Saturday, November 24, 2012

Muhasabah Ini...

Salam alaik,

Allahu Allah

Saat terasa berdetik tanpa henti
Peluh merintik di dahi
Hati bagai berbolak balik
Namun harus diteruskan jua
Perjuangan ini

Esok,saya dah nak balik KMM
Dah nak sambung balik baki 
semester yang tinggal
Pegang kembali amanah Allah,Rasul,
Ibu bapa.

Hati menafikan kata
Lantas akal mencantas hati
Hati berdegil dengan katanya
Namun akal yang waras membatasi segalanya

Verily,after each difficult there is relief 
Surah Al-Insyirah : 5

Allah,hati ini memohon agar diberi
kekuatan,kesabaran dan ketabahan
Allah,hati ini mohon diberi kesempatan
untuk terus perjuang meski di pelosok tersorok
Allah,hati ini mohon dilindungi daripada
zina,maksiat,penyakit hati penyakit mazmumah
Allah,hati ini mohon ditiupkan rasa cinta yang mendalam padaMu
agar tidak mati oleh dunia yang palsu.
Allah,hati ini mohon dilindungi daripada cinta dunia yang palsu
agar kelak tidak menyalahkan takdirMu.

Allah Moga tali hubung antara hamba dengan diriMU akan 
lebih teguh dan kukuh,hamba malu mahu meminta namun hamba
mohon limpahilah kasih dan sayang Mu buat Hamba yang penuh
khilaf ini.

Ya Rabb,
jangan biarkan rasa kecewa dalam hati ini terjebak
Kelak dia takut tak sempat mengatakan bahawa
Benar dunia ini hanya naungan sementara.

Moga ada Redha Allah untuk kita semua
Sama-sama kita berubah :)

Friday, November 23, 2012

I want you to know



Salam alaik,

Bibir entah kenapa tersenyum
Bila mata dan hati melihat tingkah saudara
Bibir melafaz alhamdulillah
cukuplah ada niat di hati
itu sudah mencakupi untuk permulaannya

Duduk sendirian smbil beringat
Apa salahnya jika melakukan 
gerakan pada bibir,
zikir
zikirlah pada DIA.
DIA yang Melihat
DIA yang mendengar

Menatap wajah insan tersayang
dalam diam hati bertanda
Namun jika menoleh ke belakang
Tidak rugi membayangkan
mereka,
mereka yang kesusahan
mereka yang kesulitan
kerana kita BERSAUDARA
kita bakal menghuni syurga,
berkumpul bersama satu bulatan
Mengukir senyuman bersulam tawa
InshaAllah

Jemari sibuk menaip,
Itu dan ini tak mampu diluah melalui bicara
Tidak merugikan jika tangan itu
Engkau angkat
Engkau tadah
meminta pada DIA
DIA yang Memakbulkan
DIA yang mengetahui
Di sebalik rahsia setiap kejadian
Yang pasti menyusul hikmah di sebaliknya

Ayuh bangkit teman,
Ayuh bangkit para sahabat,
Ayuh bangkit saudara/ri
Dunia ini hanya naungan,
Tempat engkau menunaikan janji,
melaksanakan perintah
Tanpa perlu ragu-ragu
Engkau yang bakal menang di sana
Jika engkau kalah di dunia
Engkau yang bakal merana di sana
Jika engkau inginkan kemenangan di dunia

Pilihan itu terletak di atas tangan engkau,
Mohon,mohon dan mohon tanpa jemu
Agar engkau sentisana di beri petunjuk
Taufik dan Hidayah
kerana itu semua,
Milik ALLAH,
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

___________

AO cakap dalam Versus
"Aku nak hidup aku ada makna,makna yang berkat"

AO cakap lagi dalam Versus
"Nothing's late before die"

Minn cakap   dalam Versus
"Allah dah ketuk pintu hati,jangan sampai Allah merajuk tak nak ketuk lagi."

Kalau seorang Mualaf seperti Suraj Minhaj, Idris Tawfiq,
Cat Stevens aka Yusuf Islam mampu  menggerakkan Islam
di tempat mereka,mampu bangkit berusaha memahami Islam,
mampu mengenali Islam lebih dari kita,

why not we try,
try to think
try to ponder
try to accept 
try to give
try our best
to holding hand together
to attain Jannah
In sha Allah

Surah Al-Ankabut  69:

Maksudnya : "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan  mereka bergembira serta beroleh keredhaan);dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan ) Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya."

We try to change together
Kita sama-sama berubah okey :)
In sha Allah,

Moga ada redha Allah untuk kita semua.




Tuesday, November 20, 2012

It's coming again


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Aku melihat ke hadapan,
Apa yang terbentang luas di hadapan,
Aku toleh ke belakang,
Apa yang menyekat kakiku untuk melangkah,

Aku menangis namun sudah kering airmata itu,
aku mahu menjerit tetapi lidahku seolah dipaku,
Aku takut,aku takut,
Ya,aku takut aku tak mampu
meraih redhaNya
Ya,aku takut aku tak mampu
menunaikan janji pada Nya.

Seiring masa berlalu,
masa ku semakin suntuk,aku
terkesima tetapi kadang kala aku
masih alpa,
untuk apakah hidup ini
di muka bumi ini
untuk apakah gelaran Islam itu pada namaku
jika aku masih begini,
masih diam menanti hidayahNya
masih terkaku menanti sang cahaya
andai aku tidak berusaha
pasti aku rebah,
rebah yang tak mampu aku galas
hingga aku tiba di SANA.....


