Friday, April 27, 2012

Some dance To Remember,Some dance to forget

Assalamualaikum wbt,

ehe,I recite lirik lagu Eagles,Hotel California.
Salah satu favourite song.

Baru macam sekarang tersedar yang "Eh!Aku dah habis sekolah menengah??"
Kenapa baru sekarang?Okey,let's kembali ke telaga masa.

2007
Form 1,masa ni memangla budak skema gilerr.Tak tahu apa-apa.
Macam kalau orang suruh masuk ini itu pun memang akan ikut.
Dahlah pendek,blurr.Thank god lah ada bestfriend dari sekolah
rendah.Kalau tak alamat jadi lembut dicucuk hidung or jadi
katak bawah tempurung.Macam culture shock pun ada.Tengok
ramai nya budak India ngan Cina.Masa tu yang ada dalam fikiran 
cuma "aku dapat kelas apa ni?"


2008
Form 2,zaman jahiliah.Tak tahulah sebab wayar dalam kepala
ni terputus satu atau neuron bawa informasi salah.Belajar tah
ke mana.Perangai mengalahkan anak monyet kat hutan.I have
to admit,masa tu sangatlah nakal sangatlah orang kata kalau
kena jemur kat padang tengah panas pun takkan dengar segala
arahan.Butt,aku ikut kawan.Aku ikut akal dan perasaan.Tudung
macam tak cukup kain.Stoking budak tadika.Skema memang 
hilang langsung cuma blurr tu tetap ada.Time tu,aku rasa kalau
basuh ngan clorox pun perangai belum tentu boleh ubah sebab
environment.Macam dah jadi norm gaya dan trend pada masa itu.


Err,,time ni start jatuh cinta dengan Science.Terus set dalam
fikiran 'I will go to pure science' sebab tragedi dissect mata 
lembu.




2009
Form 3,I think the best form masa high school.Tahun tu adalah tahun 
paling happy,tahun paling cemerlang,paling indah yang aku alami la...
Even ada big exam (pmr) still dapat enjoy enam bulan from Jan to
July.Kawad pergi kebangsaan.Result yang excellent.Everything yang
nikmat.Tapi tu la,tak tahulah mana datang azam kan.Skema tu datang
balik.Jadi budak baik but still break the rules.Classmate paling best dalam
hidup.I miss them,I miss the moment,dan sampai bila-bila pun takkan
pernah lupa muka-muka budak 3p1.Especially girls.


Ha.ha.ha. one thing to remember.Masuk bilik pengetua kena dua kali
rotan.Berbirat telapak tangan.Dahlah time tu all malay.Thanks to 
our Math teacher we call Datin.You give me courage how to score A in maths
until now.Since form 3,aku dapat macam-macam inspired.Jatuh cinta
dengan Sejarah sampai sekarang.Thanks to Cikgu Thana.Sebab dia
aku minat Sejarah until the A+.




2010
Form 4,honeymoon la sangat kan.Memang pun.Harus jadi orang nomad.
First class kat sekolah tapi tak ada class.Hahahaha...but best jugak tahun
tu.Ada macam-macam aktiviti aku join.Kira tak terikat sangat dengan 
belajar.Aura tanduk pun adalah keluar.Sampai dikatakan ada skandal
dengan cikgu praktikal.Sungguh la dorang buat lawak.Malu pun ada.Apa
kes la aku yang hati tak berjiwang ni dikatakan ada skandal.Sumpah
lawak la kawan!


But,ada satu kes aku rasa tahun tu aku nak jadi halimunan.Kesilapan
teknikal atau kesilapan sendiri.Yes,silap sendiri.Ahh!Tak nak ingat.
Nanti asyik nak gelak terguling.Masa kat kem.Masa exam.Kantoi.
Siap ada annoucment.Handset kena rampas.Hebat tak hebat.
Hahahaha


Form 4,ada crush tapi sekejap sangat.Sorry aku takkan citer kat sini.
Biar hilang ditelan waktu.Biar lupus sebab aku dah lupakan.Benda dah
berlaku dan aku tak menyesal pun.Hopefully them happy :))


Time ni pun giler bola.Aku layan je bola pagi-pagi buta.World cup.
Jerman go!Thomas Mueller.Mesut Ozil.Sebastian tak tahu eja.
Ich liebe Dich neverend.


