Friday, January 20, 2012

Me.Myself.I.Ana

Heyya,Assalamualaikum,Midnight :)
Mata tak boleh lelap dan tangan gatal untuk
menaip.Actually,aku baru realize yang
sepanjang tiga tahun ber blogging I never
tell my sisi body cerita tentang siapa aku.
Ceh!Bajet popular la!

Frankly speaking,aku manusia normal.Straight.
Nama penuh aku :
Diyanah Athirah Bt Mohd Khairi.Kalau ikut
latar belakang episode hidup aku tak ada
apa yang menarik.Same like u'olls kt luar sana.
Ada family. A real happy family. Ada Best buddy.
Ada sisterhood yang setakat ini masih tak hilang 
dia punya bonding meski beza umur.Ada benda yang
disuka and benda yang dia dislike.

Tapi dalam gen darah aku memang mungkin
aku a lil bit sombong.Ramai cakap aku 
sombong.Mengapa?Mungkin sebab aku
pendiam.Aku jenis tak suka bercakap dengan
so called yang aku tak kenal.You know,sometimes
people can easily laugh together even they known
each other tak sampai seminit.

Dan mungkin sebab aku jenis suka pendam.Aku tak suka
bergosip.Aku lebih suka luang masa aku duduk rumah.
Kira macam introvert.I'm not too girly tapi kadang-kadang
ada niat nak ubah cara pemakaian aku.Nak pakai
baju kurung kalau keluar gi mana-mana.Mungkin?
One find day?Siapa tahu?

Persepsi aku tentang kehidupan dalam.Mungkin
sebab aku banyak membaca sampai aku fikir
aku tak melalui kehidupan yang real.Aku rasa
aku belum lalui kehidupan sebetul-betulnya.Masih 
banyak perkara yang jauh tinggalkan aku.Masih terlalu
banyak perkara yang aku kena ambil tahu.Seriously,tak
 ada siapa pun yang dapat teka apa yang aku fikir
walau kawan baik aku sendiri sebab aku memang jenis
keputusan tak fixed based on situation.

Aku tough sikit.Setakat tengok darah berliter-liter
tak ada hal.Setakat tengok kepala terputus masih
boleh statik mata.Aku layan novels cinta.Aku layan
lagu jiwang tapi aku memang tak jiwang.Mungkin akan
ada yang faham orang macam aku.Aku tak suka
tengok orang 'bercouple' cause dalam islam tak ada
namanya 'couple' tapi bila dah orang sekeliling aku
dok couple aku tak boleh kata apa.Hati masing-masing
bukan boleh kita paksa.Yes!I'm heartless. but still
can let tears down . 

Cinta?Euww!Geli tapi aku tak boleh tipu kalau kata
takkan cinta sesiapa.Macam tipu sangatlahkan.Tapi
InsyaAllah selagi cita-cita aku tak tercapai cinta tu
aku pandang sekilas lalu jek.Boleh tak suruh je
mak bapak aku yang cari jodoh untuk aku?Tak kuasalah
nak cinta-cinta ni.Rasa perut geli! Hahaha.....Lol

Pemalu?Yes I AM.Hahaha,
Tapi kadang tu kalau datang biol kat kepala
dengan sesiapapun aku boh layan.Tapi sangatlah
jarang keadaan tu boleh berlaku.Setahun sekali 
mungkin.

Membaca.That's my hobby yang orang boleh cakap
aku ulat buku.Bajel bagus jek!Anis pun kadang-kadang
naik hangin ngan aku sebab setiap kali aku baca novel 
or whatever buku kalau dia cakap mesti aku buat
tak tahu.Memang kalau dapat buku aku terus lupa
dunia real.Aku dah termasuk dalam dunia buku yang
aku baca in case buku tu adalah novels.

Cool?Nope!Memang tak cool langsung-langsung.Aku
temper maybe ikut my father.Tapi sekarang ayah aku pulak
yang cool terlebih.So temper tu turun kat aku.Hehehe.
Clumsy?Sangatlah pasti sebab aku jenis buat kerja lambat.
Dah nak sampai dateline baru terkejar chapter first.Memang
gelabah tak ingat.Dan memanglah seorang pelupa.Contoh 
aku datang rumah anis dan letak dompat kat sesuatu tempat
lepas tu boleh pulak time nak balik satu rumah dia aku cari
mana dompet aku hilang.Last-last sekali jumpa dalam bakul
motor.And always be like that.