20.11
Tarikh itu datang lagi,Memberi makna usia saya semakin meningkat
tetapi masa saya semakin suntuk.
Benar,banyak yang akan berubah.
Insha Allah,ingin saya bangkit kembali
atas dua perkara

1.Khalifah Allah
2.Beribadah padaNya

Dua tujuan hidup yang sebenar.
Moga mendapat redha Allah.

May Allah Bless us :)

Tuesday, November 13, 2012

Sebarkan Bahagia: TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH

Sebarkan Bahagia: TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH: Analogi Harimau dan Nyamuk         Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-giginya menye...

We've to change


Salam alaik,



Nak berubah bukan senang.
Nak mengubah juga bukan mudah.
Tapi untuk tak berubah tu mungkin lagi payah.
Jadi,payah atau tak mudah harus juga dilalui
Perit dan pahit harus juga ditempuhi.

Bila kata pakai tudung labuh
bukan beerti kita alim.Bukan beerti kita
tahu semua tentang agama.Bukan beerti
kita dah mengubah diri 100% menjadi
solehah.

Ingat senang nak dapat gelaran solehah tu.
Wanita muslimah bukan dinilai pada cantik
pakaian dan muka.Juga bukan dinilai pada
brand dan jenama.Tetapi,dinilai pada
peribadi.Rasa malu dan iman dalam diri.
Tutur kata dan kelembutannya.

Bila kata pakai tudung labuh,
baju jubah,bukan beerti kita seorang
yang dah strong foundation in faith.
Cuma,kita sedang berubah.
Kita mahu berubah,untuk Allah,
untuk Islam,untuk diri sendiri dan
untuk ibu bapa.

Bila kata dah tutup aurat,
itu bukan hanya terletak
'i wearing hijab now'
Nak tutup aurat bukan hanya pakai tudung.
Nak tutup aurat apabila pakaian yang
dipakai tu boleh buat solat.Tidak jarang dan
tidak nipis.

Pakai tudung labuh,
haruslah jaga pergaulan.
Ikhtilat antara yang tidak halal.
Bukan sebab tak suka tapi
sebab ikut perintah Allah.
Berubah bukan hanya pada
pakaian tapi setiap kesan yang mampu
bawa diri dekat dengan pencipta.

Indahnya menjadi muslimah solehah.Indahnya jika mampu
meraih cinta Ilahi.Indahnya masih mampu menghirup udara
sebagai Islam dan Iman masih terlekat dalam hati.Alhamdulillah :)

Amal makruf nahi mungkar
May Allah Bless ^-^






Saturday, October 13, 2012

Istiqomah

Salam alaik,

Hampir sebulan lebih masa berlalu.
12.10.12
i will never forget the date.
InsyaAllah,the beginning and until
the end
Nawaitulillahitaala.

Rasanya tekanan dah mula dirasai.
Trial sana dan sini.
Oh,next week saya ada muet,speaking.

Tak tahulah nak speak apa tapi
InsyaAllah i can do it.It just
15% however.

Oklaaa...thats all.
May Allah Bless :)


Friday, August 31, 2012

"Proud to be here"

Salam Alaik,

This is unexpected post.

I just want to wish

"Selamat Hari Merdeka yang ke 55 tahun"

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi.We still can celebrate our independence day.
Such a beautiful day today.Cuaca pun tak panas dan tak hujan.
I love Malaysia and Malaysian so much.

Saya terpaksa balik rumah this weekend atas sebab tertinggal
lab coat and calculator.Betullah kita hanya merancang Allah
yang decide everthing.Everything under Allah's wills.Jadi,
kesempatan yang ada even banyak sangat dan sangat homework
saya nak jugak post untuk wish merdeka.

So,Happy Independence Day Malaysian.
Proud to be here.Proud to be Malaysian.
Patut cakap Bahasa Melayu kan.
Hehehe,my bad so Im sorry yee...

May Allah Bless  ;)

Wednesday, August 22, 2012

She was there....


She was there...didn't you see her?Can you hear her voice?

Salam alaik,
Heyya fellas :)
How are you?

Sure,always in happy conditions.

"He likes you because of your 'kelembutan'."
"Ain't that true?"
"Yeah!"
"Tipu"
"Sebab kau comel."
"Tipu lagi."
"Tak percaya suda.."
"Yeah,whatever."

Whatever.Seems like my trademark.Saya tak tahulah kan pandangan orang pada saya bagaimanakah?
Macam apakah?Tapi saya tak kisah walau bagaimanakah cara orang itu pandang saya.It's my life.
People can judge whatever them like or dislike.It's not my priority to  stay with people judgementel.
Awak nampak girl di atas.Mestilahkan nampak kalau tak nampak maknanya awak rabut dekat la tuh,
Saya macam dia kot.Atau tidak?

Yes,I admit cara saya memang kasar.I think it's kind of self-protection.But,still I am a woman soon
becoming a lady and soon becoming 'someone wife-to-be'.Ada kawan saya umur 18 dah kahwin.
Alhamdulillah,jodoh dia dah sampai.Kita tak perlu nak persoal kenapa dia kahwin seawal itu sebab
kan dah tertulis dalam takdir semua benda macam tu.Mentaliti masyarakat Melayu or 'Malaysian'
always akan bertanya soalan kenapa dan mengapa?Saya pun dulu macam tu before i realise
mungkin satu hari nanti akan terjadi 'something begitu' yang akan menyebabkan masyarakat
bertanya itu dan ini pada saya.So,then i stop acting like that.Sometimes,you need a break and 
muhasabah diri sendiri depan cermin dan cakap 'kau hanya manusia biasa'.

Benar,hidup dalam komuniti masyarakat 'penyayang' perlu ada komunikasi
sebegitu tetapi haruslah tahu dan faham konsep sebenar 'busy body' or
else 'jaga tepi kain orang'.I am trying not to be the 'one' .Please,don't
drag me back into that kind of act.Sebab saya tak sanggup jejak kaki
ke neraka hanya kerana fitnah dan mulut yang berkata.

Yet,I am still trying to be the 'one' a good lady.Susah untuk buang apa yang dah jadi
blood and bones.Bila kat matrik saya mampu untuk tarik diri keluar from being the
'old' me but bila dengan family dan kembali semula ke 'sini' saya rasa environment tu
tarik balik saya untuk jadi the 'old' me.Susah dan susah but i have to manage. I know it 
but saya tak nak jadi hipokrit.Jadi,cara terbaik saya suka mengasingkan diri.
Being that selfish of me,kadang-kala buat saya kembali pada 'kasar itu'.

I know,saya baru 17 tahun nak masuk 18 insyaAllah on November,20.Tapi tak boleh
ke orang macam saya untuk react secara begitu.Ada something dalam diri dan fikiran
saya yang selalu drag me back to the 'old' me.Yes,Keep mentioning the'old'me.It was 
me.Was.

im bad.Masih mencari sinar untuk hati yang dah kering kontang tanpa air.
She was alone.She was wearing disguise.She needs that as protection 
from being cheaper.She need respect from others.She doesn't need any
attention or spotlight to what she did.She just she...as what she is and
what she are..

I seek refuge from Allah from all the bad things out there.
Allahu Allah,Ya Muqallibal Qulub
Tsabbit Quluby 'Ala Deenyk...
Wahai pembolak balik hati,tetapkanlah hatiku
pada agama-Mu


Awak,di luar sana.Jangan risau untuk menjadi diri awak yang sebenar
Mungkin awak sama spesies macam saya.Yang tak perlu perhatian
orang lain.Yang tak perlu orang lain as 'pendamping' tapi ingatlah
awak akan selalu perlukan DIA.DIA yang segala-galanya.
Allahuakhbar.

May Allah Bless.
Lots of love from saya,
InsyaAllah ada waktu dan ketika,
kita pasti berjumpa lagi di sini,
dalam tinta hitam bukan dakwat pen
tetapi abjad sebagai tanda 'ukhuwah'.

p/s:Doakan saya dapat cemerlang dalam final exam pspm bulan October soon.InsyaAllah.












Sunday, August 19, 2012

Happy Eid Dul Fitri

Salam Alaik,

Mesti mood sume-sume ceria hari ni.First raya.
I don't know why?We should be happy on the first
Eid ul Fitri but i keep thinking about anything else.
Seems like my homework and my note which is
not read yet.My assignment not done yet.
Or else I'd think bout the day after sunday meanie
I've to face the reality.Huh!

But,but,here I want to wish Happy Eid Dul Fitri.
Selamat Hari Raya.
Minal Aidil Wa Faizin
Hopefully we can cheers the 'Hari Raya' full of
bless from Allah S.W.T

Make it full of simplicity to get blessing
from Allah The Most Powerful.

Remembering our Saudara Islam yang kekurangan
and maybe down in the mouth because of losing
something or someone.Be grateful okey!

May Allah Always Bless us :))

p/s:InsyaAllah bertemu Ramadan tahun hadapan.

Wednesday, August 15, 2012

Mengorak langkah...

Salam Alaik,

Okey,let's start with Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah,saya still boleh menghirup udara Klang yang tak berapa
nak bagus.Saya sekarang lebih suka cuaca di Masjid Tanah,Londang
or you can call Londan Malaysia.Kadang-kala ia buat saya berfikir
bumi Allah ni luas tapi first time balik Klang pun jumpa orang yang
sama.

Teringat

'Dalam hidup ni mana ada kebetulan.Semuanya takdir'

Yes.Takdir.Takdir untuk saya berada di KMM.Untuk saya jumpa
orang-orang tertentu.Semuanya kerana takdir yang telah tertulis.
Itu salah satu yang saya belajar di KMM.Banyak lagi sebenarnya
dan mungkin akan banyak lagi bila saya kembali ke sana hujung
minggu hadapan.InsyaAllah.

Syukur,
untuk merasai nikmat hidup berdikari meski kadang-kala meleleh airmata
kerana tekanan yang menjerut hati.Saya manusia biasa.Sama macam awak
awak semua.Bumi ni berputar seiring putaran masa.Macam tu juga manusia.
macam saya.

Why?

Sebab selama ni saya fikir I'm strong enough untuk berhadapan dengan realiti.
Kehidupan saya mula masuk fasa baru.Kalau dulu saya ada ibu dan ayah yang
melindungi dan menjaga saya.Kat sana,I depends a lot on Allah.Segala-gala
bermula dari DIA yang Maha Esa dan berakhir DIA yang Maha Berkuasa.

Ada seorang sahabat tegur saya,

'Ana ni cara cakap kadang-kala kasar.'

Saya sedikit tersentak tapi itulah harapan saya setiap kali berkawan dengan seseorang
Saya perlu sahabat yang boleh tegur saya luar dan dalam.Buruk dan baik.
Allah dah perkenan lagi niat dalam hati.Alhamdulillah.Terima kasih :)

I have to learn to become more polite.Lebih berjiwa wanita.Lebih berhati penyayang.
Senang cerita lifestyle muslimah sejati.Indah bukan menjadi seperti itu.

'Wanita solehah untuk lelaki yang soleh' Saya mahu itu.

Tapi cerminan hati saya masih melantun ke arah yang salah.Masih berdaki masih
hitam dan berkarat.Masih ada sisa-sisa karat jahiliah.Tapi saya tahu juga,Allah
takkan menguji hambaNya kalau dia tak sayang.

Saya mahu kasih sayang Allah.Saya mahu Allah sentiasa melindungi saya.
Jadi,kerana itu saya tahu,kalau saya hilang segala-galanya ianya adalah
atas kehendak Allah dan DIA akan sentiasa di sisi hambaNya.

InsyaAllah,sama-sama kita berubah.
Letakkan dunia hanya dalam genggaman.
Letakkan akhirat dalam hati.

InsyaAllah,syurga menanti.

May Allah Bless :)

Monday, August 13, 2012

Salam Alaik,

Saya nak menaip tapi tak tahu nak taip apa.Entah,actually nak bercerita
tentang kehidupan di Matrikulasi Melaka tapi mungkin Allah
belum mengizinkan jadi tangguhlah dulu.Worth to ponder.

Setelah tiga bulan lamanya,lebih kuranglah kan,idea untuk
menaip dan 'post' entry di blog dah macam berkarat.
Ada penawar tak?Kerana saya dah macam malas.
That's a little thing yang kadang-kala buat saya rasa
tak perlu nak 'update' my spreading.

Jyeah. Hopefully this is not my last post before
going back to that place.Beautiful prison.
Proudly to say,there's always improvement on myself.
Towards Allah.  InsyaAllah. Doakan saya agar terus
istiqomah.

May Allah Bless :)

Saturday, August 11, 2012

Salam Alaik.

Maaf dan maaf dan maaf,
Tiada apa untuk di post kerana masih busy dengan pelbagai perkara
yang belum dilunaskan.Mungkin nanti.Mungkin apabila sudah siap
sedia bercerita apa yang  berlaku sepanjang tiga bulan ini.
InsyaAllah. :)

Saturday, May 26, 2012

One step forward

Assalamualaikum wbt,


It's been a week since the last update.Yet,i'm busy till the last day which means
May 28,somehow i feel something is not right doing the packing and all the stuff
into my 24' luggage.


Nonetheless,i thought maybe the reason why I always keep all the emotion
in my head, i never leave my house in a month.I have never been apart from
parents more than two weeks.But it feel shy to tell my mom 'you know la kan'


Recently,i keep remembering the moment I be in school.All my friend and
all my pals and dudes.My classmates.Ahhh!Memory keep give us painful
eventhough the memory is sweet like a lolipop.


Haha,actually now I'm trying to improve my english.Not trying hard
but it's just fine with listening to english song.Reading english novels.
Oh ya!The most interesting book. Chicken Soup for the Soul.
I bet you read the book.Sure,you will buy it again and again.


Hopefully,everything will goes well.So sudden,now we at the end of
May.Time flies too fast better say.A big whoa i felt impatient to continue
my study. 'tak sabar nak belajar' so grossy isn't?


Pretty well,i felt a lil bit eery plus i'm not so good in friend relationship or
being friendly.Hopefully,they won't say 'eh!itu budak sombong' or at least
i should just smile do i?


But,i just have less than one year from now to concentrate on my study-pure-science
So,i think it won't be hurt if i take 'unpaid leave' on my relax-happy-enjoyable life isn't it?
Hehehe,call me 'budak matrik' is not a crime isn't it?Really-really-in malay version
'tak sabar sungguh-sungguh'


All the time,i pray to Allah for this Matriculation.Thank you Allah for listening my petition.
Always believe Allah Maha Memakbulkan.And now I seek you Allah for give me courage 
inside and out.I seek you Allah for give me some confident and enthusiasm over there.
Tidak ada yang memberikan kejayaan melainkan Allah :)
InsyaAllah,,

I hereby sincerely 'mohon maaf' to all of you out there for all my wrongdoings
'sama ada secara sengaja atau tidak' . Especially to my pals 


Anis.Syira,Shida,"Belaja kat sekolah elok-elok.STPM is waiting to beat you."




Qila,Shima,Zyha "We feel the same feeling.Are we?Hehehe"




Poh ee "At last,i break my promise to treat you.Sorry and study well.I will call you
if i feel down.Boleh ke?

Huhh,realise life must go on.Time wrap tu mana wujud.No turning back or redo or undo.
One step forward as days pass by.Yet, i won't budge or regrat my action whether it 
good or bad.Come hell or high water Allah is enough for me.Sure do,and thanks a lot
to Hlovate for the inspiring.


Keep IMAN in our soul and heart.Nothing will done except under Allah's will.Everything
happen to us just a tiny shot and I have to be strong to become strongest do i?


Lastly,i decide to deactive my FB account for a while or maybe forever.Just for your
information so that you know how to contact me.Just give a call.Aku maksudkan khas
pada kawan-kawan sekolah :) 
Just for your information i repeated.  hehe
Kalau lost contact maknanya tak ada jodoh lagi kan? Kidding ...laa...




All the best fellas,One step forward to grab our dreams :D
May Allah Bless,
Oh ya,I always pray for my pals. 
InsyaAllah 

Tuesday, May 15, 2012

LBGT

Assalamualaikum wbt,


Fellas?
How are you?
Me?


Sangat baik.Alhamdulillah,masih ada untuk hirup Oxygen kat muka bumi ni.
Ask me my preparation?
Half done.


Enough of it,
LBGT stands for Lesbian,Biseksual,Gay and Transgander
Kalau ikut cerita zaman dahulu kala.Kisah umat Nabi Lut
yang mengamalkan such thing itu Allah turunkan bencana
dan membinasakan kaum Nabi Lut.Wallahualam,,


Tapi,kalau zaman sekarang Allah tak tunjuk terus sangat kan.
Mungkin ada yang perasan mungkin ada yang tidak.
Sebenarnya Malaysia ni macam dah ada perpecahan
antara umat Islam sendiri.Bukan macam dah ada tapi
memang dah terjadi.


Masa aku kerja for three days AEON member tu,
Rasanya adalah dalam sepuluh orang aku jumpa
yang wanita berpewatakan seperti lelaki.Rambut
pacak-pacak yang kalau sekali tengok tapi tak
sekala memang orang akan anggap She's
a men.What the heck?


tapi yang kelakar bila time masuk tandas.
'Lu masuk ladies jugak!' C'mom la....
Bila time balik kena spot check
'Lu di check sama blue wave perempuan' C'mom la...
tang tu sedar pulak yang diri tu perempuan.
Sedar pulak tangan mana yang halal dan haram nak sentuh
sama lu.


Hurm...malas betul nak fikir kenapa jadi macam tu.
Pasal mungkin ia salah satu cara untuk protect diri sendiri.
Atau mungkin ada hormon lelaki terlebih dos dalam badan.
Nauzubillah min zalik.


Doa la minta dijauhkan macam tu.
Aku pon tak ada la girly sangat.
Semua benda nak pink colour ke bulu-bulu-ayam ke.
C'mom la,nak elak untuk jadi girly tu bukan susah.
Tak payah la nak pakai macam lelaki kalau dah tahu
itu haram.


Atau perkataan haram tu lu define as nothing.


Lagi satu,
GAY!!!
Euww!Ini lagi aku tak tahulah nak describe macam mana.
Sorry bro,aku tak benci korang tapi kalau fikir-fikir balik
apa faedah korang jadi perempuan?
Halkum korang tu nak campak mana?
Korang ada rahim ke untuk pregnant?


Bro,muka dah perfect.Kulit lagi cantik dari aku tapi
tulah,mental tak betul.Kau suka sama lelaki yang sama
spesis sama jantina dengan kau apasal bro?Yang lelaki
'jenis tu' pun sama mental problem.Agaknya makin umur
meningkat makin banyak transmitter yang burned out kot.


Ish!Aku tak faham sungguh-sungguh la.
Surat khabar pun satu.Nak siarkan cerita
pasal dorang tu tak payahla berjela-jela.
Tak payah la sampai ke lubang cacing
semua nak keluar.


Kat kawasan perumahan aku ni pun ramai
'Mak Nyah' tengok bentuk pon dah boleh agak
dia lelaki.Dahlah pakaian seksi mengalahkan
pelakon Hindustan.


Anyway,Semoga dapat hidayah kembali.
Sebab kalau dah nama manusia memang
takkan terlepas dari buat dosa.


May Allah Bless :)



Monday, May 7, 2012

Let fate fares You better

Assalamualaikum,

to awak,

Hopefully this will help me.
Untuk lupakan awak.Sebab dalam masa
6 years awak dekat dan saya nampak awak
selalu.Dekat di mata dan dekat di hati.
tapi you never look at me.

It doesn't matter

Awak,untuk lupakan
seseorang macam awak
saya perlu jauhkan diri.
Jauhkan pandangan.
Jauhkan pendengaran
Jauhkan diri saya
dengan segala-gala yang berkaitan
dengan awak.

So,then
I will forget you
For the rest of my life.

But,I have one question for awak.
Kenapa bila kita berhadapan kita tak pernah bercakap?
Even sepatah?

Mungkin awak malu?Err..tak kot.
Mungkin awak tak suka saya.

No explaination,I assume you never like me.
But, it doesn't matter.

Awak,
ikhlas, I hope you happy dengan dia.
Awak tak pernah tahu perasaan saya
jadi biarlah ia kekal seperti itu.

May Allah Bless :)



Saturday, May 5, 2012

Assalamualaikum wbt,


Aku bosan jadi kerana itu aku meluangkan masa
di sini.


Air tak selalunya tenang,
kadang kala ia bergelora,
Ombak tak selalunya datang
kadang kala pantai itu bersepi,


Itu sa.ha.ja ingin aku coretkan.
Oh ya!Maybe next week i'll be busy for the J.CARD day.
Work for three days.To find something new.While,all the time
after SPM im just spending my long-long-day at home
without doing not-a-thing besides learning how-to-get-a-P
and learning how-to-become-a-good-wife-to-be.
Mom's lesson,,


22 days to go :)
May Allah Bless :D







Friday, May 4, 2012

Pilihan....ke hadapan

Assalamualaikum wbt,


So,I have been decide,


to go Kolej Matrikulasi Melaka.


Masa depan bukan perkara yang main-main.
Bila harus meletakkan sepenuh keyakinan
pada pilihan anda.Semua perkara ada


pros and cons


You have to get through despite it's hell or heaven.
Despite,thing never be easy like ABC.


Ibarat menarik rambut di dalam tepung.
Perlu berhati-hati,perlu pandai mengambil langkah
agar tepung tidak berselerakan.


Right?


Jadi,bila tiba waktunya semuanya akan dipermudahkan
dengan izin-NYA.Biar masa menentukan segalanya.
Follow the flow.


Hidup bukan terletak di tangan orang lain.
Hidup bukan hanya untuk mencari kejayaan.
Hidup bukan hanya untuk bercanda.


Hidup perlu kesabaran
Hidup perlu ketabahan
kerana hidup di dunia adalah ujian semata-mata.


"Live in this world is just transient shade"


Hehe,am I being too serious,
May Allah Bless :)

Friday, April 27, 2012

Some dance To Remember,Some dance to forget

Assalamualaikum wbt,

ehe,I recite lirik lagu Eagles,Hotel California.
Salah satu favourite song.

Baru macam sekarang tersedar yang "Eh!Aku dah habis sekolah menengah??"
Kenapa baru sekarang?Okey,let's kembali ke telaga masa.

2007
Form 1,masa ni memangla budak skema gilerr.Tak tahu apa-apa.
Macam kalau orang suruh masuk ini itu pun memang akan ikut.
Dahlah pendek,blurr.Thank god lah ada bestfriend dari sekolah
rendah.Kalau tak alamat jadi lembut dicucuk hidung or jadi
katak bawah tempurung.Macam culture shock pun ada.Tengok
ramai nya budak India ngan Cina.Masa tu yang ada dalam fikiran 
cuma "aku dapat kelas apa ni?"


2008
Form 2,zaman jahiliah.Tak tahulah sebab wayar dalam kepala
ni terputus satu atau neuron bawa informasi salah.Belajar tah
ke mana.Perangai mengalahkan anak monyet kat hutan.I have
to admit,masa tu sangatlah nakal sangatlah orang kata kalau
kena jemur kat padang tengah panas pun takkan dengar segala
arahan.Butt,aku ikut kawan.Aku ikut akal dan perasaan.Tudung
macam tak cukup kain.Stoking budak tadika.Skema memang 
hilang langsung cuma blurr tu tetap ada.Time tu,aku rasa kalau
basuh ngan clorox pun perangai belum tentu boleh ubah sebab
environment.Macam dah jadi norm gaya dan trend pada masa itu.


Err,,time ni start jatuh cinta dengan Science.Terus set dalam
fikiran 'I will go to pure science' sebab tragedi dissect mata 
lembu.




2009
Form 3,I think the best form masa high school.Tahun tu adalah tahun 
paling happy,tahun paling cemerlang,paling indah yang aku alami la...
Even ada big exam (pmr) still dapat enjoy enam bulan from Jan to
July.Kawad pergi kebangsaan.Result yang excellent.Everything yang
nikmat.Tapi tu la,tak tahulah mana datang azam kan.Skema tu datang
balik.Jadi budak baik but still break the rules.Classmate paling best dalam
hidup.I miss them,I miss the moment,dan sampai bila-bila pun takkan
pernah lupa muka-muka budak 3p1.Especially girls.


Ha.ha.ha. one thing to remember.Masuk bilik pengetua kena dua kali
rotan.Berbirat telapak tangan.Dahlah time tu all malay.Thanks to 
our Math teacher we call Datin.You give me courage how to score A in maths
until now.Since form 3,aku dapat macam-macam inspired.Jatuh cinta
dengan Sejarah sampai sekarang.Thanks to Cikgu Thana.Sebab dia
aku minat Sejarah until the A+.




2010
Form 4,honeymoon la sangat kan.Memang pun.Harus jadi orang nomad.
First class kat sekolah tapi tak ada class.Hahahaha...but best jugak tahun
tu.Ada macam-macam aktiviti aku join.Kira tak terikat sangat dengan 
belajar.Aura tanduk pun adalah keluar.Sampai dikatakan ada skandal
dengan cikgu praktikal.Sungguh la dorang buat lawak.Malu pun ada.Apa
kes la aku yang hati tak berjiwang ni dikatakan ada skandal.Sumpah
lawak la kawan!


But,ada satu kes aku rasa tahun tu aku nak jadi halimunan.Kesilapan
teknikal atau kesilapan sendiri.Yes,silap sendiri.Ahh!Tak nak ingat.
Nanti asyik nak gelak terguling.Masa kat kem.Masa exam.Kantoi.
Siap ada annoucment.Handset kena rampas.Hebat tak hebat.
Hahahaha


Form 4,ada crush tapi sekejap sangat.Sorry aku takkan citer kat sini.
Biar hilang ditelan waktu.Biar lupus sebab aku dah lupakan.Benda dah
berlaku dan aku tak menyesal pun.Hopefully them happy :))


Time ni pun giler bola.Aku layan je bola pagi-pagi buta.World cup.
Jerman go!Thomas Mueller.Mesut Ozil.Sebastian tak tahu eja.
Ich liebe Dich neverend.


