tengok or kaji these all newspaper 
banyak menceritakan tentang politik orang Melayu 
especially Utusan Malaysia. I like :)
Bagi aku orang yang tak ada pengetahuan Sejarah Malaysia
je yang sokong anti-Kerjaan.


Siapa tak kenal Dato' Onn Jaafar?
Orang yg tak baca Sej je yg tak tahu.
Siapa yang tubuhkan United Malays National Organization (UMNO)
Yang memeperjuangkan kemerdekaan negara.
Yang sanggup bergadai nyawa demi maruah bangsa Melayu.


But now?
Siapa tertindas?Orang Melayu.
Contoh. Pulau Pinang.
Tak payah tengok contoh banyak-banyak Pulau Pinang 
tu dah cukup. Aku orang Melayu mestilah aku rasa marah
dengan tengok apa yang berlaku. Kalau nak cakap aku
budak bawah umur. Memang pun . So what? Just 4 tahun lagi la
aku dah boleh pergi mengundi. 


Bagi aku orang yang selalu pijak maruah orang Melayu tu
Orang yang tak tahu SEJARAH.
Dan now baru tahu kenapa SEJARAH MALAYSIA tu
penting untuk belajar dan lulus!


There is nothing wrong in Politics provide Islam 
Is Given :))


May Allah Bless ;)

Tuesday, July 5, 2011

Ignorance

Heyya :)
Peace No War . Heh.

Minggu ni agak relax just ulangkaji Sejarah for chap 9.
While at night study Biologi form 5.
Chem study hari Sabtu dan jika ada masa terluang.
Dan Physic?Tak tahu nak kata apa.Rasa macam nak drop jek.
Hahaha.

Lepas tu,fikir idea utuk soalan isu Sinar 2011
Nak cari orang untuk di 'interview'
Dan hope cepat finish before UB3.


Then,ni kalau my ayah tahu memang kena nag la pagi petang.
Aku tiap kali naik motor asyik nampak lampu hijau je. Faham ke?
Kalau faham buat faham. Kalau tidak..diam.
And this week je bila masa hari aku xdgr bunyi PON!!!
Dan aku hanya mampu tersengih2 pada pemandu yg lain.
Nak tunjuk peace kan terus ke signboard GH.


Nasib baik x kena kejar polis ke JPJ ke mau nanti 
kena gantung lesen aku. Tak Nak! 
Dan lagi satu,aku tak reti tutup box motor.
Ain't that weirdly?




Anything else?Ignorance jek! Tak ke?

May Allah Bless :)

Friday, June 24, 2011

Critical

Heyya :)
How are you?
oh. SKEMA.

Heh!Cerita minggu ni my ayah belikan motor baru setelah
motor Ego akak aku kena hantar pergi kolej sebab dia
nak guna.So,aku terpaksa dibelikan motor baru.
Eh!Bukan aku yang paksa tapi my ayahyang rela hati.

So,my new lovers 'EGO LC' dan sah sah aku da lulus
'P' today dah dapat lisence. Happy? Of cos!! Heh!
So,kalau polis nak tahan. Dipersilakan ----

Talk about critical.
Actually,project Add Math buat aku and the geng
rasa macam tak nak jejak bumi je.Tak tahu nak
fikir apa.

And,and exam UB3 lagi three weeks.
Dan semester 1 agak dissapointed.
So,agak struggle dgn Physic dan Add Math.
Chem dan Bio masih boleh dilayan.

Sej,aku sumpah aku sayang gila ngan Sejarah. :))
EA makin drop. Itu sebab kureng baca. Yela.
hari terakhir exam otak dah tepu. Takleh masuk.
Anyway,happy untuk buat kerja untuk Sinar Mags.
Seronok rasa buat kerja macam ni. Ceh!!

BI,kne improve a lot.
Masih ada masa. Insya Allah.

BTw,Cikgu Hayatun cakap my cerpen
okey.   :)) Suka.Suka.Suka

May Allah Bless ;)

Saturday, June 18, 2011

Yes!!Dah lulus JPJ.
Now ada P :)

May Allah Bless.