2011
Form 5,
"Eh!Aku dah jadi senior."Tapi waktu tak terasa macam diri dah
cukup waktu nak jadi budak form 5.Seriously,time flies too fast.
Start awal tahun dah azam today,tomorrow until SPM day
i-will-study-hard. Tapi jejak je kaki kat sekolah semangat tu
hilang melayang.Angan-angan tahi ayam orang kata.
Macam tak cukup tanah berkejar sana sini.
Apatahlagi last-last minute masuk kawad.Time tu dah tulis
dalam personal diary tak nak masuk kawad.Janji dengan diri
sendiri tapi entah camne leh terlajak.Yang best dapat
jadi editor sinar.Seronok and learn something different.


Bukan best pon.Tertekan,tekanan semua ada waktu form 5.Exam
yang neverend.Penat exam,penat melayan perasaan penat segala 
benda.Masa mula-mula aku ada ambil tuition kat mana eh..aaaa
KRU.Tak ingat nama tempat tu.Sebulan je kot.Last-last tak larat
nak kejar tu nak kejar ni so berhenti.Tak menyesal.Tak membeban
my parents untuk duit tuition.Still get the credits.Thanks to Allah.


Benda yang nak dilupa,best friend crush.We still a friend until
now.Tak tersangka akan jadi macam tu.Tak pernah jangka.Terlalu
percaya.Terperangkap dengan mainan emosi.Something happen sampai
tak sedar yang sebenarnya salah semua orang sebab tak reti nak kawal
emosi kan.Biasalah tu...live without supposition mana best.


Ain't that truth?


Tapi,form 5 aku belajar banyak.Belajar yang bukan saja tentang
mathematics,sejarah,bi,bm,bio,kimia,add math,fizik atau EA,
belajar tentang kehidupan.Pengalaman itu mampu merubah kehidupan.
Sebuah kehidupan yang anda adalah actor/actress main role.Yang skrip
dan jalan cerita sudah ditentukan sejak azali.


Yes,reality always bites.But reality bring you up to the upper.Kesakitan biar
sedikit namun kesembuhan itu pasti akan datang perlahan-lahan.
Biar gagal di sini jangan gagal di sana.I mean sana->akhirat.
Aku belajar tentang itu.Ohh my,,damn serius la pulak.


Bila habis je trial SPM,rasanya setiap hari duduk ps port.
Menghadap buku.Sebelum-sebelum tu tak ada amek kisah
sangat.Mula lah buat nota-nota ringkat.Drawing and sketch
jantung dan mitosis meiosis for BIO.entah apa-apa la.
aku-jadi-cikgu-math. haha. serius funny.Dan aku rindu
kat moment tu.


Then,habis sudah form 5.Tinggal baju sekolah,tinggal STAJ.
Tinggal everything yang bertapak di hati.Memang nak tak nak 
kena juga cakap
I Love You STAJ forever :)


________________________+++___________________________






So,what you give you get back.
Memang semua orang akan ingat kenangan.
Memory yang manis.Yang pahit pun mesti ingat punya.
Sekarang ni masa depan.Yang tak boleh diduga.
Alhamdulillah.
Syukur nikmat yang bermacam.






Anis,Ain,Atul,Shima,Shira,Shida,Qila,Zyha, and others thanks for every moments
dari form 1 sampai form 5 especially Anis,Ain and Shima.Since sekolah
rendah.Nangis dan ketawa sama-sama.Korang pernah tengok aku nangis 
kan.Lepas ni aku janji,takkan nangis depan korang lagi except kalau
tak dapat sembunyikan diri.Hehehe,


May Allah Bless,



Wednesday, April 25, 2012

syukur,terima,konfius...

Assalamualaikum,


Syukur to Allah.Subhanallah.Maha suci Allah.


Kadang-kadang kita rasa dan rasa tu tak betul kan?
Kadang-kadang kita mengagak dan agakkan tu betul kan?
Kadang-kadang orang lain merasa untuk kita dan dia betul kan?


Itu lah yang terjadi pada aku,hehe  ;)


Tahniah,Anda ditawarkan ke Program Matrikulasi Satu Tahun.
MOO1 SAINS
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA


so,welcome to KMM.


ada harapan,ada impian,ada usaha dan ada doa.
Allah dah makbulkan my doa setiap kali sujud terakhir.
Thank Allah I found you.


Before realise,i got another one thing to think.


KMKN.
Tahniah permohonan anda diterima
Foundation Science and Technology E02 (Science)
Kolej Mara Kuala Nerang,UniKL.
Satu tahun dua bulan.


Then,boleh sambung degree terus di UniKL Mestech
HANYA dalam


Ijazaha Teknologi Sains Perubatan
dan
Ijazah Teknologi Bio Kimia


I can get pinjaman MARA under Skim Pinjaman Terbuka.