Shopaholic?Yes!Kalau banyak duit.Kiranya aku jenis
boleh tahan nafsu membeli belah.For goodness sendiri.
Certain orang memang tak boleh tahan even dia hanya
ada RM 10. Tak ke?

Senyum?Sangatlah jarang.Senyum satu sedekah kan tapi
memang tak jalan dekat aku.Susah betul aku nak senyum
sampai kena tegur dengan kawan-kawan.Muku serius tak
boleh bentuk.Lantak la orang nak cakap apa, aku kisah apa.
Kang senyum terlebih orang mengata.Tak senyum pun kena
mengata.So,baik aku ikut logik kepala sendiri.

Busybodies?Memang tak lah.Aku lebih suka buat hal
sendiri dari menyibuk tak tentu pasal dalam hal orang.
Bagi aku seseorang tu tak ada hak nak menyibuk
dalam hal orang lain.Apatahlagi nak menghina.Nak
mengata.Silap orang la kalau ajak aku join sama.
Cuma kadang kala bila logik akal kata perlu juga
untuk interfere apa salahnya.Cuma ambil tahu supaya
tak jadi macam katak bawah tempurung.

Tu je kot.Sukahati korang nak fikir apa.
I don't even care.Ini diri aku in real life.
Eh ada fairytale life ke?

Normal mankind.Kadang kala buat silap eh tak
selalu buat silap dalam kehidupan dia.Mana yang
baik datang dari Allah dan mana yang kurang baik
tu datang dari manusia seperti aku.

May Allah Bless :)

Tuesday, January 17, 2012

Luaskan pandangan

Heyya,Assalamualaikum and Morning :)
Okay,let say I post a statement about myself in order
to let others know bout me,What am I doing?How is my feel?
And then others will click button (like) at FB ot tweet.
How am I supposed to react?Uhh!To me,it was bloody mess.

Yup,aku memang bukan jenis begitu dan aku rasa menyampah
pada orang jenis begitu.Perlu ke untuk beritahu satu dunia pasal
diri sendiri tengah buat apa.Tengah rasa apa.One more,perlu
ke tell all over the world about ur kinda love yang tak ke mana?

Boleh tak aku muntah?Please la..nak bercinta go ahead but
tak payah nak jadi macam romeo and juliet.Buat mata aku
juling je baca post-post mushy-lovey-dovey kau tu.Kalau 
rindu awek pun tak payah nak heboh satu kampung gaya
tak jumpa bertahun.Padahal hari-hari taip mesej.Hari-hari call.
Baru besar jagung ada hati nak rindu-rindu.

Secondly,bila dah selalu sangat guna medium FB as tempat
luah perasaan entah apa-apa dorang tu bila bergaduh mak ai..
macam nak tercabut keyboard.Kutuk sana kutuk sini.Kalau guna bahasa
baik tu tak pelah ni mencarut dengan segala mak bapak keluar.
Hmm..nama pun manusia lagi-lagi kalau namanya Melayu.
Aku pun Melayu campur Jawa sikit Banjau sikit. Hahaha

Nyway,boleh je nak post-post ni but tengok keadaanlah.
Mana yang baik dijadikan teladan mana yang buruk disingkirkan.
Eh!Macam salah je?

And that's the reason why aku always deactive FB.Rasa muak plus
annoying yang amat.Lagi-lagi tengok bahasa kurang gula lebih pahit
mereka-mereka itu.And aku memang jenis anti bahasa singkat.
Nak baca susah dan tak faham. 
Take a note please!

Sorry if terasa.Bukan nak menghina tapi memberi tanda bahawa
kadang kala apa yang kita buat orang tak suka.Aku ada salah
aku ada silap tapi dengan berani aku memohon maaf.Teguran
membawa kebaikan.

May Allah Bless
Live your Life ;)

nota kaki :Senyum bawa sedekah...

Sunday, January 15, 2012

Aku Punya Hati

Assalamualaikum,
ingin di sini saya mencurahkan rasa dan kata-kata apa yang terpendam dalam
hati dan juga fikiran bila kebosanan di isi dengan membaca surat khabar hampir
setiap hari dengan isi yang sama iaitu agenda politik.

