Thursday, February 20, 2014

Bahagia bila?

Assalamualaikum...

Bahagia itu bukan apa yang dilihat orang
Bahagia itu apa yang kita rasa

Oh..chessy kan tapi itulah yang sebetulnya.Bahagia
itu sebenarnya subjektif.Boleh ke kita spesifikasikan
bahagia itu macam ni?

Bahagia itu hanya bila dapat kahwin dengan orang yang dicintai
Bahagia itu hanya bila result SPM gempak terus dapat biasiswa petronas
Bahagia itu hanya bila dapat kereta Suzuki Swift yang dah diidam sejak umur lima tahun
Bahagia itu hanya bila tahu Malaysia sudah turun salji
eh...


Bahagia itu subjektif untuk yang memahami.
Ada masa-masa tertentu yang kita tak akan cakap pada
orang yang 'Aku sedang bahagia' sebab ia terjadi
tanpa kita sedar.

Tiba-tiba ada rasa senang yang menular
dalam hati walaupun detik itu bukan detik bersejarah pun
Cuma dengan
melihat adik kita tolong jemur baju

atau

tiba-tiba ibu dan ayah kita ketawa kecil

atau

kita sedang berborak dengan adik beradik kita pasal Vegeta bakal jadi Super Saiyan.

hahaha ;)

itu bahagia dunialah

________________________________

Andai kata bahagia itu tidak lagi ada
Adilkah untuk kita merungut?
Perlukah kita membentak?

Sebab dunia ini bukan tempat untuk bahagia selalu.
Ada masa-masanya bahagia itu akan dirasa.
Macam tiba-tiba rasa nak makan Kenny Rogers
Hari-hari ke rasa nak makan tu ada?

Jadi,untuk bahagia selalu adalah dengan berbicara bahasa
bisu pada Allah yang sangat baik itu.

The ultimate happiness is when you can be together with the one you love in Jannah.

Kebahagian yang berkekalan adalah hanya di syurga.
Bukan bermaksud di dunia tak boleh bahagia tapi pembawakan rasa
bahagia itu bagaimana?

Andai kita lupa pada Si Pencipta Bahagia?
Dapatkah kita rasa ikhlasnya rasa bahagia itu?
Atau sekadar mengada-adakannya?

Rasa bahagia itu tidak boleh dibeli dengan 
harta yang bertimbun
Emas yang berdulang
Kasut prada yang bersusun
atau
apabila Malaysia masuk piala dunia

Bahagia benar ada di mana-mana
tapi bukan untuk yang tidak tahu
hargainya.Bukan juga bermaksud dunia ini
tiada tempat untuk bahagia tapi biarlah
bahagia itu berpada-pada.

Dalam mencari erti kehidupan di penghujung zaman
Ramai yang terkorban kerana mahu menunjuk diri bahagia
Cukuplah sekadar kita tahu dan rasa sendiri
Tidak perlu terlalu melebih dalam menunjuk rasa
kerana pembawakan perasaan dalam kehidupan
bukanlah agenda utama.

____________________________________

Aku melihat rumah kecil di hujung jalan
Terpaku pada tanah lembik merah
Isi rumahnya penuh warna-warni cinta
Suara merdu emak mengaji di suatu sudut rumah
Anak kecil girang menyambut kepulangan heronya
Yang pulang membawa berkat dari surau 
yang hampir roboh dindingnya
Di sebalik semua itu rumah kecil itu tak pernah
bergelap
Tetap dengan warna warni cintaNya

Aku kembali meneliti rumah besar di tepi jalan
Terpaku akan gahnya tembok yang mengelilingi
Isi rumahnya penuh dengan aneka jenama
Alunan Beethoven memecah kesunyian
Tiada anak kecil yang tersenyum girang
Tiada emak yang sibuk mengurus rumah
Tiada ayah kelam kabut menyusun langkah
mahu ke masjid berkilau bak permata
Tiada warna-warni cintaNya
Dan rumah itu masih bergelap ketika sang suria
sudah menyimbah cahayanya

Bahagia itu apa yang kita rasa
Bahagia itu bukan apa yang dilihat

May Allah Bless :D