Assalamualaikum
Abdullah,
tika itu dia gembira
melahir rasa tanpa ada batasnya
Seolah dunia ini tiada penghujung
tiada akhirnya
Abdullah
tika ini dilanda hiba
siapa yang mahu dekat
siapa yang mahu rapat
apa caranya
agar kehibaan itu hilang sekelip mata
Abdullah
Air mata itu hanya pengubat sementara
Mengisi ruang sepi sekian lama
menjeruk rasa yang semakin hina
di mana silapnya
ke mana arahnya
Abdullah
kadang-kadang alpa
tidak,alpa sentiasa
lupa,ruang kosong itu perlu ada
perlu ada cinta
Abdullah
saat ini airmata itu tetap mengalir
tetapi bukan untuk dihina
bukan untuk mencoret kisah duka
yang semalam tetap semalam
Abdullah,
kini mengerti
apa itu manusia
hanyalah hamba Allah
yang lemah tak berdaya
Setiap orang ada mimpi ngeri.Mimpi ngeri yang tak sama tak serupa.Biarlah mimpi ngeri itu bagai dandelion ditiup angin.Bukankah angin itu memberi khabar gembira buat makhluk Allah di dunia.
Moga ada redha Allah SWT {: