Tuesday, March 13, 2012

Ikhtibar dan teladan

Assalamualaikum,

Benar tiada apa yang harus kita rungutkan selain terima
ketentuan Allah SWT.Setiap apa yang berlaku adalah
ketentuan yang pasti.Tidak boleh ditolak ke tepi.Al-fatihah
untuk adik Nurul Nadirah Abdullah,5 yang dibunuh dan
dibakar.Sunggu kejam manusia itu.Tidak punya rasa perikemanusiaan.
Apa dosa anak kecil itu sehingga dibakar.Memang manusia itu sudah
hilang kewarasannya.

Berbalik pada kisah kehilangan itu.Bukankah kita patut
mengambil ikhtibar.Tuhan ingin tunjuk sesuatu.Sesuatu yang
selama ini melalaikan kita.Hiburan,kelekaan dalam kehidupan.
Memang benar jika boleh disalahkan adalah ibunya tetapi berbalik
pada takdir.Ini semua ketentuan yang tidak ada seorang pun boleh tolak.

Semoga roh adik Dirang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan
orang-orang yang beriman.Syurga pasti tempatnya untuk arwah Dirang.
Begitu pun bukan sahaja ibu bapa harus peka tetapi masyarakat sekeliling
sepatutnya harus selalu ambil tahu.Kenal jiran sekeliling.Ambil peduli hal
sekeliling.Bila dah terjadi kejadian seperti ini barulah nak menuding jari
menyalahkan pihak ibu bapa.Bukankah kita ada adab berjiran dalam Islam.
Adab juga dengan sesama bukan Islam.Kalau masyarakat peka dan bertanggungjawab
mungkin kejadian seperti ini dapat dikurangkan.

Apapun,semuanya sudah ketentuan.Ujian dan dugaan Allah turunkan pada hamba
yang DIA sayang.I felt emotional.Rasa sebak dan terbayang kesakitan adik Dirang.
Tiada apa yang lebih mengetahui tentang sesuatu melainkan DIA.

May Allah Bless :)