Friday, June 10, 2011

Tarapapa

Heyya,fellas


These holiday,aku asyik layan blog dan youtube.


Apa nak jadi?Aku tak tahu.


Tapi ada juga melepek kat library for two days.


QTi da lulus.Tinggal test JPJ. :)


Esok nak pergi Johor.Abg sedara kahwin.


Aku terasa malas. coz tak ada kawan.Entah,kalau orang lain
Happy je nak pergi jln jauh tapi aku mcm tak ada mood.
Heh! Tak patut kan?


Tapi xpelah.Bukan selalu tapi tetap aku xde mood.


Hari Isnin xskola. BTW,lisan aku tak hafal lagi.


Apa nak jadi?Jadi-jadi la..


Aku tulis cerpen dan hantar pada ketua editor sekolah
For sinar mags. Takut :( x diterima. Hope cikgu baca ye.


Tajuk cerpen:Contengan Seorang Pelajar.
Dapat ilham dari lagu pokok dan Hlovate.


Da bagi Anis my sisterhood baca and dia kata best
whether nak ambil hati or it's reality.
Lain org lain cerita lain opinion.Right?


Hari ni mood aku betul2 swing.


Tadi pagi kepala buat hal.Pening giler smpai aku rasa
nak letupkan je.


Petang pulak macam orang kena bakar.
Panas je hati aku.Asyik nak marah orang tapi tak
sebab aku mmg tak reti marah orang.


Pergi Johor .Hope best kalau tak memang aku
menangis la balik rumah nanti.Tak tahu apa aku fikir ni.


May Allah Bless :)
p/s:Post for release my tension.Tak?

Tuesday, May 31, 2011

Contengan Jalanan ;)

Already read..
not finish yet..
But do understood..


Bila read and weep memang rasa nak berubah.
Bukan..
Rasa nak jadi seperti mereka yang ada dalam cerita.
Rasa nak mengembara ke Sydney..
Jadi musafir dalam masjid even I am Girl.
Dah faham bukan tak faham apa
yang Hlovate cuba sampaikan dalam contengan jalanan even
there's no plot or ending yang happy tahap giga like other novels.
Tears meleleh bila time Chad diambil kembali.
Teringat balik masa kecik-kecik sekolah rendah
Rapat dengan kakak as sisters and my cousin
Anis dan Fatiha yang sama-sama main badminton
depan rumah,main baling selipar,main kejar tak hingat dunia.
main nyorok2 sampai senja,main roundersss,main basikal,
tidur rumah nenek minggu2,kena marah dengan nenek sebab
tak memasal sakitkan telinga dia je bila dtg x diundang.


The sisterhood. Tak ke? Ada brotherhood je ke?
Nak gak kan! Err..saya emosi. Tak ke?
Tapi ada rasa yang terbenam tu jadi timbul.
Tak perlu kata pujangga panjang jela cukup
bahasa santai basah buat aku tahu masa tu tak tunggu kita.


Tagline "The man who decide to change on 12th hour dies on 11th hour"


Sekali baca tentu dah faham maksudnya. Tak ke?
Tapi ingat balik tu kisah budak umur 20an aku ni baru
umur 17 tahun. Boleh ke?Macam tu?
Mati tu kira tengok usia ke.
Mati tu kan pasti.
Tak kira usia.
Tak kira nama.
Tak kira masa.
Sebab janji tetap janji.


And that is so trueee yang ustaz sekolah aku cakap
berapa lama dalam masa yang diambil dalam 24 jam 
sehari untuk kita buat provision akhirat banding dengan 
masa cari hiburan? Mesti garu kepala
Senang cerita,solat 5 kali 5 baru 25 minit.
Tambah mungkin mengaji 15min baru 40 minit
Mungkin ada yang solat sunat half an hour 1 jam 10 min


Banding tengok movie. Maybe 2 hour.
The Life of this World Is A Transient Shade
Hidup Di Dunia Ini Hanya Naungan Sementara.
Ain't that true?
Rujuk Riwayat Al-Bukhari.


Memang jelas nyata dunia hanya pinjaman semata-mata.
1 jam 10 minit untuk semua benda yang disebut nun atas sana
Tapi itu kalau buat. Tak ke?


