Sunday, February 19, 2012

Bawang oh Bawang,,

Heyya,Assalamualaikum

Jurnal kehidupan yang selama ini mengisi ruangan blog Oladamiss.
Tetap sampai hari ini setiap coretan memang mengenai kehidupan.
Apa yang kita dapat melalui pandangan,pendengaran,percakapan,
pemerhatian,pengalaman dan segala (PE).Setiap perkara yang kita
lalui we would decide the conclusion.Itulah manusia.Pasti ada
konklusinya sendiri.

This two weeks,aku follow ayah aku berniaga.Jual bawang dekat
pasar malam dengan pasar tani.Seronok sangat walau ianya macam
kerja berat.Bukan dekat shopping complex.Bukan dekat pasar raya.
Bukat dekat kedai makan.Kedai pakaian.The place yang selamanya
sejuk.Kadang-kadang berhujan dan semestinya berpanas.Tapi ianya
pengalaman walau dapat gaji.Yelah,memang niat nak tolong my dad
tapi dapatlah juga upahnya.Sekurang-kurang kalau aku nak pergi
shopping tak adalah nak minta duit mereka lagi. Hehehe...

Apa yang seronok bila dengar customer cerita pasal bawang.
Macam-macam cerita.Kelakar.Yang buat geram.Yang macam
tak kelakar langsung pun ada.Bukan je pasal bawang tapi pasal
kehidupan mereka.Kongsi sesuatu bila jumpa ramai orang yang 
diluar kenalan.

Seronok tengok customer pilih bawang.Pilih kentang.Nak cili 
kering yang tak pedas.Always ask for "Dik,bagi cili dua ringgit!Yang tak pedas."
Kalau pilih bawang mesti nak pilih yang cantik berkilat sampai aku terfikir.
Dorang ni macam nak buat perhiasan kat rumah je.Yelah,bawang tu bukan
untuk dimakan ke?Kenapa nak pilih paling cantik?Tapi sebagai pelajar ekonomi
asas aku faham kehendak dan kepuasan isi rumah. Ceh!!

Even kadang-kadang kena marah dengan ayah sendiri dan terasa hati
terpaksa juga telan.Eh!Ingat walau anak kandung sendiri kalau dah buat
salah boleh lepas?Hahahaha...pengalaman itu menarik.Bila kita bergaul 
dengan ramai orang baru hidup terasa ada isinya.Ada warna-warni.
Bukan gelap dan kelam.Bukan suram dan muram.Bukan juga kelabu-labu.

Lastly,bawang tu buat hidup aku colourful.Kerana bawang aku boleh
habis form 5.Kerana bawang rezeki tu datang melimpah ruah.Kerana
bawang aku InsyaAllah boleh sambung belajar.Alhamdulillah.....

May Allah Bless ;)

Thursday, February 9, 2012

No Title

Heyya,Assalamualaikum,

Last Saturday,nenek aku meninggal dunia.In front of me and my whole family.
Aku tengok.Aku tak nangis.Serius tak keluar airmata meleleh-leleh.Just terkilan
bila tak sempat minta maaf.Tak sempat salam walau dapat cium dahi arwah for
the last.This is my second time tengok seseorang meninggal depan mata.
Rasa?I don't know how to describe.Selepas hari tu aku mula rasa takut.
Nyawa ni bila-bila masa je boleh ditarik.And till now aku punya semangat
entah hilang di mana.Syukur dapat teman arwah dan jaga arwah seminggu kat
kampung even ada sighing sikit-sikit.

Bila dengar talkin kat kubur that day,rasa takut menyerbu hati.Allah..
betapa selama ini aku terlalu leka.Patutnya hari-hari kena ingat mati.
Bila-bila masa je bila dah sampai masa ajal akan tiba.Tapi ibadah
entah cukup entah tidak.Sekarang ni aku just nak semangat balik.
Untuk terus kejar matlamat hidup aku sebagai khalifah Allah
di bumi ini.

Maybe ada orang yang faham dan yang tak faham macam mana perasaan
yang aku alami.Rasa takut yang betul-betul takut pada Allah.Selama ini
apabila buat benda yang wajib sebab fikir ianya wajib.Ianya suruhan Allah.
Tapi tak fikir kenapa kena buat.Walau ada yang cakap tapi ibarat masuk
telinga kanan keluar telinga kiri.

Subhanallah,Maha Suci Allah
May Allah Bless,  :D

Wednesday, February 1, 2012

Cemburu itu Penyakit

Heyya,Assalamualaikum :)
I should sleep at this time but what can I do if I am not sleepy yet.

Just straight to the point.
Cemburu.Jealous.Seumpama dengannya.
Sakitkan rasa macam tu.Rasa macam nak jerit kuat-kuat.Rasa macam nak
nangis nak tembuk kasi pecah muka orang yang buat kita cemburu.Nak
penampar dia laju-laju sampai puas hati.Cemburu is not about use in terms
lovey-dovey sahaja tetapi merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Bet me hah!Siapa manusia dalam dunia di yang tak pernah rasa cemburu?
I wouldn't believe it.Never.Trust me.Setiap manusia pasti akan pernah
rasa cemburu even dia punya iman semantap-mantapnya.Just look to the
positive side.Cemburu tak semestinya negative only.Untuk orang yang selalu
dan rajin beribadah then dia tengok ada orang yang lebih rajin beribadah
berbanding dia pasti dia akan rasa cemburu yang seterusnya mendorong dia
untuk lebih-lebih rajin beribadah.

Cemburu is not harm.Yang harmful adalah iri hati atau dengki.
Itu bukan harmless.Cemburu masih boleh dikawal dalam hati.
Seperti diri ini,aku terkongkong dalam hidup aku sendiri.Di mana
aku tak boleh jadi orang lain.Melihat si dia dan si dia yang lebih
banyak keistimewaan daripada diri ini membuatkan hati rasa sedikit
cemburu.Itu tak salah.Yang salah cemburu yang tak boleh dikawal.
Maksudnya cemburu berlebihan yang kemudian bertukar menjadi iri hati
sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar batasan adab dan sopan mahupun
perbuatan.

Betulkan?Cemburu itu satu penyakit yang datang tak diundang.Perlu
di kawal.Perlu dirawat sebelum ia merebak.Perlu dicari penawar
sebelum terlambat.Cemburu itu satu penyakit perasaan yang boleh
dikawal dengan perasaan juga.People out there know, cemburu juga
boleh membunuh.Itu semua kembali pada hati sendiri.Kuat atau tidak
untuk mengawal rasa cemburu.Then,manusia harus jadi manusia
yang berjiwa besar.Right?

Cemburu itu tak salah.Yang salah cemburu tak bertempat.Always thinks
positive.Mind set is very important terms in human live.Kalau you punya
mind set negative so then your live can't go through your life.

Nota kaki : I don't know why am I publish this post.Somehow it just look in my mind.
                  Please,don't get me wrong.It's still Allah is Almighty {:

May Allah Bless :D