Macam ada dua persimpangan untuk tuju satu tempat yang
tak tahu mana yang betul.Confusing.....thats what we call.




Satu hari,my sisterhood tanya,nama dia Teha


Apa cita-cita kau?
Aku jawab......


Aku nak kerja dekat hospital
Aku nak kerja dengan kerajaan


Boleh ke?Tapi itu memang cita-cita yang dah tertanam selain
cita-cita besar nak jadi doktor tapi doktor tu jauh sangat.
Bila dapat result SPM yang ABC tu harapan nak dapat
pangkal DR tu macam satu kapal terbang yang dah
patah sayang lalu terhempas ke dalam lautan.
Tapi orang cakap macam ni


When you're 17 you're failure
When you're 20 you're the king.


Ain't that truth?


UNIKL?
MATRIKULASI?


Anyone?Yang dapat membantu.
Let's return to Allah.
Istikharah


I ask for no more,I ask for bright future.That can make me to
attain Jannah.


May Allah Bless :))

Tuesday, April 24, 2012

Assalamualaikum,


tangan gatal nak menaip.


entry pendek sangat.Yes!


Berdebat-debar.Lup dup lup dup.Menanti esok.


Okey,we continue tomorrow.


Till then,
May Allah Bless :)

Saturday, April 21, 2012

'Orang itu'

Assalamualaikum wbt,


Heyya,how was it?Sekolah?Kerja?Hari anda?

Jangan jadi seperti aku.Duduk goyang kaki di rumah tanpa ada
income yang masuk.Sedih!But nak buat macam mana hari mendatang
lebih memerlukan pemerhatian.Hari mendatang akan terus mengasak
fikiran.So,aku takkan boleh dapat tumpukan perhatian pada kerja if
aku kerja.


Salah ke untuk berseorangan?Atau salahkan menolak
perlawaan orang untuk berkawan lebih-lebih lagi lelaki?
Bagi aku tak salah langsung.Mungkin untuk jenis seperti aku
dalam kamus hidup aku 'kawan lelaki' itu tak masuk term.
Tak masuk dalam senarai keperluan hidup aku.
Tak perlu.
Tak patut.


Orang kata 'Baik cari sekarang nanti terlambat jadi anak dara tak laku'
Heh,,itu kata orang.Bagi aku,sentiasa percaya yang masa untuk 'orang
itu'datang dan ketuk hati aku akan tiba nanti.Bila masanya aku dah bersedia.
Sebab rasanya lambat lagi.Masanya masih panjang.Masih belum ada arah
tuju.Untuk itu,aku menokhtahkan dan set dalam minda yang


'Orang itu akan hadir jua satu hari nanti apabila aku dah bersedia'
Tak tahu bila
Entah bagaiman rupa
Atau mungkin dia dah tak ada kat dunia ni.


Sentiasa percaya jodoh itu bukan milik kita.Jodoh itu milik Allah.
Jodoh itu rahsia Allah.


Dan untuk itu,bila ada yang cuba untuk ketuk pintu dengan ayat
'Hai'
'hello'


Aku diam.Tutup talian.Log out.Thanks but no thanks.


Mungkin sebab juga terlalu banyak baca novel.Terlalu
banyak mendapat input watak-watak lelaki novel
yang selalunya terlalu charming.Atau kind of terlalu
sempurna.Sebab percaya juga memang wujud
lelaki-lelaki seperti itu.


So mindset


'I have to be good for my own good'


Sebab


"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Wanita yang jahat
adalah untuk lelaki yang jahat."


Untuk itu,for my future sake what the heck I have to waste my time to get along
with people who are outsider.


I'm not beautiful,really.Tak cantik.Bila rasa itu ada dengan rendah diri
aku akan banding dengan orang lain.Sebelum tersedar


'Tak ada manusia sempurna'


or


'Oh!Lupa yang cantik itu bukan pada wajah'


Dan untuk itu,percaya yang akan tiba juga waktu di mana
ada 'orang itu' yang suka pada aku bukan based on
face or kecantikan luaran tetapi sebab siapa diri aku.
Tak kira bagaimana
bentuk diri aku?
Pembawakan diri aku?
Background family?


Sebab itu aku bukan jenis yang
'You got me at hello,now you're my friend.Keep in touch.'
Oh,please!Bukan mudah seperti itu.Tak mahu di anggap cheap.
Terlalu friendly.Not suit me.


