Sunday, January 15, 2012

Aku Punya Hati

Assalamualaikum,
ingin di sini saya mencurahkan rasa dan kata-kata apa yang terpendam dalam
hati dan juga fikiran bila kebosanan di isi dengan membaca surat khabar hampir
setiap hari dengan isi yang sama iaitu agenda politik.

Undang-undang yang lapuk?
Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang.Allah telah menitipkan bala kepada umat Nabi Luth.Apakah tidak lagi disedari bahawa 
Islam sama sekali mengharamkan hubungan sejenis.Sama ada gay or lesbian atau sewaktu dengannya.
Bukankah di situ telah jelas perkataan haram.Mengapa perlu mempertikaikan undang-undang lapuk?
Adakah kerana pihak itu sangat mendokong cita-citanya menjadi Perdana Menteri?Apa yang ada
pada kuasa Perdana Menteri ?Sama sekali tidak akan melebihi kuasa Allah SWT.Mengapa terlalu tekad 
sedangkan semua perkara yang berlaku bukan di atas tangan kita mahupun tangan orang lain.Bukankah
akal ini anugerah Tuhan pada manusia agar berfikir dengan waras dan mengikut hukum Allah hukum
Islam.Anda yang di luar sana mungkin akan terfikir dunia ini sudah maju.Perlu ada perubahan perlu
ada kemajuan ekonomi politik mahupun agama.Tetapi,apa yang takkan berubah adalah kandungan Al-Quran
dan Hadis.Apa yang haram tetap haram biarpun dunia ini sudah tiada lagi akhirnya.

Sangat sedih hati ini melihat seseorang yang disanjung ramai seperti menyokong apa yang haram.
Benar manusia kadang-kala terlalu tamak.Mungkin bukan aku atau sesiapa untuk mengadili sesiapa.
Tidak ada hak untuk seseorang itu mengadili orang lain melainkan Allah.Tunggu saja di Makhamah Allah.
Semuanya pasti adil dan saksama.Bukan seperti Makhamah dunia yang penuh hipokritnya.Sebagai seorang
Islam yang bukan hanya pada IC saya berdoa agar terus ditunjukkan jalan yang lurus oleh-NYA.
Rasa takut dengan keadaan Malaysia sekarang tetapi lebih takut jika tidak mendapat keredhaan Allah.
Orang Melayu perlu tahu asal usul mereka.Orang Melayu dan Islam perlu ingat di mana akhirnya mereka.
Bukan di Malaysia atau di sudut hujung dunia tetapi di padang mahsyar iaitu akhirat kelak.Seperti kes Mahasiswa
yang menurunkan bendera pemimpin.Di manakah letakkan nilai akhlak dirinya?Bukankah Islam mengajar
kita adab-adab dengan pemimpin.Begitukah caranya pendidik generasi akan datang?Walau sebenci mana kita
dengan manusia itu kita tidak berhak bertindak melebihi batasan sebagai seorang manusia.Perlu ada akhlak
perlu ada adabnya.Perlu ikut prosedur.Perlu ikut peraturan dan undang-undang.Tidak mengerti mengapa
fikiran mereka terlalu liberal sehingga mengenepikan hukum hakam agama.

Bukankah Malaysia sudah aman?Apa yang perlu dibuktikan lagi?Apa yang rakyat Malaysia mahukan lagi?
Air free?Tunggulah hari hujan.Makanan free?Tunggulah rezeki dari Tuhan.Memang benar cara pemikiran
manusia itu berlainan.Apa yang sama ianya perlu berlandaskan hukum syarak,Sejauh mana kita melangkah
pasti kita akan menoleh ke belakang semula untuk mengambil ikhtibar peristiwa dan segala kisah serta sejarah
yang pernah berlaku.Dan saat kaki ini sudah tidak mampu melangkah ke hadapan kita akan berpaling ke belakang
mencari di mana silapnya lagi.Saat itu aku tahu ramai orang Islam yang akan menadah tangan memohon
pertolongan dari Allah S.W.T .  Sehingga saat ini aku masih tidak mengerti mengapa perlu adanya pemikiran
terlalu liberal?Apa yang haram tetap haram.Dan apabila dikata HARAM maksudnya dilarang sama sekali.
Adakah begitu susah untuk difaham?

Nota jari:

Aku manusia biasa.Yang punya hati dan suara.Malaysia negara demokrasi.Aku berhak bersuara seperti mana
(mereka) yang terlalu lancang berkata.Aku cinta Malaysia.Aku sayang bangsa dan agama.Aku tidak buta seperti
mereka.Aku tidak buta SEJARAH MALAYSIA.Aku tidak buta AGAMA ISLAM.Selagi jantung ini masih berdegup
selagi nafas ini masih berdenyut aku sokong perjuangan mereka yang berjuang demi Bangsa Melayu dan  Agama Islam.InsyaAllah selagi dia mengizinkan.           

May Allah Bless :)
Ana Thira.

Blog antara ruangan untuk aku meluahkan pendapat dan tentang kehidupan.Aku bukanlah seberani
sesiapa tetapi tika masanya aku perlu tunjukkan keberanian dalam bersuara.Ada sesuatu pada
kehidupan yang aku mahu kongsikan bersama anda semua di luar sana.Aku suka memerhati dalam
diam dan andai tiba masa untuk aku melontar kata itulah saatnya keberanian itu menghampiri jiwa
mudaku.