2011
Form 5,
"Eh!Aku dah jadi senior."Tapi waktu tak terasa macam diri dah
cukup waktu nak jadi budak form 5.Seriously,time flies too fast.
Start awal tahun dah azam today,tomorrow until SPM day
i-will-study-hard. Tapi jejak je kaki kat sekolah semangat tu
hilang melayang.Angan-angan tahi ayam orang kata.
Macam tak cukup tanah berkejar sana sini.
Apatahlagi last-last minute masuk kawad.Time tu dah tulis
dalam personal diary tak nak masuk kawad.Janji dengan diri
sendiri tapi entah camne leh terlajak.Yang best dapat
jadi editor sinar.Seronok and learn something different.


Bukan best pon.Tertekan,tekanan semua ada waktu form 5.Exam
yang neverend.Penat exam,penat melayan perasaan penat segala 
benda.Masa mula-mula aku ada ambil tuition kat mana eh..aaaa
KRU.Tak ingat nama tempat tu.Sebulan je kot.Last-last tak larat
nak kejar tu nak kejar ni so berhenti.Tak menyesal.Tak membeban
my parents untuk duit tuition.Still get the credits.Thanks to Allah.


Benda yang nak dilupa,best friend crush.We still a friend until
now.Tak tersangka akan jadi macam tu.Tak pernah jangka.Terlalu
percaya.Terperangkap dengan mainan emosi.Something happen sampai
tak sedar yang sebenarnya salah semua orang sebab tak reti nak kawal
emosi kan.Biasalah tu...live without supposition mana best.


Ain't that truth?


Tapi,form 5 aku belajar banyak.Belajar yang bukan saja tentang
mathematics,sejarah,bi,bm,bio,kimia,add math,fizik atau EA,
belajar tentang kehidupan.Pengalaman itu mampu merubah kehidupan.
Sebuah kehidupan yang anda adalah actor/actress main role.Yang skrip
dan jalan cerita sudah ditentukan sejak azali.


Yes,reality always bites.But reality bring you up to the upper.Kesakitan biar
sedikit namun kesembuhan itu pasti akan datang perlahan-lahan.
Biar gagal di sini jangan gagal di sana.I mean sana->akhirat.
Aku belajar tentang itu.Ohh my,,damn serius la pulak.


Bila habis je trial SPM,rasanya setiap hari duduk ps port.
Menghadap buku.Sebelum-sebelum tu tak ada amek kisah
sangat.Mula lah buat nota-nota ringkat.Drawing and sketch
jantung dan mitosis meiosis for BIO.entah apa-apa la.
aku-jadi-cikgu-math. haha. serius funny.Dan aku rindu
kat moment tu.


Then,habis sudah form 5.Tinggal baju sekolah,tinggal STAJ.
Tinggal everything yang bertapak di hati.Memang nak tak nak 
kena juga cakap
I Love You STAJ forever :)


________________________+++___________________________






So,what you give you get back.
Memang semua orang akan ingat kenangan.
Memory yang manis.Yang pahit pun mesti ingat punya.
Sekarang ni masa depan.Yang tak boleh diduga.
Alhamdulillah.
Syukur nikmat yang bermacam.






Anis,Ain,Atul,Shima,Shira,Shida,Qila,Zyha, and others thanks for every moments
dari form 1 sampai form 5 especially Anis,Ain and Shima.Since sekolah
rendah.Nangis dan ketawa sama-sama.Korang pernah tengok aku nangis 
kan.Lepas ni aku janji,takkan nangis depan korang lagi except kalau
tak dapat sembunyikan diri.Hehehe,


May Allah Bless,



Wednesday, April 25, 2012

syukur,terima,konfius...

Assalamualaikum,


Syukur to Allah.Subhanallah.Maha suci Allah.


Kadang-kadang kita rasa dan rasa tu tak betul kan?
Kadang-kadang kita mengagak dan agakkan tu betul kan?
Kadang-kadang orang lain merasa untuk kita dan dia betul kan?


Itu lah yang terjadi pada aku,hehe  ;)


Tahniah,Anda ditawarkan ke Program Matrikulasi Satu Tahun.
MOO1 SAINS
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA


so,welcome to KMM.


ada harapan,ada impian,ada usaha dan ada doa.
Allah dah makbulkan my doa setiap kali sujud terakhir.
Thank Allah I found you.


Before realise,i got another one thing to think.


KMKN.
Tahniah permohonan anda diterima
Foundation Science and Technology E02 (Science)
Kolej Mara Kuala Nerang,UniKL.
Satu tahun dua bulan.


Then,boleh sambung degree terus di UniKL Mestech
HANYA dalam


Ijazaha Teknologi Sains Perubatan
dan
Ijazah Teknologi Bio Kimia


I can get pinjaman MARA under Skim Pinjaman Terbuka.


Macam ada dua persimpangan untuk tuju satu tempat yang
tak tahu mana yang betul.Confusing.....thats what we call.




Satu hari,my sisterhood tanya,nama dia Teha


Apa cita-cita kau?
Aku jawab......


Aku nak kerja dekat hospital
Aku nak kerja dengan kerajaan


Boleh ke?Tapi itu memang cita-cita yang dah tertanam selain
cita-cita besar nak jadi doktor tapi doktor tu jauh sangat.
Bila dapat result SPM yang ABC tu harapan nak dapat
pangkal DR tu macam satu kapal terbang yang dah
patah sayang lalu terhempas ke dalam lautan.
Tapi orang cakap macam ni


When you're 17 you're failure
When you're 20 you're the king.