Kalau Subuh asyik getting loose je
Kalau Zuhur pun aci redah lepas lunch
Kalau Asar tengok sempat je
Kalau Maghrib lepas Naruto pon
Kalau Isyak mata tak terkatup


Half our pon tak pass. Tak ke?
Itupun kalau...
Kalau langsung tak?
Hang buat pa sebenaq nya?


Aku dah tonton video The Eleventh Hour
Muka kelam tak faham.
Sebab aku tak faham dia speaking berabuk sangat.
Tapi aku fahamlah Ahmad Rebel tu lepas dapat 
mimpi berubah.Ada faham sikit-sikit. Tapi cite tu
tagline je yang kasi kuat.


Back to Sisterhood story..
Easy going, life aku sama macam Fend.
Rapat dengan sepupu2 yang rumah tak jauh benor.
Jalan kaki lima langkah dah sampai.
Rapat.Rahsia sume kongsi.Cite sedih.cite happy pecah perut.
Masa depan.Cita-cita potong jarilah kalau aku tak tahu.
Sebab dorang tu suka berhalusinasi. Ye ke? Yeahh..
Dan aku terbayang kalau salah seorang dari kami 
dijemput illahi.  aiseh..beku otak aku.


Novel ni buat aku rasa aku belum masuk lagi fasa
tumbesaran tu.Still lagi underkids yang tak tahu apa.
Sebab life aku belum mula lagi.
Hidup pun bawah ibu ayah lagi
Duit pon bukan poket sendiri.
Nak itu dapat
Nak ini dapat.. err tak sume la.
Apa yg penting SPM around the Corner jek!


Yo!Buat spoil cuti ni. Tapi masa bukan tunggu aku atau sesiapa.
Masa itu emas kalau ikut perumpamaan yang betul
tapi bagi aku masa tu tisu sebab dah pakai kena buang
Tak ke?


Tiru Hlovate?Pape jela sebab buku dia banyak 
pengaruh hidup aku.Nak cakap apa suka hati la
Sebab pahala aku yang timba.
Korang? Pandai ler jawab kat sana.
Kidding. Amek sikit Sense Of Humor


Alhamdulillah :D

Wednesday, May 25, 2011

Tired

Tinggal lagi tiga paper EA.Math.Sej
Penat lah exam.
Tak baik mengeluh. Lepas ni ada exam lagi.
Seksa paper Science Stream dah habis.
Alhamdulillah.
Otak pun dah tepu nak mengingat segala fakta dan formula.
Aiyakk!Tidur lagilah tak menentu.
kejap bangun pukul tiga.Kejap tidur pukul 12.Sat gi dah bangun
pagi-pagi buta tersengguk-sengguk atas katil baca buku.
Tak Nak Buat Macam Ni Masa SPM.

May Allah Bless..

Sunday, May 22, 2011

Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat.. Al-Fatihah

Tragedi tanah runtuh yang menyayat hati.So pathetic apabila
16 mangsa terkorban.Kejadian tanah runtuh yang dianggap
sebagai 'bom jangka' oleh seorang pakar ahli arkeologi.
Kalau ikutkan,memang kita sedih tapi ada hikmah disebalik
setiap apa yang berlaku di atas kehedak-Nya.
Yang menajdi mangsa adalah anak-anak yatim dan
pelajar madrasah.Sungguh kalau direnung ditenung diteliti
dan diselami ada maksud tersirat disitu.Yang ingin disampaikan
oleh DIA pada kita rakyat Malaysia dan umat Islam di Malaysia.
Malaysia selalu kena bencana macam ni even kita boleh terselamat
daripada gempa bumi yang teruk volcano dan taufan whatsoever.
Somehow,I think bahawasanya kita semua takkan terlepas dari
pemerhatian-NYA.Sedangkan kaum umat dahulu boleh diberi
malapetaka seperti menterbalikkan negeri mereka,kemarau yang
berpanjangan,so I think ada sesuatu yang ingin disampaikan.

May Allah Bless :)
Am I being too Nerd?