Undang-undang yang lapuk?
Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang.Allah telah menitipkan bala kepada umat Nabi Luth.Apakah tidak lagi disedari bahawa 
Islam sama sekali mengharamkan hubungan sejenis.Sama ada gay or lesbian atau sewaktu dengannya.
Bukankah di situ telah jelas perkataan haram.Mengapa perlu mempertikaikan undang-undang lapuk?
Adakah kerana pihak itu sangat mendokong cita-citanya menjadi Perdana Menteri?Apa yang ada
pada kuasa Perdana Menteri ?Sama sekali tidak akan melebihi kuasa Allah SWT.Mengapa terlalu tekad 
sedangkan semua perkara yang berlaku bukan di atas tangan kita mahupun tangan orang lain.Bukankah
akal ini anugerah Tuhan pada manusia agar berfikir dengan waras dan mengikut hukum Allah hukum
Islam.Anda yang di luar sana mungkin akan terfikir dunia ini sudah maju.Perlu ada perubahan perlu
ada kemajuan ekonomi politik mahupun agama.Tetapi,apa yang takkan berubah adalah kandungan Al-Quran
dan Hadis.Apa yang haram tetap haram biarpun dunia ini sudah tiada lagi akhirnya.

Sangat sedih hati ini melihat seseorang yang disanjung ramai seperti menyokong apa yang haram.
Benar manusia kadang-kala terlalu tamak.Mungkin bukan aku atau sesiapa untuk mengadili sesiapa.
Tidak ada hak untuk seseorang itu mengadili orang lain melainkan Allah.Tunggu saja di Makhamah Allah.
Semuanya pasti adil dan saksama.Bukan seperti Makhamah dunia yang penuh hipokritnya.Sebagai seorang
Islam yang bukan hanya pada IC saya berdoa agar terus ditunjukkan jalan yang lurus oleh-NYA.
Rasa takut dengan keadaan Malaysia sekarang tetapi lebih takut jika tidak mendapat keredhaan Allah.
Orang Melayu perlu tahu asal usul mereka.Orang Melayu dan Islam perlu ingat di mana akhirnya mereka.
Bukan di Malaysia atau di sudut hujung dunia tetapi di padang mahsyar iaitu akhirat kelak.Seperti kes Mahasiswa
yang menurunkan bendera pemimpin.Di manakah letakkan nilai akhlak dirinya?Bukankah Islam mengajar
kita adab-adab dengan pemimpin.Begitukah caranya pendidik generasi akan datang?Walau sebenci mana kita
dengan manusia itu kita tidak berhak bertindak melebihi batasan sebagai seorang manusia.Perlu ada akhlak
perlu ada adabnya.Perlu ikut prosedur.Perlu ikut peraturan dan undang-undang.Tidak mengerti mengapa
fikiran mereka terlalu liberal sehingga mengenepikan hukum hakam agama.

Bukankah Malaysia sudah aman?Apa yang perlu dibuktikan lagi?Apa yang rakyat Malaysia mahukan lagi?
Air free?Tunggulah hari hujan.Makanan free?Tunggulah rezeki dari Tuhan.Memang benar cara pemikiran
manusia itu berlainan.Apa yang sama ianya perlu berlandaskan hukum syarak,Sejauh mana kita melangkah
pasti kita akan menoleh ke belakang semula untuk mengambil ikhtibar peristiwa dan segala kisah serta sejarah
yang pernah berlaku.Dan saat kaki ini sudah tidak mampu melangkah ke hadapan kita akan berpaling ke belakang
mencari di mana silapnya lagi.Saat itu aku tahu ramai orang Islam yang akan menadah tangan memohon
pertolongan dari Allah S.W.T .  Sehingga saat ini aku masih tidak mengerti mengapa perlu adanya pemikiran
terlalu liberal?Apa yang haram tetap haram.Dan apabila dikata HARAM maksudnya dilarang sama sekali.
Adakah begitu susah untuk difaham?

Nota jari:

Aku manusia biasa.Yang punya hati dan suara.Malaysia negara demokrasi.Aku berhak bersuara seperti mana
(mereka) yang terlalu lancang berkata.Aku cinta Malaysia.Aku sayang bangsa dan agama.Aku tidak buta seperti
mereka.Aku tidak buta SEJARAH MALAYSIA.Aku tidak buta AGAMA ISLAM.Selagi jantung ini masih berdegup
selagi nafas ini masih berdenyut aku sokong perjuangan mereka yang berjuang demi Bangsa Melayu dan  Agama Islam.InsyaAllah selagi dia mengizinkan.           

May Allah Bless :)
Ana Thira.