Ain't that truth?


UNIKL?
MATRIKULASI?


Anyone?Yang dapat membantu.
Let's return to Allah.
Istikharah


I ask for no more,I ask for bright future.That can make me to
attain Jannah.


May Allah Bless :))

Tuesday, April 24, 2012

Assalamualaikum,


tangan gatal nak menaip.


entry pendek sangat.Yes!


Berdebat-debar.Lup dup lup dup.Menanti esok.


Okey,we continue tomorrow.


Till then,
May Allah Bless :)

Saturday, April 21, 2012

'Orang itu'

Assalamualaikum wbt,


Heyya,how was it?Sekolah?Kerja?Hari anda?

Jangan jadi seperti aku.Duduk goyang kaki di rumah tanpa ada
income yang masuk.Sedih!But nak buat macam mana hari mendatang
lebih memerlukan pemerhatian.Hari mendatang akan terus mengasak
fikiran.So,aku takkan boleh dapat tumpukan perhatian pada kerja if
aku kerja.


Salah ke untuk berseorangan?Atau salahkan menolak
perlawaan orang untuk berkawan lebih-lebih lagi lelaki?
Bagi aku tak salah langsung.Mungkin untuk jenis seperti aku
dalam kamus hidup aku 'kawan lelaki' itu tak masuk term.
Tak masuk dalam senarai keperluan hidup aku.
Tak perlu.
Tak patut.


Orang kata 'Baik cari sekarang nanti terlambat jadi anak dara tak laku'
Heh,,itu kata orang.Bagi aku,sentiasa percaya yang masa untuk 'orang
itu'datang dan ketuk hati aku akan tiba nanti.Bila masanya aku dah bersedia.
Sebab rasanya lambat lagi.Masanya masih panjang.Masih belum ada arah
tuju.Untuk itu,aku menokhtahkan dan set dalam minda yang


'Orang itu akan hadir jua satu hari nanti apabila aku dah bersedia'
Tak tahu bila
Entah bagaiman rupa
Atau mungkin dia dah tak ada kat dunia ni.


Sentiasa percaya jodoh itu bukan milik kita.Jodoh itu milik Allah.
Jodoh itu rahsia Allah.


Dan untuk itu,bila ada yang cuba untuk ketuk pintu dengan ayat
'Hai'
'hello'


Aku diam.Tutup talian.Log out.Thanks but no thanks.


Mungkin sebab juga terlalu banyak baca novel.Terlalu
banyak mendapat input watak-watak lelaki novel
yang selalunya terlalu charming.Atau kind of terlalu
sempurna.Sebab percaya juga memang wujud
lelaki-lelaki seperti itu.


So mindset


'I have to be good for my own good'


Sebab


"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Wanita yang jahat
adalah untuk lelaki yang jahat."


Untuk itu,for my future sake what the heck I have to waste my time to get along
with people who are outsider.


I'm not beautiful,really.Tak cantik.Bila rasa itu ada dengan rendah diri
aku akan banding dengan orang lain.Sebelum tersedar


'Tak ada manusia sempurna'


or


'Oh!Lupa yang cantik itu bukan pada wajah'


Dan untuk itu,percaya yang akan tiba juga waktu di mana
ada 'orang itu' yang suka pada aku bukan based on
face or kecantikan luaran tetapi sebab siapa diri aku.
Tak kira bagaimana
bentuk diri aku?
Pembawakan diri aku?
Background family?


Sebab itu aku bukan jenis yang
'You got me at hello,now you're my friend.Keep in touch.'
Oh,please!Bukan mudah seperti itu.Tak mahu di anggap cheap.
Terlalu friendly.Not suit me.


Sangat susah nak biasakan diri dengan outsider.Itu aku.
Betul,tak mudah lakukan untuk bercakap walau sepatah
ayat walau dengan cousin sendiri.


Malu tu sebahagian daripada Iman.
One reason
Malas untuk ada sesi bualan yang bosan kot.
Second reason
Lelaki tak macam perempuan,err of cos la..
Third reason
Orang luar yang tak ada iktiraf dalam hati
Forth reason
Tak ada abang
Last reason


Very last reason,hindari dosa.


But macam Faeez and Fitri atau Nasraff.
Dorang tu macam sahabat.Tak boleh
letak kategori kawan lelaki.
Sebab saling nasihat kot.
Sebab dari sekolah rendah dah kenal.
Sebab still rapat atau contact walau setahun dah berlalu.


Dan itu aku tak anggap outsider.Sebab dah di iktiraf dalam
hati.Oh ya!Sekarang pun jarang contact.Masing-masing
dah besar.


Mungkin ada yang cakap aku kolot ke,aku jenis
tak up to date tapi itulah senang cerita aku tidak mahu
dianggap cheaper.murah.mudah.easy going.


Sebab ada mata yang memandang.Yang sentiasa memerhati
diri aku.Memerhati perbuatan aku.Yang tahu isi hati aku.
Yang tahu fikiran aku.Yang faham diri aku melebihi diri aku
sendiri.Aku tak mahu menambah dosa yang sedia banyak.
Wallahualam.


Fikir,fikir dan fikir.Sebab arah tuju kita satu sahaja sepatutnya.

AKHIRAT

till then,May Allah Bless.
p/s:Hati mendung macam mendung awan di langit.