Sunday, May 15, 2011

Apa yang menarik eh dalam hidup kita?
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup?
Kalau setakat just nak showing off dengan segala
kekayaan,kemewahan,kepandaian,kelebihan,harta benda yang
memang kita tahu just for a while baik tak payah.
Kenapa still nak buat benda yang salah kalau kita memang tahu
benda tu memang salah.
Susahkan nak faham manusia ni :)
Sebab tu Allah ciptakan akal.Give us pancaindera.Give us a best family.
Give us a talent.Give us beautiful face.Give us an oppoturnity.
Tapi ada ke kita bersyukur?
Okey,example la..dia atau anyone dah tahu yang solat
SUBUH,ZUHUR,ASAR,MAGHRIB DAN ISYAK tu
adalah WAJIB why peolpe still can't take the obligation?
Permintaan kita,semua kita nak dikabulkan tapi try to think
logically kalau apa yang DIA minta kita tak tunaikan how can
dia nak tunaikan our request kan.
Dan aku pun tak baik mana nak cakap benda ni semua tapi 
aku rasa semua orang perlu sedarkan :))


May Allah Bless
Ana Thira ;)

Something To Share?

Heyya ;)
Agak lama la kan x update pape cite pasal aku ni and
pape pun jela coz sekarang agak busy dgn exam
dan baru habis paper Add Math.
No worries!Sekarang da sayang kat Add Math
Thanks Allah :)
Struggle sikit dekat paper Bio first day exam
hasilnya tak tahulah cuma sekarang ni da kureng
activity berblog just kalau ada entry baru dari blogger
lain I'll read it. For sure *eyes roll*


Actually korang tahu tak satu benda yang korang tak tahu
pasal me,myself and I.
I love Politics :))
Hah hah hah. I know.I know.I know
People will say
"Eh!You still a kiddo!"
And Who care?
Tapi memang betul aku kalau bercerita dengan my mom and dad
mesti pasal politik sebab suka baca newspaper.
So,saya rasa kalau medic dibekukan saya nak ambil LAW
Is it okey with me?
Terlalu macam semut dengan gajah ke? Ke anak ayam dengan
helang? Hah Hah Hah.


But,SPM dulu la kan jawabnya.
Dengan Izin Allah . Amin. :)
May Allah Bless .-.


p/s:Tarik diri dr kawad negeri ):

Friday, April 29, 2011

'Penunggu Istana' .....

Heyya fellas ,
Have you ever seen Paranormal Activity ?
So,I think you sure like to see another paranormal
movie but in Malaysian version.

SO THERE IS...




PENUNGGU ISTANA ;D
Saya dah tonton this film.Memang pada mulanya agak membosankan
sebab no ghost but jangan tertido bila perjalanan film ini dah sampai climax
sebab memang mata awak akan terbuka terus.
Ini cerita real oleh sekumpulan penyelidik!
Maka anda harus tengok!
Ini cerita lain dari filem genre seram lain!
Maka anda harus tengok!


Saya bagi four star for this paranormal movie.
Maybe ada persamaan dengan paranormal activity
but memang ada kelainan.


And it's not waste to buy a ticket for this movie.
Sama ada ianya rekaan atau real story mmg bergantung pada
anda but jangan main-main dengan perkara yang
memang sudah disebut dalam Al-Quran  :)


Thanks :D
MAY Allah Bless

Thursday, April 7, 2011

Wait For New Picture of BSM

Yeah!!!
Aku masuk kawad on the spot macam bidang terjun
Sekali boleh menang. :))))


We are The Champion 3 kali.
Seronok!!!


Tak sabar nak tunggu negeri although 
SPM around the corner. ngee~
I will survive as I can. 
Muka pun dah macam kuda belang.Tompok-tompok
but ada aku kisah walhal hari tu nangis tak berlagu bila
tengok muka sendiri.  But still it's work out sebab
Kami Johan Pertandingan Kawad Kaki Daerah Klang 


May Allah Bless :)

Monday, March 21, 2011

Farewell FB :(

I am out of FACEBOOK.
Are you gotta be kidding?


NO!! With capital letter of N


I am dead serious!!


May Allah Bless :D