Sangat susah nak biasakan diri dengan outsider.Itu aku.
Betul,tak mudah lakukan untuk bercakap walau sepatah
ayat walau dengan cousin sendiri.


Malu tu sebahagian daripada Iman.
One reason
Malas untuk ada sesi bualan yang bosan kot.
Second reason
Lelaki tak macam perempuan,err of cos la..
Third reason
Orang luar yang tak ada iktiraf dalam hati
Forth reason
Tak ada abang
Last reason


Very last reason,hindari dosa.


But macam Faeez and Fitri atau Nasraff.
Dorang tu macam sahabat.Tak boleh
letak kategori kawan lelaki.
Sebab saling nasihat kot.
Sebab dari sekolah rendah dah kenal.
Sebab still rapat atau contact walau setahun dah berlalu.


Dan itu aku tak anggap outsider.Sebab dah di iktiraf dalam
hati.Oh ya!Sekarang pun jarang contact.Masing-masing
dah besar.


Mungkin ada yang cakap aku kolot ke,aku jenis
tak up to date tapi itulah senang cerita aku tidak mahu
dianggap cheaper.murah.mudah.easy going.


Sebab ada mata yang memandang.Yang sentiasa memerhati
diri aku.Memerhati perbuatan aku.Yang tahu isi hati aku.
Yang tahu fikiran aku.Yang faham diri aku melebihi diri aku
sendiri.Aku tak mahu menambah dosa yang sedia banyak.
Wallahualam.


Fikir,fikir dan fikir.Sebab arah tuju kita satu sahaja sepatutnya.

AKHIRAT

till then,May Allah Bless.
p/s:Hati mendung macam mendung awan di langit.





Friday, April 13, 2012

Suka,tak suka,itu normal

Assalamualaikum,

Cak!Haiyoo....agak lama menyepi atas alasan malas.Tett.

Okey,macam tajuk atas tu.Bila bercakap pasal TAK SUKA ada
a lot of things yang dalam fikiran berkerumun macam semut untuk
state the thing that i hate the most. :)

1.Roti yang tidak kosong.
2.Baju polka dot yang macam bulat-bulat tu.
3.Bulu-bulu yang menempel dekat telefon etc
4.Angrybird.I swear I hate it damn much.
5.Cheese
6.Waiting macam tunggul kayu
7.apabila duit habis
8.apabila terpaksa habiskan duit to puchase a shirt or clothes
9.apabila terpaksa menghadap orang yang saya suka
10.apabila terasa perut ni macam ada ulat besar
11.apabila terpaksa memakai pink colour

"Please,don't make any other conclusion for numbers above"

and banyak lagi yang saya akan cakap ianya private.
Seriously,suka menjadi tidak suka adalah perkara yang
normal dan terlalu biasa untuk norma kehidupan.Vice versa.
Dan ianya memang berlaku untuk aku.Sekarang ni sangat suka
makan roti butterscoth yang tidak kosong.Rasanya macam
selera dah terbalik.Dah kurang makan roti kosong.But,it such
a good thing rite.

Buttt,bukan semua benda yang kita tak suka akan jadi suka
Sama juga dengan benda yang kita suka akan jadi tak suka.
Unless,your mind are completely double thinking.It's oke.
It's not such a problem.You have your right to like or sebaliknya.
Macam enter button like FACEBOOK.

I was creepy anti-sosial.Being alone is my pleasure.
Keep thinking about life make me become more mature.
Uishh,lari tajuk sudah.

Mari kembali,salah satu sebab kita menjadi tak suka
kepada salah satu perkara atau benda dalam dunia
mungkin berlaku since we were young.Menjadi habit dan
mungkin masalah yang boleh dikawal.
Err,saya ada gaya kaunselor tak?

But,apa-apa pun just nice.Just better than being creepy criminals.
Yang lagi-lagi dan lagi teruk untuk masyarakat nilai.
Ada ruang untuk tidak menyukai.Ada ruang untuk menyukai.
People always judging our physical not our mentaliti.
So,don't stop being yourself.Not because u're freak out
to twilight-love-crazy or (i'm lovin it) or not because
your so called kawan-baik-dunia-akhirat says

'You look ugly in that way'

Just let them,do whatever you like and don't whatever you hate the most.
It's your life as long as Islam is given.

Till then,May Allah Bless

Nota kaki:Malas bukan alasan sebenar.Ada yang lebih berat mengisi ruang fikiran ini.
                Ada yang lebih perlu masa dari sekadar mencoret entry di sini.Nanti akan
                saya bingkaskan apabila tiba waktunya dan DIA mengizinkan.