Tuesday, February 25, 2014

Bila Aku Stress



credit:Che google

Assalamualaikum Dengan nama Allah,segala puji bagi Allah 

Even system boleh jammed sebab dorang stess
banyak sangat lalu lintas program dan network.Inikan pula
namanya manusia yang banyak lalu lintas
aktiviti harian.

As day pass by,dengan kedatangan semester dua
dan perpindahan ke Jasin Melaka aku kena mengaku
yang hidup aku sedang dalam pembikinan drama
'Aku stress'

Barangkali jadual susun atur yang
aku rancang masih tak sempurna.
Yet,non ada yang yang perfect.
Kecuali dengan izin DIA.

______________________________

Bila aku stress

1st thing

Aku kumpul semua masalah yang ada dalam fikiran
And I let it burst
Cry and cry and cry
sampai mata dengan hidung betul-betul cukup merah.
Seriously,if someone who never know me
dorang takkan percaya yang aku ni hatinya
ibarat senipis kulit bawang.
sebab kat luar aku ni muka sombong sikit.
kira bajet cool giler tapi sebenarnya...hampeh!!

Lepas menangis like there's no more tomorrow
Aku akan buat-buat tidur untuk cuba menidakkan
segala masalah sampai aku betul-betul tertidur.
Tak pun aku akan penuhi fikiran aku dengan agenda
lain seperti membaca buku yang complicated.
Kira okey la aku tak main campak-campak barang
macam dalam drama tu.

Cuma,bila aku stress tolong jangan berhampiran
dengan aku sebab muka aku macam zombi pun
ada.Sampai parents aku pun tak tahu nak kata 
apa.Yang kena tempias of cos la hadek beradik
aku.Hahaha...

And then,there's a relief.Sangat lega sampai aku dah 
boleh berpijak di bumi yang nyata semula.Aku akan
dapat semula fikiran dan logik akal yang lebih rasional
untuk aku selesaikan masalah itu.

Plus,dalam setiap sujud terakhir lima waktu tu aku
akan mengadu habis-habisan pada Allah apa yang
ada dalam hati aku.Aku mohon petunjuk diberi jalan
penyelesaian.

At least,ada satu perasaan yang namanya
"Ketenangan"

Tenang untuk fikir yang kita akan dapat jalan penyelesaian
tak kira apa masalah yang datang.
Yakin dengan segala petunjuk Allah dan
cakap kat diri sendiri

"Allah sedang memberi penilaian pada aku"

Sama ada awak makin dekat dengan dia
Atau awak makin jauh dari dia

Abu Hurairah narrates that the Prophet, peace be upon him, said: “When Allah wants to be good to someone, He tries him with some hardship.”

___________________________

Secondly,
Cari punca masalah yang meragut pergi
kedamaian harian.
fix it and repair your emotion.

Percayalah ketika stress itu datang
Emosi yang tergugat boleh meragut
nyawa.


Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.




Jika kita terlalu memendam segala masalah dan bebanan
Apatahlagi dengan pembawakan emosi yang tidak
positif akan datang bisikan yang sangat jahat dari
si dengki yang bernama 'iblis' itu dalam hati kita
dan ia akan merosakkan akal fikiran yang waras.

Jadi,sebagai seseorang yang pernah dilanda
tekanan perasaan yang sungguh-sungguh
aku ambil pendekatan berkongsi dengan
seseorang yang aku percaya dan yakin 
pada dia.

"sebab itu hidup jangan rasa nak sorang-sorang sangat"

______________________________

3rd
Ask and find the best solution

Selalunya solution itu tak bertetapan dengan
kehendak hati.
It can be the best and it can be the worst
Kita akan terpaksa korbankan sesuatu
sama ada
harta
perasaan
dan mungkin terpaksa bebankan orang lain.

Macam sehelai kertas koyak
Kemudian kita tampal balik dengan gam atau 'solar taip'
Kertas tu takkan nampak sama macam yang asal.Tetap
ada kesan koyak di situ.

Luka di jari nampak jelas di mata
Luka di hati nampak jelas di mana?
eh

Same goes to us,
Even the problem can be solve
It doesn't mean everything will look same.
Tak semua akan kembali ke tempatnya yang asal
sebab hakikat kehidupan itu tiadalah yang kekal
kecuali ALLAH S.W.T

So As believer,
apa pun penyelesaiannya 
itulah yang terbaik untuk hidup kita

"Dan hikmah itu selalu ada untuk diri kita"

Sebab Allah sayang,Allah uji.
Sebab Allah masih sayang,Allah nak kita supaya tidak lalai.
Sebab Allah masih bagi perhatian
kita patut bersyukur tak kira apa jua ketetapannya.

credit:che google

La Tahzan,innallaha ma'ana


____________________________

Lastly 
When the problem settle
say "Alhamdulillah"
Sujud syukur 


Allah berfirman:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” [2:286]



Itu bila aku stress
Take note 'aku' ;)

___________________________

Aku update post ni sebab printer yang aku baru
beli semalam tak boleh guna.Sama ada tak pandai
install ink dia atau memang printer tu rosak.

dan yang lagi sadis
resit beli printer dah hilang entah ke mana.
Two in one,senyum sokmo yo.

May Allah Bless :))