Wednesday, August 21, 2013

Jendela hati 2#

Assalamualaikum,



credit (google)


Al Ra'du 13:11
".......Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...."

Al-Quran berkulit biru pekat itu ditutup.Hela nafas makin terasa berat.Berat pada hati dan dada.Rasa libang -libu dengan perkara silam.Benar masih menghantui hingga kini.Mungkin ini namanya kifarah?Atau mungkin ini namanya kesan sampingan?

"Naqi pernah dengar cerita pasal Maryam?"Ibu membelai rambut lebat Naqi si gadis hitam manis.

Naqi geleng kepala sambil peluk Pooh kesayangan.Naqi anak kecil yang buta warna.Hitam dan putih menjadi warna perjalanan hidup selama 8 tahun di dunia.

"Maryam wanita yang sangat memelihara maruah dirinya.Ditakdirkan Allah memberinya seorang anak kecil sedangkan dia tidak berkahwin bahkan bukan pula seorang penzina."Ibu mula bercerita seperti waktu kelmarin-kelmarin saat Naqi mahu tidur.

"Ibu,Maryam tu Allah kasi dia mengandung ke?"

"Haah."

"Siapa nama anak dia,ibu?"

"Nabi Isa."

Naqi mendongak mencari seraut wajah ibu yang nampak samar-samar hitam putih. "Oh!Nabi Isa,Naqi dah tahu.Ustazah Arini dah cerita dulu pasal Nabi Isa.Ustazah cakap Nabi Isa boleh bercakap masa bayi."

"Betul sayang,Naqi anak ibu yang bijak.Naqi tahu apa kesusahan yang dihadapi oleh Maryam sebelum melahirkan Nabi Isa?"Soal Ibu pula.

Naqi menggeleng.Matanya sudah terasa berat.

"Kesakitan sewaktu mahu melahirkan Nabi Isa sehingga dia berharap untuk mati dan dilupakan namun Allah sangat pengasih dan penyayang.Allah meminta Maryam agar jangan bersedih kerana Allah mahu menjadikan anak itu sebagai satu tanda bukti kekuasaan Allah dan sebagai satu rahmat."

"Lepas tu?"Naqi dah menguap.

"Lalu apabila pulang sambil menggendong Isa,Maryam dicaci dan dihina."Suara ibu berubah sayu.

"Kesian Maryam kan ibu.Nanti Naqi bagi dia pinjam Pooh Naqi.Mesti dia tak sedih lagi kan ibu."Ibu sudah tersenyum mendengar celoteh Naqi.

"Iye kesiam Maryam tapi Allah bagi dia kudrat.Allah bagi pinjam kekuatan Dia.Macam Allah kuatkan Naqi.Walau Naqi buta warna sekalipun Allah tetap bagi Naqi peluang untuk lihat dunia walau tanpa warna."Ibu mengorak langkah apabila melihat mata Naqi sudah kuyu.

"Maknanya Allah sayang Naqi kan ibu?"Suara Naqi sudah layu.

Ibu mengucup pipi Naqi. "Iye sayang.Allah sentiasa akan sayangkan Naqi."

Bunyi mercun bola menyapu bersih lamunannya.Juring mata yang sudah berair dikesat lembut.Hari ni sudah 25 ramadan.Sudah 25 hari ibu meninggalkan dia di dunia ini.

"Allah masih sayangkan Naqi lagi ke ibu?"Soal hatinya tatkala ini.Tatkala terimbau saat dia menjejakkan kaki ke hospital.Saat dia melakukan pembedahan kornea mata sepuluh tahun lalu.Saat dia sudah mengenal warna-warni dunia.Saat dia juga berubah mengikut warna warni dunia.

"Hidup satu perjalanan waktu,
Waktu tu anggap la makhluk Allah juga,
Tak akan ke belakang,
Hanyut terus ke depan dan siapa lambat bukan setakat tinggal
malah rugi berpanjangan"

Dia jadi teringat kata-kata Dahlia.Kata yang dibuat tak endah satu waktu dulu.Betullah,sesal kemudian tidak berguna.Airmata gugur lagi.

bersambung... :)

prayforegypt#prayforgaza#prayforafghanistan#prayforummah