Salam Alaik,
Okey,let's start with Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah,saya still boleh menghirup udara Klang yang tak berapa
nak bagus.Saya sekarang lebih suka cuaca di Masjid Tanah,Londang
or you can call Londan Malaysia.Kadang-kala ia buat saya berfikir
bumi Allah ni luas tapi first time balik Klang pun jumpa orang yang
sama.
Teringat
'Dalam hidup ni mana ada kebetulan.Semuanya takdir'
Yes.Takdir.Takdir untuk saya berada di KMM.Untuk saya jumpa
orang-orang tertentu.Semuanya kerana takdir yang telah tertulis.
Itu salah satu yang saya belajar di KMM.Banyak lagi sebenarnya
dan mungkin akan banyak lagi bila saya kembali ke sana hujung
minggu hadapan.InsyaAllah.
Syukur,
untuk merasai nikmat hidup berdikari meski kadang-kala meleleh airmata
kerana tekanan yang menjerut hati.Saya manusia biasa.Sama macam awak
awak semua.Bumi ni berputar seiring putaran masa.Macam tu juga manusia.
macam saya.
Why?
Sebab selama ni saya fikir I'm strong enough untuk berhadapan dengan realiti.
Kehidupan saya mula masuk fasa baru.Kalau dulu saya ada ibu dan ayah yang
melindungi dan menjaga saya.Kat sana,I depends a lot on Allah.Segala-gala
bermula dari DIA yang Maha Esa dan berakhir DIA yang Maha Berkuasa.
Ada seorang sahabat tegur saya,
'Ana ni cara cakap kadang-kala kasar.'
Saya sedikit tersentak tapi itulah harapan saya setiap kali berkawan dengan seseorang
Saya perlu sahabat yang boleh tegur saya luar dan dalam.Buruk dan baik.
Allah dah perkenan lagi niat dalam hati.Alhamdulillah.Terima kasih :)
I have to learn to become more polite.Lebih berjiwa wanita.Lebih berhati penyayang.
Senang cerita lifestyle muslimah sejati.Indah bukan menjadi seperti itu.
'Wanita solehah untuk lelaki yang soleh' Saya mahu itu.
Tapi cerminan hati saya masih melantun ke arah yang salah.Masih berdaki masih
hitam dan berkarat.Masih ada sisa-sisa karat jahiliah.Tapi saya tahu juga,Allah
takkan menguji hambaNya kalau dia tak sayang.
Saya mahu kasih sayang Allah.Saya mahu Allah sentiasa melindungi saya.
Jadi,kerana itu saya tahu,kalau saya hilang segala-galanya ianya adalah
atas kehendak Allah dan DIA akan sentiasa di sisi hambaNya.
InsyaAllah,sama-sama kita berubah.
Letakkan dunia hanya dalam genggaman.
Letakkan akhirat dalam hati.
InsyaAllah,syurga menanti.
May Allah Bless :)