Blog antara ruangan untuk aku meluahkan pendapat dan tentang kehidupan.Aku bukanlah seberani
sesiapa tetapi tika masanya aku perlu tunjukkan keberanian dalam bersuara.Ada sesuatu pada
kehidupan yang aku mahu kongsikan bersama anda semua di luar sana.Aku suka memerhati dalam
diam dan andai tiba masa untuk aku melontar kata itulah saatnya keberanian itu menghampiri jiwa
mudaku.

Wednesday, January 11, 2012

Kebosanan melanda

Heyya,actually aku nak bercerita about my sister.Her name is
Fatin Amirah.Dia macam kawan aku.Kawan baik sampai
matilah kiranya.My kakak kandung okey.Beza umur pun just one year.
Dia lagi cantik dari aku.Hahaha..  :) Ayat penyata.
Kami selalu gaduh-gaduh,pukul-pukul tapi sekarang dah jarang sebab
dia dah masuk kolej.So,aku sangat bosan duduk rumah tanpa dia.
Kalau nak tengok movie sampai tengah malam sekarang ni kat living hall
pon dah tak boleh sebab aku takut.


Kalau dia ada kat rumah aku akan paksa
dia teman aku tengok tv sampai pagi.Itupun kalau ada cerita best.Like now,aku
nak tengok titanic tapi tak ada siapa nak teman.Semua adik aku sekolah esok
takkan nak kacau kan.So boring duduk rumah dan buat benda yang
sama everyday.Ibu aku kata kena kerja after dapat lesen kereta.Easy to
go everywhere anytime.Masalahnya aku rasa lesen mesti dapat dalam
bulan tiga.Huarrghh!Kopak la duit aku untuk half year ni.....


Okay la,bye!Assalamualaikum.
p/s:Aku punya otak tengah runsing.

Wednesday, January 4, 2012

Cerita fav 2011

Heyya,okay,now aku nak buat perbezaan Ombak Rindu & Nur Kasih.
Aku dah tengok Ombak Rindu and Nur Kasih.Ombak rindu
macam dah jadi tsunami sebab kutipan sampai RM 11 juta.Beza dengan
Nur Kasih kan.

But for me,Nur Kasih punya cerita lebih baik.Bukan saja dari segi
pengisian kasih sayang tapi rohani.Kalau tengok balik pun memang aku
akan nangis.Kalau ombak rindu hanya cinta dunia semata-mata tapi
Nur Kasih cinta syurga dan akhirat sekali.Kisah keluarga yang penuh
kasih sayang.Aku tak tengok Nur Kasih kat pawagam so aku rasa
sangat rugi.Then,ombak rindu aku tengok kat pawagam dan aku
rasa rugi. :(

Papepun,I prefer Nur Kasih dan Tentang Dhia untuk buat hati aku yang
keras ni tersentuh. dan mengalirkan airmata untuk filem dan drama
tahun 2011 ..Eceh!Hahaha.

May Allah Bless,


Sunday, January 1, 2012


Heyya,okay now aku kat kampung. Ola…teman nenek kat kampung
Yes,aku memang cucu yang baik.Ceh!Tapi my best cousin pun ikut
Sekali.Yela kalau tak mesti aku bosan giler. Heh! Actually seronoklah
Kan bila tengok budak-budak bawah 17 tahun dah nak masuk sekolah balik.
Rasa macam nak tergelak guling-guling jek tengok adik-adik aku dah
Tak dapat berebut lappy nak main game dengan aku and duduk di kampung
Memang mendatangkan ketenangan dalam hidup aku. Hahaha

Bila tengok padi menguning memang rasa macam nak terbang melayang jek.
Apatah lagi bila angin datang menderu rasa macam nak suruh masa berhenti jek.
Tapi tulah!Kalau dah biasa duduk kat bandar selera tekak tetap orang bandar.
Apapun,nasib baik kat kampung dapat online.Happy plus tak adalah bosan sangat.
Balik dari kampung sambung balik jadi penonton wayang tegar.Lepas tu kalau nak duit
Just tolong my dad berniaga jual bawang pon sudah cukup duit nak menampung aku
Shopping. Hehehe. But I’m not kaki shopping.Ada juga berniat nak simpan RM100
Every month dekat akaun BSN aku.

Sambung balik baca buku The Spy yang dah tertangguh hampir lima bulan sejak mula
Busy ngan spm dulu.Kesian buku tu.Okay,time’s up.

May Allah Bless,
Moga-moga dengan kehadiran tahun baru hidup kita lebih diberkati oleh-Nya.Somehow aku rasa tahun ni punya azam sama dengan tahun lepas tapi nak diperhebatkan lagi.Great :)