Tuesday, November 13, 2012

We've to change


Salam alaik,



Nak berubah bukan senang.
Nak mengubah juga bukan mudah.
Tapi untuk tak berubah tu mungkin lagi payah.
Jadi,payah atau tak mudah harus juga dilalui
Perit dan pahit harus juga ditempuhi.

Bila kata pakai tudung labuh
bukan beerti kita alim.Bukan beerti kita
tahu semua tentang agama.Bukan beerti
kita dah mengubah diri 100% menjadi
solehah.

Ingat senang nak dapat gelaran solehah tu.
Wanita muslimah bukan dinilai pada cantik
pakaian dan muka.Juga bukan dinilai pada
brand dan jenama.Tetapi,dinilai pada
peribadi.Rasa malu dan iman dalam diri.
Tutur kata dan kelembutannya.

Bila kata pakai tudung labuh,
baju jubah,bukan beerti kita seorang
yang dah strong foundation in faith.
Cuma,kita sedang berubah.
Kita mahu berubah,untuk Allah,
untuk Islam,untuk diri sendiri dan
untuk ibu bapa.

Bila kata dah tutup aurat,
itu bukan hanya terletak
'i wearing hijab now'
Nak tutup aurat bukan hanya pakai tudung.
Nak tutup aurat apabila pakaian yang
dipakai tu boleh buat solat.Tidak jarang dan
tidak nipis.

Pakai tudung labuh,
haruslah jaga pergaulan.
Ikhtilat antara yang tidak halal.
Bukan sebab tak suka tapi
sebab ikut perintah Allah.
Berubah bukan hanya pada
pakaian tapi setiap kesan yang mampu
bawa diri dekat dengan pencipta.

Indahnya menjadi muslimah solehah.Indahnya jika mampu
meraih cinta Ilahi.Indahnya masih mampu menghirup udara
sebagai Islam dan Iman masih terlekat dalam hati.Alhamdulillah :)

Amal makruf nahi mungkar
May Allah Bless ^-^