Saturday, December 27, 2014

Untuk Pemfitnah

Tangan ini sebenarnya bakal jadi saksi kelak
Sambil menikmati secawan teh sejuk yang
dari pagi tadi,mata ni tak lepas dari memandang
skrin menatap gambar-gambar meruntun hati
Sejak tadi,tak ada satu pun benda yang dirancang
menjadi,Allahurabbi,
Angkara kesedihan dan rasa ingin tahu itu
kadang kala menghanyutkan kita ke
lembah yang lebih tiada makna
Aku terpukul pada fitnah fitnah
yang bertebaran di dunia tanpa sempadan
ini,
apa kalian lebih tahu akan hal yang tidak dapat
dilihat mata kalian?
Hanya menatap membaca lalu melontar kata
sama ada pujian mahupun nista pada
manusia lain.
Bumi ini sudah tidak larat menanggung dosa manusia
Yang masih tidak sedar diri
Duduk di atas kerusi,bersandar enak pada tilam empuk
Sambil jemari laju menggali aksara-aksara di papan
kekunci tiadalah ingat pencatit kanan dan kiri
Benar,tiada apa yang mampu dilakukan
untuk mereka di negeri sana
Tiada daya dan upaya untuk menggerakkan seluruh
tenaga yang ada
Apa kau buta tak merasa?
Kerdilnya kau di sisi Tuhan
Lemahnya kau tanpa pertolongan Tuhan
Sedangkan itu air yang mana kau selalu perlukan
tika kehausan,tika kekeringan,tika kekotoran,juga
untuk basuhan dosa-dosa yang memalit pada tubuh
Dan kau masih mampu menghunus satu kata yang
berbaur fitnah
Apa kau tak takut?
Segalanya mungkin berpaling semula tepat
menghentak jantung kau tanpa belas kasihan
Kau lupa mungkin
Kau juga bukan siapa-siapa di mata manusia
Apatahlagi jika di mata Tuhan,
Pada alam ini kau umpama habuk yang
boleh dinyahkan bila tiba masanya
Jadi terpulang,kau mahu pulang
dengan senyuman atau
kau mahu pulang dengan tangisan.

Daripada Allah kita datang
Kepada Allah kita pulang

Nangislah di depan Tuhan,
Rasakan kehadiranNya,
Hanya padanya tempat
memohon segalanya.
Allah adalah sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong

I can do nothing instead of writing and praying.
It's feel so hurt.

Friday, December 26, 2014

akal entiti


Pokoknya,hidup ini terang dan nyata
satu perjalanan,
Aku ingin menjadi satu entiti yang menghulur
pada entiti lain
Apa gunanya aku punya lima deria
andai semua itu salah lakunya
Kau boleh bilang sesuka hatimu
Tanpa paksaan
Kerna hidup dalam paksaan umpama
Perut yang tak diisi berbulan
Sakit dan ngilu
Atau kau boleh saja memekakkan suara
Peduli pada dirimu seolah
bumi ini hanya tentang kau saja
Tapi aku tak pernah kisah
Cuma aku jadi terkilan
Manusia ini diberi akal
tapi tetap menjadi entiti 
yang tak berakal
Kau gagal