Salam alaik,
Allahu Allah
Saat terasa berdetik tanpa henti
Peluh merintik di dahi
Hati bagai berbolak balik
Namun harus diteruskan jua
Perjuangan ini
Esok,saya dah nak balik KMM
Dah nak sambung balik baki
semester yang tinggal
Pegang kembali amanah Allah,Rasul,
Ibu bapa.
Hati menafikan kata
Lantas akal mencantas hati
Hati berdegil dengan katanya
Namun akal yang waras membatasi segalanya
Verily,after each difficult there is relief
Surah Al-Insyirah : 5
Allah,hati ini memohon agar diberi
kekuatan,kesabaran dan ketabahan
Allah,hati ini mohon diberi kesempatan
untuk terus perjuang meski di pelosok tersorok
Allah,hati ini mohon dilindungi daripada
zina,maksiat,penyakit hati penyakit mazmumah
Allah,hati ini mohon ditiupkan rasa cinta yang mendalam padaMu
agar tidak mati oleh dunia yang palsu.
Allah,hati ini mohon dilindungi daripada cinta dunia yang palsu
agar kelak tidak menyalahkan takdirMu.
Allah Moga tali hubung antara hamba dengan diriMU akan
lebih teguh dan kukuh,hamba malu mahu meminta namun hamba
mohon limpahilah kasih dan sayang Mu buat Hamba yang penuh
khilaf ini.
Ya Rabb,
jangan biarkan rasa kecewa dalam hati ini terjebak
Kelak dia takut tak sempat mengatakan bahawa
Benar dunia ini hanya naungan sementara.
Moga ada Redha Allah untuk kita semua
Sama-sama kita berubah :)