Sunday, February 3, 2013

Let start form the bottom






Assalamualaikum w.b.t :)
Before that, post agak panjang lebar tapi tak berjeler ^^

I keep thinking that i should  upgrade my planning skills but tagline biasa
"Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan"

"Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam"   
                                                          (1:2)

Syukurlah dapat cuti dua belas hari.InshaAllah nikmat Allah bagi.
Oleh yang demikian (skema) ingin saya di sini berkongsi dan
ber 'sharing' untuk tambah saham saya kamu dan mereka-mereka
untuk ke 'sana'.

Okey,straight to the point sahabat,
Mari kita renung balik rukun Islam kedua I repeat
rukun ISLAM KE 2.

Yakni solat lima waktu sehari semalam.
Ada rasa nak blah dari blog ni?Janganlah ye
sahabat.Allah pilih kamu-kamu untuk baca
saya punya post.

SOLAT
Subuh
Zuhur
Asar 
Maghrib
Ishak

Frankly speaking,okey saya suka bahasa rojak.Sebab kat
matrik bahasa memang rojak.Jom renung balik diri sendiri
sudahkah kamu tunaikan kewajipan rukun Islam kedua itu
sehingga saat ini?Pernahkah kamu terfikir akan betapa solat
itu penting dalam membina individual muslim kepada 
baitul muslim,masyarakat muslim

mengubah undang-undang, 

menegakkan negara Islam, membentuk empayar Islam 

dan seterusnya membentuk  ustanziatul alam

tapi.....


Kalau dah nama solat itu tiang agama maka 


kamu mahu kukuhkan ia dengan apa?

Ada rumah yang tak ada tiang?

Sila cakap nanti saya bagi seposen. heh.

Dan perkara pertama yang akan dihisab di


hadapan Allah kelak ya sahabat adalah

solat.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."

( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )



Maka dengan itu,tidak takutkah kamu akan sabda baginda?Mampukah kamu menafikannya
bahawa sesungguhnya solat itu sangat dan terlalu penting.
It's like you play domino's game.Once the block falls the rest will falls too.


Solat > Aurat > Ikhtilat > akhlak > individual muslim

Randomly arrange but solat must be the first right.
Once solat falls and how can you take care the rest.It's like a chain.Some goes in
our body organization.


cell > tissue > organ > system > organism

Pembentukan yang pertama itu penting untuk pembentukan seterusnya.
Macam mana nak wujud tissue kalau cell tadi tak ada.Cantuman banyak 
cell akan mewujudkan tissue.Seterusnya menjadi organ such as our jantung
dan barulah menjadi organism iaitu saya dan kamu-kamu. 

Jadi,begitu juga dengan solat.Jika solat kamu sudah terjaga pasti auratmu akan
kamu tutup kerana di dalam solat telah dipraktikkan teknik menutup aurat
yang betul yang mengikut lunas-lunas Islam.Dan seterusnya apabila sudah menutup
aurat pasti kamu harus menjaga ikhtilat. Pergaulan antara lelaki dan wanita.Kerana
disebalik hijab luaran kamu pasti merasa amanah untuk menjaga hijab dalaman.
Dan seterusnya peribadi kamu yang bakal membentuk individual muslim.

And saya bukan nak buat tutotrial class belajar solat cuma
nak berkongsi perasaan saya ketika ini.Bukan mudah
untuk konsisten dalam solat apatahlagi khusyuk.Namun
untuk melakukannya tidaklah pula susah kerana asal
ada kemahuan diri pasti Allah akan bantu. Ye dak?

Teringat masa sekolah rendah agama dulu, ehem!
ustazah Feqah ajar kat depan tentang bacaan dan
makna solat saya di belakang sibuk bergosip cerita
Powerpuff Girl dengan geng kononnya.

Apatahlagi time praktikal solat,tengok sana tengok sini.
Orang rukuk kita turut orang sujud kita main hentak-hentak
lutut.Bajet sungguh lah waktu tu.Bila dah besar gajah 
macam ni baru terhegeh cari buku adik darjah satu.
Heh.
Siapa terasa angkat tangan? kehkeh

Untuk itu,sebagai orang ISLAM yang tahu rukun ISLAM
patutnya tahu solat itu adalah makanan untuk roh kita.
Ingat roh kita makan ke Nasi Ayam Chicken Rice Shop tu?
Ingat roh kita minum ke air Cool Blog gambar comel akak Heliza tu?
Ingat roh kita makan aiskrim Baskin Robin tu ke?
Tidak wahai sahabat sekalian,

Jadi,tanamlah azam dalam hatimu.
Penuhilah solat lima waktu itu.Tidak susah dan nikmatnya
sangat menggembirakan.Sangat cantik dan indah.
Solat itu maksudnya doa.Dalam solat kita sentiasa
berdoa dan memuji Allah S.W.T

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
                                             [1:6 ]

"iaitu jalan orang yang engkau telah beri nikmat bukan jalan
orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang 
sesat"
                                              [1:7 ]

we are not loser sayang.
Grab the chance.It's never late before die
Lihat saja  dunia hari ni.Penuh kekejaman
Penuh dengan kesulitan dan tidak aman.Masyarakat
Islam berpecah belah.Ada suami yang membunuh isteri
ada isteri yang membunuh anak.Dan sebab utama mengapa
terjadi musibah seperti itu adalah kerana tinggalnya solat.
Kerana lupakan solat.

Jangan kecewakan Allah,
Jangan kecewakan Rasulullah,
50 WAKTU kepada 5 WAKTU sahaja.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
                                                                Surah Al-Rahman


_________________________________________________________

Maka di sini,saya sertakan web untuk rukun Solat

dan juga makna-makna dalam solat agar kita lebih khusyuk dan menghayati
keindahan solat itu sendiri.

__________________________________________________

"Dan dirikanlah solat dan tunaikahlah zakat......"
                                                          [ 2:110]

Hence,selalulah ingat tagline ini 

"Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"

Heh. Saya selalu kena bila lalu depan masjid
Kg Pendamar. Dari sekolah rendah sampai 
sekarang itulah yang saya ingat pasal masjid tu.

InshaAllah sayang,
kita sama-sama berubah.
walau payah kerana diri manusia
itu tak pernah terlepas dari berbuat
dosa.Itu lumrah kan......   


Moga ada redha Allah untuk saya,kamu,dia
dan mereka-mereka.
Allahu Allah


p/s:Saya budak baru belajar kalau salah tolonglah tegur dan ajar.