Stop Living In The Past
Bukankah hidup satu perjalanan?
Bukankah hidup satu perjuangan?
Bukankah juga hidup satu pengorbanan?
Setiap saat,minit dan waktu akan terus berlalu tak menunggu
Seperti angin yang lalu,tak dapat dilihat dan tak dapat dikejar
Namun dapat dirasa walau tak dapat disentuh
_________________________
Okayy,mukadimah pendek.Betullah tu hidup kat dunia ni sekejap sangat.
Kalau buat revision balik tengok sesaat ke belakang nampak apa?
Tak nampak apa-apa?Tetap nampak depan.Masa depan.
Masa depan cerah atau kelam?
Masa depan yang penuh berkat atau tersekat tak jumpa jalan?
Semua tu dah tertulis dalam takdir.Redha!Pasrah jelah dengan takdir!
Betul tak?
"Amboi!Cakap macam senang?Bolehlah cakap hidup hang tak pernah susah!"
Okay itu sinikal punya ayat.
"Ni semua salah!Ni semua tak betul!Kenapa hidup aku macam ni?"
Ayat sangat relevan bila kena timpa batu bata dalam minda.
"Hidup ni bagai roda yang berputar,Sekejap kita kat atas sekejap kita kat bawah."
Ayat orang pasrah...
Percayalah!Semua orang pernah mengalami situasi di mana bumi tak terasa dipijak langit
tak terasa dijunjung.Pembawakan perasaan dalam kehidupan bukanlah suatu idea atau
tindakan yang menguntungkan bahkan merugikan.Saya bercakap untuk diri sendiri dan
awak juga.
Saya tertarik dengan kes-kes masyarakat yang kurang bermoral sekarang.Perasaan dan emosi seolah
diadun menjadi satu bahan yang merosakkan hati dan kewarasan akal manusia.Seolah bahan yang
membunuh nurani manusia.Puncanya jelas,ianya penyakit hati yang pengubatnya hanya dengan
berzikir.Ramai boleh cakap,ramai orang boleh bagi pendapat tapi tak ramai yang boleh faham kenapa
dan mengapa seseorang itu hilang kewarasannya?Hilang sikap malunya?Hilang harga diri dan maruah?
Hilang adab dan tatasusila sebagai orang Islam?Dan paling penting hilang rasa takut pada Allah?
Rasa sakit tak?Saya rasa macam kena simbah dengan air yang sejuk sangat.Tersedar dari mimpi kerana
selama ni saya menjadi masyarakat yang hanya tahu mengata dan mencaci tak tentu hala.Menjadi masyarakat prihatin Malaysia yang suka memfitnah dan melempar kata-kata dusta. Oh Mai!!
Tidak percaya pada takdir.
Benar bukan,bukan mudah untuk menjadi seseorang yang berpegang pada takdir.Saya tak cakap semua orang.Saya maksudkan juga diri saya.Sungguh kita hanya mampu merancang dan Allah menentukan segalanya.Kata-kata itu bukan sekadar persinggahan masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau bagai mencurah air ke daun keladi tapi kata-kata itu sangat benar.Sejauh mana kita merancang kesempurnaan hidup,sempurna itu hanya milik Allah SAW.Tapi,pada mereka yang tidak percaya
takdir,tidak berpegang pada Al-Quran dan Hadis,tidak juga meletakkan kebergantungan pada pencipta,mereka akan sangat hopeless dan helpless dalam menghadapi sesuatu musibah.Dan saat itu,perasaan yang jahat dan emosi yang jahat juga akan bersatu padu bagai aur dengan tebing menumbangkan anugerah Allah buat manusia,akal kita.
Terlalu cintakan dunia.
Duit yang banyak!Baju yang cantik!Kereta yang menarik!Pokok pangkalnya semua yang mampu tarik perhatian manusia pada kita.Bukankah itu hanya dunia semata?Okay,tipikal masyarakat Malaysia suka membanding-bandingkan orang sekeliling.Menjadi hakim yang berhak menentukan siapa yang salah.Mendengar hujah hanya sebelah pihak.Menjadi peguam terbaik hanya pada orang yang rapat dengan mereka.
Dan memang makhamah dunia itu tak selalunya adil.Ketidakadilan inilah yang menjebak seseorang itu menjadi bukan seperti manusia.Kerana makhamah dunia yang tidak pernah simpati pada mereka.Yang menang hanya yang berkuasa.Yang menang hanya mereka yang kaya.Yang menang hanya kerana mereka ada pangkat.Yang menang hanya mereka yang punya takhta di dunia.Berlindunglah kita dari penyakit Wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.
Tidak beriman pada hari akhirat
Percayalah,ramai boleh recite boleh hafal rukun2 iman tapi benarkah kita beriman?Benarkah kita beriman dengan hari akhirat?Jadi kalau benar,mengapa ada lagi sangsi padaNYA yang kita akan dibangkitkan kembali nanti.Yang hidup di dunia ini hanyalah sementara.Satu perjalanan yang sangat singkat untuk mengumpul amal dan ibadah.Menunaikan janji yang terpateri sebelum lahirnya kita
di dunia.Jadi,mengapa terlalu terbawa-bawa musibah yang menimpa?Mengapa masih hidup dibayangi masa silam?Mengapa masih mencari yang gelap sedangkan sinar itu boleh dipinta?Mengapa menjadi hambaNYA yang sombong dan bongkak?Mengapa masih tidak percaya akan janji-janji Allah?Dan benarkah hidup dan mati kita hanya untuk Allah,Al-Khalid?
_____________________________________
Sungguh,saya dan awak tak pernah meminta dijadikan seperti itu dan ini.
Tak pernah meminta ditimpa ujian macam hujan di musim tengkujuh.
Tak pernah meminta hidup yang sebegitu dan sebegini
Tapi
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji?"
Al-Ankabut 29:2
Kasih sayang Allah tidak pernah habis.Tidak pernah hilang meski dosa saya dan awak macam pasir dilautan.Tak terkira dan tak terhitung.Ujian itu datang sebagai penawar dosa.Ujian itu hadir sebagai
rasa kasih sayang Allah pada kita.Sebab,kita hanyalah hambaNya.Yang takdir hidup kita sangat indah Allah susun dan atur dalam perjalanan untuk kembali padaNya.Kembali pada tempat asal kita di mana, tentulah di syurga.Walau saya dan awak tahu untuk ke syurga mudah tapi tak susah kerana kita ada
Allah,Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Al-Baqarah 2:286
Benar bukan,pasti ada rasa lega selepas dihujani badai.Ditiup angin kencang dan melata
ke tanah terbiar seorang diri.Ibarat bermusafir di padang pasir kering kontang.Pasti ada
air yang menanti.Ada jalan keluar yang dicari.Dan mintalah pada Allah sekiranya kita tak
mampu menanggung ujian seberat itu.DIA pasti mendengar dengan baik.Kerana itu yang
Allah mahu.Kita dekat denganNya.Kita mencari Allah dalam kegamitan waktu dan masa.
Menjadikan kita hambaNya yang tidak lalai dan tidak alpa.
Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [Rw Muslim]
Percayalah
Langit mendung hanya seketika
Hujan mencurah pasti akan terhenti
Pelangi indah pasti akan memunculkan diri
Walau hanya untuk seketika kerna
Itulah hakikat alam kehidupan dunia
Wallahualam :)
Moga Allah Reda dunia dan akhirat